Wednesday, November 11, 2009

BIla dah masuk 7 nih...

Bila dah masuk 7 bulan ni, meniarap tu memang dah lama tak boleh! Sangatlah tak masyuk baca newspaper atau novel sambil duduk atau baring. Sekarang ni pulak, yang sangatlah susah dan payah...






Potong kuku kaki. Seksa ok! Dah macam² style saya cuba, amatlah susah dan payah. Mr Hubby ada offer nak potongkan, its ok la abang. Saya memang tak boleh orang potong kuku saya, especially kaki. Kalau pedicure pun takat buang cuticle tepi² aje, potong² I buat sendiri!


Tuesday, November 10, 2009

Apa Kes La Mamat Ni?

When a married guy asked a single lady to his friend's open house and he dares to claim that his friend doesn't mind him bringing other girl and not his wife and son. The girl says no, because she thinks its inappropriate and the guy insisted and persistent to bring the girl just because his friend doesn't mind.


Did you get the picture?


My Top 5 Treat List

Diberi 10 pun belum tentu ada kesudahan. Saya memang berura² (macam bunyi kura²) mahu menyenaraikan treat list kepada Mr Hubby sempena anniversary tak lama lagi. Dan oh oh.. sempena pregnant. Teehehee...

Perempuankan...sket² nak treat, nak hadiah. Tapi since Nuffnang dan Dell seperti ingin menghadiahkan satu treat kepada saya, baik saya senaraikan saja untuk diorang tengok kan? Mana tau..dapat menambat hati, dapatlah saya treat itu. Weeeeeeeee

1. Nampak gaya lepas bersalin nanti, saya bakal menempuh tempoh berpantang sorang². Tsk..tsk.. Iya, orang lain ada mak, mak mertua, adik beradik tolong jaga. Saya kena menjaga diri sendiri sebab mak mertua jauh, mak sendiri pula bekerja. Paling tidak pun Dania yang comel la kena jaga saya. Jadinya, amatlah best kalau saya dapat treat penjagaan pantang 44 hari oleh care lady demi menjaga saya dalam berpantang. Dan menguruskan segala isu berkaitan saya, pengembalian bentuk badan saya dan baby adik. Saya cuma perlu baring dan beri nenen saje. Haven!

2. Ohh...lepas abis pantang, haruslah ada treat meraikannya kan? Kaedahnya sopinglahhh! Maklumlah...bulan 3 kan mega sale. Ehh...iya ke? Ahh...pedulik! Dah nama nak meraikan, lagipun (dengan harapan tinggi menggunung) badan sudah kembali asalkan? Haruslah saya soping bagai dunia ini aku yang punya!

3. Eh eh...walaupun ini takde kaitan dengan bersalin atau pantang, tapi kalau dapat Dell Inspiron 13 Laptop pun harus suka sukey suki!! Tapi tetaplah ada kaitan, (eh..saya perempuan mesti pandai beri alasan) siapa lagi nak jadi teman saya dikala berpantang kalau tidak kamu wahai Dell Inspiron 13 Laptop. Macam² boleh saya janakuasakan dengan kamu wahai Dell Inspiron 13 bewarna hitam. Hitam itu menawan tau. Semestinya saya bahagia ;)

4. Cuti² bersama suami terchenta masih belum terlaksana. Andai dapat walau 2 hari 1 malam pun sudah cukup. Ke mana? Hmm....pantai² mak tak suka, sejuk² boleh ramas²dakap² kan? Genting ke Cameron ke pun best! Mama....tolong jaga Dania yek!

5. Ohh...saya mahu gadgets yang canggih manggih! Garmin, NikonD90, NokiaN97! Lepas tu handbags yang cun melecun bila mana saya berjalan semua awek akan pandang and say wow! Hahahaahahaha


Setakat ini...itu ajelah My Top 5 Treat List. Kalau you all....camne??? ;)



Bersinar-sinar Berkilat-kilat


Takde...takde...takde kereta baru lagi. Weekend lepas saya menghantar kereta comel saya ke spa. Haa....ingat orang je pegi spa? Keta pun mau ke spa tau! Lama la saya tinggal kereta comel di spa. Dari jam 930am ke 5pm. Macam² kereta comel lalui di spa. Sure best sangatlah tu. Tapi 630pm baru kereta dapat balik. Saya tak bagi kereta comel saya balik awal dari spa. Sebab masa tu hujan lebat. Eh...rugi tau kereta comel pegi spa then balik kena hujan. Rugi...rugi...

So sekarang lepas balik dari spa saya bagi kereta comel rehat seminggu. Tak payah bertugas seperti biasa. Iya la...duit dah melayang banyak untuk spa, harus kekal cantik berkilat paling kurang seminggu.

Tapi best woo tinggal kereta comel kat rumah. Saya bawak kereta panjang papa. Nampak oldies la sket tapi saya pedulik hapa. Janji syokkkk! Nasib baik bukan convertible. Kalau tidak, mahu saya perasan saya Audrey Hepburn, pakai scarf lilit kat leher, bigsize sunglass sambil drive kereta panjang dengan angin tiup² muka. Phewhhhh!!!


Aktiviti 7 am

Jadual pagi sekarang ada sedikit perubahan. Tak boleh tidak kena jugak ikut. Tak tahulah sampai bila bertahannya.



Around 7am Dania akan bangun dan terpaksalah si abah melayan anak dara nak revision pagi² dulu. Dengan mommy dia tak nak, tak best katanya. ;( Dengan abah lebih feel gamaknya. Takpelah...janji 730am mandi ye!



Ohh...apa lagi bacaan atau buku yang best untuk budak usia 3 tahun yek? Baru² ni saya beli buku ala latihan comparison eg small vs large, semua dah khatam. Dah takde idea nak dibuatnya. Ohh...kalau ada CD yang menarik pun sila habaq mai noooooo!

Monday, November 09, 2009

Makcik Urut

Saya perlukan pertolongan dan recommendation dari you all. Kalau you all kenal makcik urut untuk lepas bersalin silalah war² kan pada saya. Preferably yang area Ampang, Keramat, Hulu Kelang. Dan kalau boleh yang mobile, maknanya boleh datang dan balik sendiri tanpa perlu berjemput.

Ohh....dan yang penting, berpatutan harganya. Makcik urut saya dulu makcik selebriti, mahal sehh!

Thanks you all!!

The new staff

Ohh...I have a new secretary. She's petite, talkative, well dressed and her shoes are gorgeous! Meet her...





















....feet and my shoes. ngeeeeeeeeeeeeeeee