expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label book/film/song. Show all posts
Showing posts with label book/film/song. Show all posts

September 14, 2013

Adam Hawa 2


Haaaa, ada sambungan rupanya kisah Adam Hawa ni. Dengarnya si Adam Mukhriz ceraikan Ain Hawani sebab jeles. Hmm....

Novel dah keluar. Tapi belum ada online version. Lambat lagi la tuu, mesti tunggu sales novel laris dulu baru keluar online version kut. Aku as usual, tunggu online version aje la hihihi



Marilah bayangkan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa balik sambil baca ni. Hihihihihi


Pic google.

February 19, 2013

Sehangat Asmara - Sedikit Keciwa

Aku frust sikit dengan certain scenes dalam cite ni. Ni yang susah klau dah baca bukunya. Mesti nakkkkk jugak compare kan. Haihhhh

Kenapa part yang penting jadi sangat sekejap dan pendek? Macam baru nak ambik feel tiba-tiba eh...dah scene lain.

Frust oiiiii! Scene sarungkan jacket dan melamar tu patutnye panjanggggg sikit. Scene penting tuuu, sekali tengok itu je ke? halahhh halahhhhh tuan directorrrrr ;p

Bagi yang tak baca novel, nah aku bagi korang feel scene penting ni. Ekekekekeke








Oppss....sorry laa pixel kecik pulak. Nanti aku try upload from Tab besar la sikit kan. HewHewHewHew 

January 29, 2013

Big Bad Wolf Aftermath Sale


Woot Woot!!!

To those yang tak sempat pegi BBW Sale last year, diorang baru je launch The Aftermath Sale! Heard that this sale lagi best with books as cheap as RM3! Cuma mungkin tak sebanyak masa BBW Sale but heyyy, mana nak dapat buku murah kat Msia ni kan?



So sapa-sapa yang melepas dulu dan sapa-sapa nak revisit, here's the chance! Go Go Go!!!


January 7, 2013

AJL 27 - Terukir di Bintang



Superlike!! Aku memang suka lagu ni. Relaxing, terasa bercinta bila dengar lagu ni. And tiap kali dengar kat radio, aku mesti membayangkan aku dengar lagu ni di sebuah cafe di Paris sambil minum kopi dan people watching. Relax kan? 

Boleh pulak si Aizat nyanyi macam tu, almost similar to what I always imagine. Best best best! Lain pulak muka si Aizat bermisai tu. hehe. He looks different, in a good way. Style dia nyanyi pun best, relax, sempoi je. Kudos Aizat!! Congrats Yuna. 



Aku suka both version. Yuna's and Aizat's. Masing-masing nyanyi style sendiri. 

December 12, 2012

Big Bad Wolf 2012 - Tips


My tips from my own experience and friends on how to shop at BBW


  • Dress comfortably! Seriously, I've seen girls (especially) dressing up like they are going for a party. Tudung lilit-lilit yang pesenista style tu, high heels, not encouraged. Sambil belek buku, sambil nak tarik trolley sambil membetulkan shawl. Kan menyusahkan tu. Dress simple and comfortable. 
  • Bring a trolley or luggage bag or anything yang boleh ditarik. Buku kalau dah banyak kan berat. Confirm tak mampu nak pikul dengan tangan. So letak buku-buku dalam troli dan tarik sambil browsing other books. Senang! 
  • Kalau bawak kids, please please please make sure diorang sentiasa bersama kita. Sepanjang masa aku dalam hall tu, banyakkkkk sgt annoucement anak hilang emak/ayah. Ye la, kita tengah syok kelebet buku, anak-anak pun duk browse sana sini tau-tau terpisah. Nauzubillah. Kalau tak kedekut, BBW ada sediakan play area kat tingkat atas. RM10 per hour. Bolehlah kasi anak main dalam tu while you shop. 
  • Que untuk bayar biasanya memanggggg panjanggggg. Tapi rasanya taklah lama sangat sebab cashier banyak dan laju. diorang takde scan price ke apa, just masukkan harga buku je. My advice, sort your books according to price. Kalau ada 10 buku rm5, kumpulkan. 6 buku rm10, kumpulkan. So lebih memudahkan cashier dan mencepatkan caunter flow. 

I think setakat ni je la tips aku. Eceh, pegi baru sekali dah keluarkan tips bagai ;P

Oh well, sharing is caring kan? BBW sale is still on until 23 Dec. JOM JOM JOM!!!


December 11, 2012

Big Bad Wolf Book Sale 2012


Aku pegi on the very first day. Biasalah dasar kiasu kan? HAHAHA. Sampai around 945am, aku siap breakfast left over pizza dulu dalam kereta. Siap bawak kopi dari rumah. Mesti makan dulu sebelum mulakan misi. Kang pengsan dalam hall sorang-sorang, acaner?

Around 10am aku sampai hall. Terkesima sekejap sebab besarnya tempat. Seluas sejauh mata memandang. Orang belum begitu ramai so agak selesa nak berjalan-jalan. 1 tips penting aku dapat dari seorang kawan, BAWAK TROLI ATAU LUGGAGE BAG. Mula-mula aku gelak, tapi bila dalam hall, memang ramaiiiiiiiii yang bawak luggage bag tu. Bukan setakat cabin luggage bag, yang besar gedabak orang pun boleh muat pun ada! Aku bawak trolley bag.

Terus pegi children's section. Aku memang aim nak borong buku-buku untuk Dania dan Nisha je. So terus ke situ, lama jugaklah aku kat area sini. Rambang mata tengok buku-buku range from rm3-20!!! Even hardcovers books pun dalam rm10 je. Murah kan? Murah kan?



Ini aku snap time tengah que untuk bayar. Sayupppp nampak orang kan? Time ni dah 1pm lebih so memang dah start ramai orang. Friday lunch hour kan. Ramai jugak mamat-mamat berbaju melayu duk membelek buku. Hai bang, solat dengan buku keww?


These are part of the books yang aku beli. Puas hati. Banyak activity books, english and maths books untuk Dania menghabiskan cuti sekolah ni. Tapi aku frust tak jumpa 3D books. Buku pops-up pun tak jumpa. Frust sangat sebab aku aim nak belikan buku mcm tu untuk diorang ni. Hmm, kena revisit kut? :P



Ini impulse buy namanya. KAHKAHKAHKAH. kenapa? Sebab ianya cantik dan murah. Dia macam ring book with full colors and hardcover. Price? U guess! HAHAHAHA


My ultimate buy from BBW. RM50 for both books. Dirt cheap uols! Walaupun KA aku belum sampai *sob sob* takpelah. Khatam resepi je la dulu. HAHAHAHA cc orang LA :P










*that Cooking Book for Girls tu RM12 ajeee. Sapa jawab betul? Jangan tipuuuuu ;p

January 28, 2012

Juara Lagu 2011 - My Vote




No 3: Kisah Hati

Lagu best. Suara pun best. Model vc pun sangat best. Ok, ni takde kaitan tapi membantu pemilihan aku. hahaha. lepas ni kalau aku buat vc, model dah tentu Aaron Aziz ;p




No 2: Beribu Sesalan

Power!! Combination of three superb voices walaupun Ning tu xseangkatan tapi ok dan lagu pun memang layan abis.





No 1: Sg Lui @ Awan Nano

Kat sini aku berbelah bagi. Both songs best. Both songs lirik best. Tajuk pun unik-unik gitu. Who would have thought Sg Lui boleh jadi tajuk lagu kan? I vote both songs. hahaha




So, korang vote sapa pulak? Jom tengok reramai sambil komen sesama ;p




November 23, 2011

Badai Semalam

Excited nak jumpa Abang Karim ;p Hahahaha. Skali skala nak dress up. Aku ikut rules and regulation Istana Budaya dengan tidak memakai jeans. Aku tak paham ada yang datang dengan jeans selebet macam nak pegi pasar malam. Hello!! Respect the place boleh tak? Yang orang2 IB pun, cakap tak serupa bikin. Ke main ada rules bagai tapi ko lulus je bagi masuk semuakan. Ecehhhhh...tersasar dari cerita asal nih. Hahaha


Ok...show dah start. No more pictures. Honestly, overall aku rasa citenya simple je tapi dragging yang amat. Scene cintan cintun Mazni dengan Karim sangatlah sikit. In fact, tak nampak bercinta pun. Macam takde kimia la. Buatlah scene mesra-mesra gurau senda sikit. Tau2 dah kawen. Scene dah kawen pun xmacam orang kawen. hahaha. Should have been better. Owh ending pun sangat melankolik. Macam bosan nak tunggu habis. Aku tau karim dalam novel mati. Tapi boleh tak jangan buat Abang Karim mati?? Tak puas hati aku!!! Hahahahaha

Lepas teater abis, sempat makan nasi lemak kat Cafe IB dengan ahli jemaah semua.. Teh tarik dia memang da boom. Siapa ahli jemaah iteww? Oh...tak bley la reveal depa kan....heheeeee. Konsep you know who you are jerr. Hahaha.

Last but not least, exclusive...............





























































Awwwwwwwwww ;p



November 21, 2010

Separuh Akhir Juara Lagu 2010 Part II

Walaupun part I tidak meriah, tetaplah tengok part II. Dasar manusia, yang tak nak itulah yang hendak. Mujur juga tengok, sebab walaupun masih tidak terasa meriah dan masih terasa seperti tengok gig, saya seperti boleh terima hakikat bahawa AJL tahun ini bakal berubah wajah.

Tidak akan ada lagi artis dengan gaun-gaun cantik mempertaruhkan lagu mereka. Musim ini dah berlalu gamaknya. Tahun ni, yang bakal berentap, rata-ratanya orang muda yang akan mungkin tidak akan berbelanja besar untuk pakaian mereka ke pentas. Cukup sekadar jeans dan jaket. Ibarat kata mama saya, 'I just woke up and have to sing so I sing la'.

Mungkin tema AJL tahun ni, You Rock Der! Hahahahahaha

Anyway, saya baru tahu bahawasanya lagu-lagu yang terpilih masa separuh akhir ni bukanlah lagu yang akan bertanding di AJL. Akan ada yang masuk dan ada juga yang terkeluar. Lagu-lagu terpilih itu hanyalah top 6. Tapi si FT tidak tersenarai pulak dalam top 6 baru-baru ni. Adakah dia tidak masuk AJL nanti? Ohhhh....kesian. He did sing very well kan?

Kita tunggulah separuh akhir part III (last) untuk tahu senarai penuh lagu untuk AJL 2010. Wahhh, dah macam post review hiburan pulok dowhhh....

November 3, 2010

Its a Date!

Dah pasang niat nak bawak Dania tengok movie kat panggung. This will be her first time sebab sebelum ni layan dvd cetak rompak je so it has to be a movie she likes most. What else la kan?


Perfect choice! Sapa nak join? Jom!!!


July 29, 2010

Laila Asyikin: Ada Follower?

Saya tak follow as in suka tengok maka follow tapi secara tak langsung ter-follow. Sebabnya 1030pm adalah waktu saya iron baju kerja untuk esoknya dan waktu ini adalah waktu saya nenen Nisha dalam usaha nak tido kan dia. Kadang² berjaya selalunya gagal!

Anyway, makin hari saya tengok cerita ni makin nyampah saya. Kepada jalan ceritanya. Hatta kepada pilihan pelakon pun ye jugak! Saya pikir penggiat drama melayu ni cetek idea la. Balik² berkisar kepada seorang perempuan yang Wow! Serba serbi cemerlang, terbilang gemilang dan menjadi pujaan hati segala lelaki dalam cerita itu. Pendek kata kalau tak dapat si Laila, maka tiada perempuan lain dalam muka bumi ini. Baik lelaki yang baik, muka jambu, yang macho, yang jahat, semua nak Laila. Semua kena pikat Laila, secara baik, secara tak baik. Tak dapat Laila as a wife, dapat jadi best friend yang sanggup buat apa saja demimu Laila sampai takde masa nak cari calon bini untuk diri sendiri sebab diri sendiri adalah untuk Laila sahaja. Yang jahat pulak sebab dah suka sangat, sanggup la nak khianat or buat dusta sana sini sebab dengki tak dapat Laila.

Yang si Laila tu pulak, perghhhh!!! Mahakarya cinta hebat sungguh! She's a superwife, supermom, superbusiness woman, super gadis ladang. Semua dialah. Memanglah ada perempuan yang super dari segala bidang tapi so far, saya tak nampak lagi celanya si Laila ni. Peribahasa kata, pijak semut pun tak mati. Pengsan pun tak gamaknya.

Dan, wah! Mentang² dalam drama, senang² korang sebut RM ribu-ribu juta juta sana sini yek! Nah, rm50 ribu untuk ko, lepas tu rm100 ribu untuk ko pulak. Mana lagi nak, nah, rm2 juta untuk projek A, eh eh, projek B 10 juta la. Amboi...projek lembu sampai 10juta nok. Tu dah macam projek buat lebuhraya. Tolonglah buat research & homework sebelum berdrama. Jangan main hentam aje!

Hoiii penulis skrip dan pengarah, takat itu ajekah jalan cerita yang korang boleh pikir? Sempit sungguh pemikiran drama melayu sekarang nih. *sigh*



Sapa tengok Ratu slot Cerekarama dulu? Baik layan sitcom macam tu lagi syok!

June 29, 2009

Tengok Transformers

Saya juga sudah menonton Transformers. Ini semua gara-gara Mr Hubby yang tak sabar-sabar nak tengok. Nasib baik di MBO tidaklah terlalu penuh semacam di TGV atau GSC. Walaupun dapat seat lima row dari depan, lenguhlah jugak leher saya ni kan.

Ohh....parents saya juga sangat baik hati untuk melayan dan menjaga si anak dara sementara si mak dan si bapak duk melayan nafsu menonton movie. Parents saya sangat sporting dan rajin (dan malas masak juga!) membawa si cucu ke Jusco yang mana adalah salah satu favorite place si cucu kerana dua sebab; 1 sebab ada playground, 2 sebab she got to choose her own meal! Dan malam itu dia dapat makan nasi ayam dan sup sayur carrot lebih. Macam-macam...

Movie habis around 1145pm, dan kami belum dinner! Dan ibu mengandung ni hampir-hampir nak pengsan sebab kelaparan. Nasib area berdekatan ada tempat makan, maka dapatlah pula menjamu nafsu makan. Walaupun midnight, saya tetap makan nasi. Mr Hubby order burger je! Huhuhuhuuu....nampak sangat sekarang saya lagi banyak makan dari dia.

Pasal cerita, need I say more? Memang Megan Fox vadevas walaupun saya rasa dia terlebih gedik compared to Transformers 1 dulu. Mikaela dulu lagi rock dari sekarang, I think! Dan dan saya teringat Jua pernah mention pasal lukis tatoo atas motor tu. Cepat-cepat saya tengok reaksi Mr Hubby masa tu. Hahahahahahahah!!!


p/s: Hmmm..... Entry saya masa weekend tak keluar pulak. Apsal nye ntah lee...

June 20, 2009

Kerna Cinta

Original Sountrack of Perempuan Berkalung Sorban.







Bila la dapat tengok movie nih!




P/s: Thanks to MrsNoba for the tutorial and K Aya for further explanation.
p/ss: Credits to YouTube.

June 17, 2009

Dunia Sophie's World


Dulu saya pernah baca buku ni. Menarik tapi it took me a while to finish it. Kenapa? Sebab buku ni kompleks. Sekali berhenti, bila nak sambung saya kena patah balik 2 3 muka surat to catch up balik ceritanya. Mana tak kompleksnya, segala philosophers like socrates and pluto and their philosophies semua ada dalam buku ini. Ohh, buku ni masa saya beli dulu, kategorinya 'children's book' ok!

Dan baru-baru ini saya terjumpa buku ini yang telah pun diterjemahkan ke bahasa melayu. Tapi saya tak sempat pulak nak belek. Frankly speaking, saya tak suka baca buku terjemahan. Sebab dulu saya pernah baca buku John Grisham yang diterjemahkan. Ohh, sangat tak best! Tak dapat feel sebenar. Tak tahulah, mungkin penulis tu yang tak pandai kut.


On the other note, saya dah berjaya habiskan Twilight trilogy saga. Fuhhh! Macam ketinggalan jek sebenarnya ek? Orang lain dah khatam lama dah. Dan semalam berjaya tengok dvd cetak rompak filem Twilight. Best tapi tak feel. Tunggu New Moon la pulok....


thanks to mimielola kerana menyedarkan saya.

June 2, 2009

Ada Apa Dengan Cinta

At this very moment, saya duk melayan dengar dan sekali sekala tengok lagu-lagu soundtrack Ada Apa Dengan Cinta melalui youtube. I used and still love this teen flick movie. Dan itu Nicholas Saputra, oh I met him live. Sangat ganteng! Hohohohohoh

Oh...best best banget lagu-lagu cinta diorang nih! Sekarang tengah dengar lagu Tentang Dia. You all nak dengar?





















Sila ke you tube dan search Ada Apa Dengan Cinta ya! Tak kan saya nak tepek semua lagu kut. Jangan marah ahh.... ;p


p/s: Padahal tak reti nak tepek!

May 20, 2009

Syurga Cinta?

Semalam pagi saya dengar Hotfm, bercerita tentang filem Syurga Cinta. Dari sembang-sembang antara FBI, Fafaw dan pelakon2 filem ni, yang dapat saya rumuskan penceritaannya biasa. Tak sampai taraf filem. Maaflah saya bias, tapi saya rasa jalan ceritanya agak predictable dan biasa. Agak-agak kalau tunjuk kat cerekarama pun cukup kut. Opps....I'm sorry..

Apapun, saya puji Ahmad Idham kerana mahu buat cerita begini, cerita yang lebih baik dari filem-filem terdahulu yang mengangkat martabat remaja rosak akhlak ke layar perak, seperti memberitahu dunia, "lihatlah dunia, Malaysia ni penuh dengan remaja rosak!"


Picture and more info on the film is here.

Saya suka filem-filem Yasmin Ahmad, tapi kesian. Beliau di double standard kan di negara sendiri. Tengoklah Muaalaf, sampai sekarang tidak ditayangkan. Kat Singapore dah dua kali masuk panggung. Ohhh.....keji!






p/s: Ingat cerita Rabun? Saya sama dengan parents Orkid, sorang from Muar, sorang from Kelantan. Cuma saya lahir je la di Kelantan. Apsal saya tak namakan Dania Orkid ek? hehehehehehe

May 12, 2009

Perempuan Berkalung Sorban

“Bagaimana jika seorang perempuan memperjuangkan kewujudannya di tengah budaya yang menempatkan lelaki sebagai superior?”

Hanung Bramantyo cuba menjawabnya dalam film terbaru berjudul “Perempuan Berkalung Sorban”. Filem yang diangkat dari novel yang sama judulnya karya Abidah El Khalieqy berdurasi 2 jam 10 minit ini, seolah menjadi satu penanda atau trademark bagi Hanung. Bahwa beliau mampu mengangkat tema-tema berunsur keagamaan seperti karya sebelumnya, “Ayat-Ayat Cinta”.


To read further, please refer here. Kalau nak tengok trailer, visit here . Saya tak reti upload youtube ke blog le...

Hmm, agaknya bila la karyawan Malaysia boleh bikin filem seumpama ini? Tak sudah-sudah dengan rempit la..bohsia la..adegan panas la..





Ahha....nampaknya selepas buku vampire, saya kena cari buku ini pula. Mana ek nak cari?

May 11, 2009

Eclipse a Day

I have finished eclipse. It took me the whole saturday to finish it. Good thing my parents brought Dania to a kenduri at putrajaya and stopped by at my aunt's house. So they were out the whole day. And Mr Hubby pun sibuk buat keje kat rumah. So its like two adults in the house tapi not much talking done sebab masing-masing so occupied with book and work. Hahaha!


Mr Hubby said he is neglected since I started reading twilight. Ye ke yang? 1 book je lagi okeh!


Which I have not started yet. I'm saving it for next week coz I have outside assignments so I would like to take that opportunity to read breaking dawn. Although, it is very tempting to get hold of it and read!!! Urghhhhh


Btw, ayah saya marah saya baca & beli twilight saga. Katanya pembacaan tak membantu. Apakah???




p/s: sibuk2 pun sempat nak blog...hahahahahah!!!

May 7, 2009

Saya Rindu...

dan cemburu...

cemburu dengan zuhaini yang telah masuk separuh eclipse. Ohhh!!! Mak jelesss!!!

Sejak mendapat new moon itu, saya baru dapat habiskan separuh sahaja. Dan semalam saya cuma sempat baca dalam 10 mukasurat, itu pun dari jam 11pm sampai 12am, diselang seli dengan menonton Stepmom di tv2.

Semalam saya harus memberi sepenuh perhatian kepada anak dara nan sorang itu kerana dia demam. Badannya yang hangat hanya nak kan saya sahaja. Mandi, pakai baju, makan hatta pegangkan gelas air kosong pun mesti saya. Nak tidur apa lagi la kan. Dari jam 10pm saya cuba tidurkan dia tapi tak berhasil sebab hidungnya yang agak tersumbat menyesakkan pernafasan dia dan menyukarkan tidurnya.

Dan hari ini, time koje ni tak dapat la saya nak menatap new moon ini. Harus time lunch ku pulun juga. Tu diaa.....penangan Edward Cullen walaupun dalam new moon watak beliau sekadar bisikan kepada Bella tapi saya tetap rasakan auranya. I've been sinked in by the bloodsucker......



May 6, 2009

Still on New Moon

Oh yes, I am still in new moon. Dan saya pun lipat sebagai penanda. Tak kosa mak nak ber bookmark bagai.

agak-agak ni page berapa ek? hehehehehe...

Erma, no worries, aku tak lipat langsung twilight mu itu.