expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

September 19, 2013

Pusat Sains Negara


Seumur hidup aku, sekali je aku pernah jejak PSN ni. Itu pun masa kat building lama kat area Bukit Tungku tu. Masa tu pun rasanya bukan namanya PSN lagi. It was in old colonial banglo. Pegi rombongan kelas dolu-dolu.

Anyway, cuti mid semester hari tu, hahaha ye lama dah aku bawak anak-anak ke PSN. Dunno what to expect tapi I was warned to bring swimming suits for the kids. OK, aku bawak.

It turned out it was SO ENJOYABLE! With very minimum fee, you got to explore so many things in one place. There's sciences, mini aquaria, playland and of course a playpool. Sangat-sangat berbaloi! The kids had so much fun they now asking me to bring them again. Next school break ok kids!



Haaa yang ni lebih kurang sama dengan games kat Legoland. Lama gak anak2 aku spend time main ni. Si kecik tu dah feeling2 princess duduk situ. Elok pulak ada group rombongan sekolah ni seronok layan dia tarik-tarik tali tu. Waahhhh lagi lama dia duduk atas tu hahahaha



Ini pun best. Pijak and buat lagu. Seronok gak main ni. Mommy pun hover feeling2 lagu Issabela :p




Aku cuak tengok spiral slide ni. Tinggi woii. 2 storey height aku rasa. Budak-budak ni pulun naik slide ni. Aku tanya takut tak. Takkkkk mommy, bestttttttttttt sambil tunjuk thumbs up. Iye la, pegilah main lagi. 



Rehat makan dulu kat cafe. Bersungguh makan sebab dah penat main. Lepas makan, relax dulu sambil buat sand art coloring. Mommy pun need rest dah penat jalan layan korang kan. Haa korang coloring dulu, mommy layan Instagram. Ehhhhh



Sebelum balik, kita berendam dulu. Haaa ini pun dalam compound PSN jugak. Bersih pulak tu. Dah penat main kat dalam, kasi diorang lagi penat main kat sini pulak. Mommy layan kopi tak bawah shades. Mandi dekat 2 jam. Mujur mommy tak tertido oii. Lepas mandi mesti lapar kan? Haihhh makan lg. Beli muffin and ice cream. Lepas tu balik. Dah macam office hour duk kat PSN ni. 9am to 5pm kekdahnya. 

Syabas PSN! semoga dikekalkan ke-best-an anda. Diharap mana-mana tools/games yang rosak dibaiki segera. We will come again and again and againnnnnn *thumbs up* 




April 25, 2013

Legoland Trip


Ya Allah berkurun dah pegi Legoland takde pun cerita ya. HAHAHAHA Oh it was FUN! Pegi hari Isnin cuti sekolah. Aku dan Mr Hubby memang tawakal je kalau ramai sebab dah janji dengan anak-anak nak bawak diorang. Few days prior to Legoland ni, haa suruhlah diorang buat apa saje, semua buat. Kemas toys tuu, kang cancel Legoland. Pegi mandi shampoo rambut tak mo main air, kang cancel Legoland. Ohhhh syurga!!! HAHAHHA








Alhamdulillah, orang takdelah ramai sampai tak boleh main. Average waiting time dalam 5-10 minutes which according to other people yang dah pegi, sangatlah ok. Tak semua kami dapat main, ada 1 2 parks tu kami lalu je, cakap kat budak-budak next time. Kita target rides/games yang sesuai je.







Aku takdelah tips sangat nak bagi pegi Legoland ni. Basically, barang-barang keperluan standard la, air mineral, topi, payung (optional), sunblock, snacks, roti etc. Dalam Legoland, panasnya takyah tanyalah macam mana memang panasssssssssssssssss sgt. Unless ko ada sunblock SPF 2juta, ko keluar Legoland memang berbelang. So make sure pakai baju long sleeve untuk elak sunburn teruk. Baju longgar kasi angin masuk. Hihi

Makan dalam Legoland sangat ok. Mahal sikit dari biasa tapi reasonable. Dari kau susah payah nak bawak bekal berbondong-bondong, aku suggest makan je la kt cafe-cafe Legoland tu. Bawaklah bekal nuggets or roti untuk on-the-go. Anak-anak aku tu, tiap kali lepas 1 ride, mintak air je manjang. Makan dah tak heran sangat sibuk nak main je. 


We had fun. Kalau aku duduk Johor, memang wajib beli annual pass. Hahahaha




March 15, 2013

LegoLand


Belum sampai lagi. HA HA HA HA HA

Sorry la ye kut sapa-sapa yang mai sini dengan harapan ada cerita bergambar apatah lagi mengharapkan tips ke Legoland tu. Memang takdak la

Baru plan nak pegi cuti sekolah nanti. Lepas kenduri kawen adik ipar. Aku lebih excited nak pegi Legoland dari kenduri tu sebenarnya. Matilahhh kena makiAnybody plan on going this school holiday? Takde? Bagussss...kurang sesak ;P

Ohhh tapi aku ada sedikit tips dapat dari kawan-kawan yang memang aku akan ingatlah nak bawak. Topi untuk kiddos dan raincoat untuk semua. Al-maklum, cuaca Malaysia ni tak tentu. Pagi panas memanchorrr tiba-tiba pukul 3 tu nanti hujan pulak. So just be prepared la.

Eh korang yang dah pegi tu, korang pakai apa? Sandal ke kasut sport ke loafers ke flats ke wedges ke apa ke? Fitflop je ok tak? Tolongggggggggggg




June 14, 2012

Disneyland Hong Kong!!!



Well, what else can I say about DISNEYLAND? It was


FUN FUN FUN!!!! 

Kami pegi hari Jumaat. Agak ramai juga orang walaupun Jumaat. Teori kami, orang-orang Mainland ambik off day Jumaat untuk datang sini. Hence, penuh jgk la. Masa sampai je depan pagar Disneyland ni, tetiba hujan gerimis. Mula-mula gerimis, lepas tu makin lebat. Oh No!! Discuss gitu gini, kami decide to buy the tickets for the next day, Saturday. Walaupun sangat berat hati sebab pikir kalau Saturday sure sesak to the brim. 


Dania dah sedih-sedih. Tapi lepas explain semua, she's ok. So melangkah la semula untuk naik train nak tukar plan. Sekali Eh..hujan stop. Totally stop. So since ticket dah beli, might as well masuk je la. Alhamdulillah, through out the day memang cerah panas memanchor aje la. Syukur Alhamdulillah

Those little rains is just a test from Allah, I think. *wink*

Banyak sangat aktiviti dalam Disneyland ni. Dari Main Street USA, Adventureland, Tomorrowland, Fantasyland, Toy Story Land. Fuhh...Tak tercapai nak cover semua in a day trip. Sebelum pegi lagi aku dah work out plan nak pegi mana dulu, kat mana nak spend more time etc. Tapi ye la, plan lain. Dah sampai jadi lain. Hahahaha. I guess next time plan kena slot in jugak tahap budak2 especially budak bawah 3yrs macam Nisha. 




Disneyland is Disneyland. Even orang tua pun enjoy habis bila masuk Disneyland. Mana taknya, naik Cinderella carousel, Utopia car ride, orbitron flying objects etc. Banyaklah. Lepas tu dapat watch Mickey Philharmagic 3D show. Awesome gila!!




We didn't manage to cover all. And we didn't stay for the fireworks show sebab semua dah kepenatan sangat. Stayed until the parade ended and balik. It was fantastic day for us. Rasanya kalau pegi lagi, dah tahu mana nak tuju, apa nak buat etc so daapt maximize the time even better. Insya Allah...

Disney Tips: always spare an empty mineral bottles in your bag. Lepas minum tu jangan buang sbb empty bottles are essentials for toilet visits. And kami buat muka tak malu masuk toilets OKU. HA HA HA HA!!! Sebab toilet OKU ada sinki senang nk ambik air etc.

Disney Tips: untuk solat, tak susah. Pegi ke Main Street USA kat City Hall. Ask them for a room to pray. Diorang akan bukak satu bilik sebelah kaunter tu which is dekat jugak dengan toilet. Its a VIP room macam waiting room gitu. Bolehlah solat disitu. Telekung sejadah takde so be kreatif la ye. 




Dania had the most fun. Sikit pun tak penat jalan sana jalan sini. Sampai dah by pass waktu lunch pun dia tak kisah lagi. Tau nak main jalan main jalan je. HA HA HA HA. For Nisha, dia tau nak main and jumpa mickey mouse. Lepas tu dah mintak dukung or baring dalam stroller je. My advice to korang, bawaklah anak 3yrs and above aje ke Disneyland. By that time diorang dah paham and boleh appreciate. Below than that, its like a torture to them. Kesian diorg, kesian lagi kita. 

Owhh...uols boleh rent a stroller dalam Disneyland ni. For HKD60 which is dalam RM30 lebih kurang for a day. So very useful especially bila Nisha tido. Kalau dia jalan, kitorang buat stroller tu as tempat letak barang. 

Makan tak susah sangat. We bring our own food. Syukur semuanya lepas, mineral waters, susu kotak, sandwiches and fruits. Semuanya habis licin tak smpai tengah hari. Kah Kah Kah. Ada halal restaurant kat Adventureland, namanya Tahiti Restaurant. Adalah beberapa menu depa yang halal macam beriyani, green curry chicken with rice gitu. But expect to pay extra la as the foods dalam Disneyland memang mahal. Other foods macam waffle, cookies, popcorns etc merata-rata ada jual tapi tak berani aku nak makan. Ye la, tak tau ingredients diorang guna apa kan. Aku cuma beli ice creams je. 



AND this is the highlight for Dania. Walking together and snapping photos with Princess Aurora. Aku pun tak tahu nama princess ni. Dia yang bagitau aku. HA HA HA HA. 

Ada kisahnya dengan princess ni. Sejak awal pagi lagi, aim Dania ke Disneyland adalah bergambar dengan princesses. Kalau boleh nak semua princess yang ada; snow white, cinderella, sleeping beauty etc. Jenuh jugak mencari diorang ni. Masa last round tu, aku bawak dia keliling Fantasyland untuk cari. Siap cakap kalau takde takpe la. Dia pun macam pasrah je. Skali tu, ternampaklah si baju merah jambu ni berjalan laju. Terkocoh-kocoh aku dgn Dania lari mengejar dia. Sempat jugak aku jadi mamarazi ambik gambar ni masa diorang small talk. Dania punya excited lepas tu, God knows!!! Sebak aku rasa. Berulang kali ulang cakap "Nia jumpa Aurora!!" "Thank you mommy" "Nia tak percaya Nia jumpa Aurora!" HA HA HA HA



And, finally :) 

Till we meet again, Disneyland, insya Allah. Surely a family place to have fun :D

June 11, 2012

Ovolo 265 Serviced Apartment Hong Kong



Mari mulakan travelogue jalan-jalan dengan review hotel. Kenapa review hotel dulu? Well, penting tahu tak? Inilah tempat tido tempat rehat tempat makan tempat bincang tempat basuh baju tempat anak-anak rasa paling free dan happy! Yes, maka hotel review first.

Sesampai di Hong Kong, terus ambik 2 biji cab straight ke Hotel, or serviced apartment sebenarnya. Namanya Ovolo 265 di Tung Chau Road, Kowloon. Boleh google sendiri sebab tuan blog malas nak link.

Kami sekeluarga sebulat suara memilih serviced apartment instead of hotels. Sebab bilik hotel especially di HK ni kecik-kecik. Kalau apartment ni roomy sikit adalah ruang nak lunjur kaki after seharian berjalan. Budak-budak pun feels at home sikit. And most important, kami 6 beranak senang nak communicate. Tak payah nak ketuk-ketuk bilik sebelah for anything.




Ovolo ni best gila! Small scale apartment tapi diorg pandai susun furnitures. Walaupun kecik tapi terasa luas. Bolehla bebas bergerak. We booked a two room apartment. Asalnya nak book three room, tapi kehabisan. Owh memang ramai foreigners duduk sini. Kebanyakkannya families.





Dalam bilik ada small kitchen or pantry. Ada kettle, ada toaster (syukur sgt!!!) ada juga microwave. Cutlery pun ada tapi kami tak guna pun. Tak verani la pulakkan. Huhuhuhu. Ada flat screen tv 52". Hotel lain ado?? HA HA HA HA





Haaa.....ni part paling best tentang serviced apartment Ovolo ni. 24hrs free flow of Nespresso, soft drinks, fresh fruits of apples/bananas/oranges at the lobby lounge. Seriously FREE! Hotel Mesia ada buat gini? Takde ok. Dan juga ada free do-it-yourself laundry service. Cuma bawak baju dan detergent, basuhlah berapa load korang nak basuh. Lepas basuh terus masuk dryer. Sambil-sambil tu boleh la pekena kopi secawan dua dan makan buah sambil nonton Channel V. Lepak ok!

Kitorang asal balik je dari jalan-jalan memang singgah lounge dulu lepak-lepak minum-minum. Duduk kat sofa empuk sambil hirup kopi setelah kepenatan adalah heaven sangat.

Location wise, Ovolo ni not bad. 10min berjalan dah sampai Sham Shui Po MTR station. So very easy accessible kalau nak ke mana-mana pun.





May 14, 2012

Travel Countdown Begins




Poyo!! hahahaha. Macamkan nak pegi jauh benar. Macamkan nak pegi lama benar. :p

Padahal tiket dah beli setahun lepas. Hahahaha. Peram punya peram, tiba-tiba eh, dah nak kena pegi ke? LoL!! Tu yang kelam kabut buat itinerary tu. Well, tak kisahlah ke mana pun janji ianya jalan-jalan, mestilah excited kan? Sekarang aku tengah susun-susun itinerary holiday. Dari day 1 sampailah ke day 6. Mesti kena susun kalo tidak sampai sana terpinga-pinga pulak. Rugi! Rugi! Mujurlah google banyak info. Macam-macam info ado.

Menyusun itinerary bukan saja tempat-tempat nak tuju, transportation, money changer, tempat makan halal sumelah aku google. Al-maklum, traveller cheapskate bernafsu besar memang gini. Mana bley jimat, kita jimatttttt! Divert uwang-uwang ke tempat lain. HA HA HA HA

Sangat fun buat travel research ni. Jumpa macam-macam. Plan 6 hari tu dah berapa ratus kali berubah pun aku xtau la. Tapi aku ni old school sikit. Segala mala on papers. Mr Hubby dah buat excel format cantik-cantik pun aku tetaplah dengan kertas sepah-sepah ni. Lepas tu nak cari info apa-apa, mulalah kelebet sana kelebet sini. Hahahahaha



Tengok! Gigih tak laki ai buat giteww? Nak harapkan aku memang takde la rupa gini. Aku memang fail kalo main dengan excel ni. Haihhhh...

Eh eh....beriya aku nak countdown bagai, tapi satu apa prep pun tak buat lagi. Duit lum tukar. Kasut jalan nan hado. Bekalan makanan pun belum beli. Eh eh...macam satu apa pun belum start. Apa pun tak boleh! HA HA HA HA HA




July 16, 2011

Janda Itu...


Janda Baik.

My little nuclear family gonna be in Janda Baik for a retreat. Sesi ramas mesra dengan opismate Mr Hubby benornya. Korang nak beramas, ramas la. Plan aku, nonton KL Gangster kat laptop hasil donlod harom Mr Hubby. Kahkahkahkah

Have a great weekends uols!!!


July 15, 2011

Best Sangat Ke Shopping kat Bandung?


My answer...


YES! hahahahahaha.

As a matter of fact, kalau dah nama pergi holiday, benda paling best buat adalah makan dan shopping. Pegilah ceruk mana skali pun, you will find something you can bring back home. Even one tiny useless thing. Betul?

Bandung pada aku best sebab kat sini boley feeling ong kaya. hahahahahahahatuii. Ye la..ikut currency pun duit kita lebih tinggi dari sana, so bila tengok harga barang and convert, alahai, baru bape ringgit. Gitulah feeling dia.

Paling best shopping baju budak-budak je. Pegi kali ni pun memang niat nak cari baju raya anak-anak. Kelasss kan, shopping baju raya anak-anak overseas. Ko ado? ;p

Kalau macam aku ni, both anak adalah perempuan. Memang naik hantu tengok baju macam-mcam pesen ada. Ko nak brand apa semua ado. Gap, Guess, Zara, Osh Kosh, Gymboree, H&M etc. Jenuh haku nak listkan semua. Yang brand tak penah dengar pun ado. Kat sana aku tak tengok brand sangat. Cantik dimata, sedap dipegang, baik diwallet aku rembat je. Rata-rata semua reasonable priced. Sukalah!!! Tu baru half of baju Dania & Nisha. Gila tak haku? Hahaha

Dah shopping baju anak-anak, takkan mak pak takde kan. Haaa...tak banyak mesti ada jugak. Seronoklah aku borong tops Esprit, Zara, Gap & MNG. Prices are too kind to the wallet. Syiok!! Owh, Levis jeans pun haven. Jangan terkejut, aku beli selai jeans less than rm200. KL ado?? KL ni semua overprice. Nyampessss.


Pembelian yang paling aku dan suami suka. Korang tau Geox kat KL punya price? Kalau for kids tak kurang dari rm170. Kalau cantik mesti rm200 ke atas. Dan diorang jarangggggggggg ada sale kan? Yang ni untuk Nisha. Price? Cer teka? :p




July 12, 2011

Bandung 2011


Tujuan ke Bandung tiada lain melainkan jalan-jalan cari makan, jalan-jalan shopping. Kali ni takde sightseeing apa-apa pun. Tangkuban Perahu ke, strawberry park ke hatta Trans Studio-Biggest Indoor ThemePark in the World pun tak jengah. Makan-shopping-makan-shopping-makan-shopping. Gitulah itinerary sepanjang berada di Bandung.

Makanya tak banyak gambar yang disnap. Takkan nak snap gambar tengah makankan? Takkan pulak nak snap gambar tengah shopping. Tak menarik. Owh, by the way, kalau dalam factory outlets biasanya diorang tak bagi snap photos. Kalu guna camera memang diorang akan sound. Tapi klau camera phone, curi-curi boleh kut. Ntah...

Makan adalah heaven! Murah+Sedap. Owh, tapi janganlah cuba yang tepi2 jalan tu ye, unless you have a strong tummy. Aku tak berani. Berani makan kt kedai-kedai lawa jek. :p

Kampung Daun. Tempat ni sangatlah best. Jauh dari bandar, dalam 20min drive. Worth all the journey sebab memang best. Bukan semata untuk makan tapi juga untuk jalan-jalan dalam kawasan dia. Sejuk yang amat tapi no worries, unggun api ada di mana-mana. Boleh memanaskan badan. Ada juga air terjun tapi bukan untuk mandi mana. sekadar posing-posing bley.

Haa...ni aksi je over. Hahaha. Tapi memang sejuk tempat ni sebab atas bukit. Tu pasal diorg pasang unggun api tu merata-rata. Bley la nak feeling2 negara sejuk. hahahaha. Kesian Dania & Nisha sebab aku pakaikan short sleeve tshirt. Tak bajet tempat tu sejuk banget. Jaket pun takde. My bad.

Haa...ni menu kitorang. Sebab dah malam and siang makan lambat, so we all opt for western and nasi goreng seafood untuk Dania. Haku makan pancake aje. Iye la tu...separuh nasi goreng Dania aku yang makan sampai licin. Hahahaha. Menu diorang ada banyak jugak. Semua reasonable price. Makan standard TGIF or Ayutthaya dengan harga standard Restoran Kadir. Gitulah.

Owh, yang ini pulak di Bali Haven. Salah satu dari berpuluh factory outlet di Bandung. Bali Haven ni dekat dengan airport, so sesuailah untuk last shopping before nak balik. Ada restoran, cafe dan spa jugak. Rugi aku tak sempat nak urut-urut bagai. Dah la murah. 60mins aromatherapy massage cuma 100,00rp. Which means dalam rm35 gitu. Murah NM kan? Aku tak sempat sebab duk belek baju aje dah 2jam.


Ok, stop dulu. Nanti (ada mood) sambung lagi.

May 10, 2011

Legend International Waterhomes





Tak koser nak cerita apa sebab tujuan pegi nak berendam, berendam dan berendam. Juga makan dan rehat. Turn out tak rehat sangat sebab jenuh kejar si drama queen yang tak serik-serik masuk pool. Masuk-berendam-keluar-gegel-susu-masuk-berendam-keluar-gegel-jatuh-susu-tido. Gitulah.

Owh....ini aje gambar yang lepas qc. Lelain, hanya untuk tatapan sendiri. Last,

















Dah tayang ari tu, kita ulang tayang. Kejadian dalam bilik sebelum keluar dinner. Kawan-kawan twitter tahulah. Alhamdulillah, mulut comel sexy itu sudah kembali sexayyyy!!! *__*





Semalam driving licence gua mati dowh. Malas mau pegi renew.

January 20, 2011

We Are here


Insya Allah, hari ni dan esok akan berada di Genting Highland. Bawak PIL berjalan. Happy holiday and happy weekends uols :)




Photo googled.

September 21, 2010

Orang Lain Pergi Beraya...

Anak-anak saya duk berendam dalam bath tub dan pool. On the way balik dari Kelantan - KL, kami singgah di Awana Kijal overnite. Dapatlah tido atas katil yang maha empuk. Dapat juga merehatkan badan dan menegangkan urat saraf segala. Maklum le...jauh perjalanan. Danialah paling suka. Dari duk dalam kereta tak sudah² bertanya bila nak sampai hotel. Si adik tak tahu apa tapi dapat lepas bebas atas katil sangatlah puas hati.

Open window from room to bathroom uols! Sexy gitu. Hahahahahaha. Geram pun ada sebab tengah syok gosok gigi tiba² Dania bukak tingkap tu main ciku cak dengan saya. Nasib tak tertelan ubat gigi. Dushhhh!

Ohh, ramai juga yang break the journey macam kami ni. Rata² family yang saya nampak dan jumpa adalah orang Kelantan dan Terengganu tapi kereta plat W atau B (maknanya orang KL la tu). Mungkin sebab driving long journey dengan budak² adalah amat hectic maka dapat singgah overnite adalah lebih baik. Oh...breakfast di Awana Kijal sangat sedap!


September 8, 2010

Di Kesempatan Ini


Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada uols semua. Minta maaf jika ada tersalah kata, terkasar bahasa sepanjang dalam blogsphere ni. Walau ke mana kita pergi, drive carefully. Tidak kira dekat atau jauh, keselamatan itu penting.

Jumpa lagi a week after raya. Sure banyak pulak cerita raya kan? See uols semua. :)













p/s: raya ke-dua birthday saya. ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee