expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label make up/skincare. Show all posts
Showing posts with label make up/skincare. Show all posts

August 9, 2010

Pembelian Kerana Terpengaruh

Pembelian kerana terpengaruh 1

Terpengaruh kerana ada extract limau nipis, yang menurut si penjual boleh memecahkan selulit pada badan. Keji kau penjual! Tapi saya beli jugak sebab nak pecahkan selulit cuba dan baunye pun segar gitu.

Verdict: Selepas 2 minggu penggunaan dengan kadar selang sehari, saya sahkan tiada pemecahan selulit berlaku. Sekali lagi, keji kau penjual! Tapi kulit adalah lembut selepas disental dan bau juga segar. Maka, kau penjual adalah selamat sikit.


Pembelian kerana terpengaruh 2

Terpengaruh kerana sudah banyak kali nampak blogger kasi review baikkkk punyaaaa! Maka haruslah cuba jugakkan?

Verdict: Selepas 2 minggu (jugak), I feel the moisture on my face. Tidaklah bertahan sepanjang hari tapi saya rasa muka selepas di cuci dan di sapu mosturizing lotion (toner sebenarnya ye!) tidak kejung. Kalau tekan dengan jari rasa lembut. Lain-lain kesan belum nampak mungkin sebab kulit muka saya sememangnya licin tidak bermasalah sangat.

Sekian laporan kecantikan minggu ini. Hingga bertemu lagi di lain hari.

Saya yang melaporkan dari bilik berita,

May 8, 2009

I See Twilight

Nahhhhh!!!



Saya bukan bercakap pasal buku twilight. Cukup-cukup la angau tu kan....


Saya bercakap tentang ini...













































Ya, eyeshadow ini bernama twilight (104). Dan hari ini saya memakainya. So tema hari ini adalah BIRU. ;)



April 17, 2009

Update on CD

Phewhhh, just got back from..........................lunch!


Ok, nampaknya I am not SANE enough. More like mad. Apa yang aku melalut nih.


Ok..ok. Update on the Exceptional Value Sale of CD. I was late coz I thought it started at 10am, rupa-rupanya 9am. I reached there 930am or so. Hmm, to my surprise, tak ramai sangat orang. People can move with ease. Tak macam warehouse sale yang selalunya penuh sesak. And, a little more surprise, its not really big..not big at all. Imagine there's only three rows of table (U shape), the room is about two standard hotel room combined. Tak besar kan? Ke tak boleh bayang? Whatever..


Items, ada skincare, fragrances and make ups. Ramai orang serbu skincares and fragrances so I opt for make ups. Listip are all sold out. I manged to get ONE only, itu pun amoi CD tu jumpa dan bagi saya. Thanks amoi.


There's this one japanese lady and her son (tukang bawak barang) really really borong! Banyak ok dia borong especially skin cares, segala mak nenek dia rembat. I think her second round purchase pun dah rm1000+. And she paid cash you..


And other people pun, memang borong sakan. On average they paid around RM500 and above. To me, the items tu tak la murah sangat. Ada some are very cheap, like 50% from retail price and some tu slightly cheaper je. And I think most people are not aware of the manufacturing year. Ada setengah tu 2007, and 2006! They really want to clear things up.



Saya rembat tak banyak. Beli untuk guna sendiri je....Itu pun lepas kira, tambah, tolak, congak sana congak sini, ni je yang mak rembat.


























Sikit je kan? 1 beg plastik jek...yes, they stuff all the paid items into a beg plastik kedai runcit yang kaler merah tu. teruk kan, at least kasi la Dior paperbag ke...dah la mak ni pengumpul paperbag...huhuhuhu





I purposely bought extra, especially the eye shadows, prolly to let go. Nanti kasi I time buat culculation dulu ye. Err..ada ke yang nak? Huhuhuhuhuh





April 6, 2009

Kepala Hitam


Alhamdulillah, kulit muka saya bukan jenis yang bermasalah sangat. Saya jarang dapat pimples walaupun waktu 'kawan' datang. Cuma masalah saya, blackheads di hidung! It seems they are not going anywhere but my nose. Sometimes I became so obsessed with it. Segala tweezer, batang besi cungkil blackheads semua saya ada.

Dah banyak jugak skin specialist yang saya jumpa, (skin specialist yg biasa2 aje, bkn dematologist & such) semua recommend face scrub. Oh yes, I scrub my face alternate days (ini time rajin) or at least once a week. Kalau scrub tu, memang saya tenyeh genyeh hidung sampai merah2 sebab nak keluarkan blackheads iteww. Dan memang sedap, smooth and clear gitu. Tapi setakat 1 atau 2 hari saje. Lepas tu, dia datang kembali. Ni scrub yang saya guna. Murah saje, boleh beli di Watsons.


St Ives Apricot Scrub for normal skin


Haa...dah lepas scrub, biasanya once a week saya akan tepek ini pada hidung. Dan tunggu lebih kurang 10-15 minit (dalam tempoh menunggu ni, macam-macam komen datang dari suami dan anak saya - suka sgt la dapat kenakan mommy ya!) Dan selepas 15 minit, saya akan menanggalkan strip ini dari hidung...WOW!!! tercacak-cacak objek hitam atas strip itu (sila jangan bayangkan atau anda akan muntah mual).




Biore's Pore Strip pack. I usually guna yg hitam.

Dulu-dulu juga saya rajin ke kedai makcik saya untuk facial. Dan saat yang paling saya tunggu ialah saat vacuum. Oh tidak tidak. Bukan vacuum rumah, ni vacuum for nose and breast! Yeap, breast. Opps...

Tapi sekarang makcik saya sudah menutup kedainya di Melawati dan hanya beroperasi di Putrajaya, punahlah hasrat saya untuk facial sekali seminggu. Nak cari tempat lain sangat la mahal.




You all ada tak blackheads nih? Camne you all get rid of it?