expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

June 11, 2012

Ovolo 265 Serviced Apartment Hong Kong



Mari mulakan travelogue jalan-jalan dengan review hotel. Kenapa review hotel dulu? Well, penting tahu tak? Inilah tempat tido tempat rehat tempat makan tempat bincang tempat basuh baju tempat anak-anak rasa paling free dan happy! Yes, maka hotel review first.

Sesampai di Hong Kong, terus ambik 2 biji cab straight ke Hotel, or serviced apartment sebenarnya. Namanya Ovolo 265 di Tung Chau Road, Kowloon. Boleh google sendiri sebab tuan blog malas nak link.

Kami sekeluarga sebulat suara memilih serviced apartment instead of hotels. Sebab bilik hotel especially di HK ni kecik-kecik. Kalau apartment ni roomy sikit adalah ruang nak lunjur kaki after seharian berjalan. Budak-budak pun feels at home sikit. And most important, kami 6 beranak senang nak communicate. Tak payah nak ketuk-ketuk bilik sebelah for anything.




Ovolo ni best gila! Small scale apartment tapi diorg pandai susun furnitures. Walaupun kecik tapi terasa luas. Bolehla bebas bergerak. We booked a two room apartment. Asalnya nak book three room, tapi kehabisan. Owh memang ramai foreigners duduk sini. Kebanyakkannya families.





Dalam bilik ada small kitchen or pantry. Ada kettle, ada toaster (syukur sgt!!!) ada juga microwave. Cutlery pun ada tapi kami tak guna pun. Tak verani la pulakkan. Huhuhuhu. Ada flat screen tv 52". Hotel lain ado?? HA HA HA HA





Haaa.....ni part paling best tentang serviced apartment Ovolo ni. 24hrs free flow of Nespresso, soft drinks, fresh fruits of apples/bananas/oranges at the lobby lounge. Seriously FREE! Hotel Mesia ada buat gini? Takde ok. Dan juga ada free do-it-yourself laundry service. Cuma bawak baju dan detergent, basuhlah berapa load korang nak basuh. Lepas basuh terus masuk dryer. Sambil-sambil tu boleh la pekena kopi secawan dua dan makan buah sambil nonton Channel V. Lepak ok!

Kitorang asal balik je dari jalan-jalan memang singgah lounge dulu lepak-lepak minum-minum. Duduk kat sofa empuk sambil hirup kopi setelah kepenatan adalah heaven sangat.

Location wise, Ovolo ni not bad. 10min berjalan dah sampai Sham Shui Po MTR station. So very easy accessible kalau nak ke mana-mana pun.





5 comments:

linahilmin said...

Tq soooo much for this. Baru berangan nk jenjalan hk! *berangan je la..* ha ha..
ps- tak sabar tunggu full stories!

FAM said...

Lina: awal2 berangan, nt jadile kenyataan. ngeeee

kaezrin said...

nice one i must say..

my dad ddk di TST itself a service apt jgk but a studio only...amik 2 studio...but keep it coming .....nk baca cerita ceriti HK my trip was ages ago mesti byk lagi benda2 best now....

Has said...

cool nye Ovolo nih!! nak berangan jugak lah... :)

FAM said...

Kaezrin: kenot challenge urs la sbb ai stay HK kejap je. tak puas nak pegi lg plssss hahahaha

Has: jom jom! fatin yg dh balik pun teringat2 lg ovolo ni. hahaha