expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label shopping/sale. Show all posts
Showing posts with label shopping/sale. Show all posts

February 18, 2013

For Sale!!!!



Left: Mothercare Shirt (New with Tag), size 2-3yrs - RM20
Right: Esprit Shirt (New with Tag), size 3-4yrs - RM20

Buy both - RM40 free shipping. 


Coach Embossed C Men's Wallet
RM570 includes box, care card and paperbag. Free shipping




Leap Frog Explorer LeapPad
Purple color
Include LeapPad Carry Bag and Disney Tangled Disk

RM500 free shipping


Email fatinairinee @ gmail.com 



January 29, 2013

Big Bad Wolf Aftermath Sale


Woot Woot!!!

To those yang tak sempat pegi BBW Sale last year, diorang baru je launch The Aftermath Sale! Heard that this sale lagi best with books as cheap as RM3! Cuma mungkin tak sebanyak masa BBW Sale but heyyy, mana nak dapat buku murah kat Msia ni kan?



So sapa-sapa yang melepas dulu dan sapa-sapa nak revisit, here's the chance! Go Go Go!!!


December 12, 2012

Big Bad Wolf 2012 - Tips


My tips from my own experience and friends on how to shop at BBW


  • Dress comfortably! Seriously, I've seen girls (especially) dressing up like they are going for a party. Tudung lilit-lilit yang pesenista style tu, high heels, not encouraged. Sambil belek buku, sambil nak tarik trolley sambil membetulkan shawl. Kan menyusahkan tu. Dress simple and comfortable. 
  • Bring a trolley or luggage bag or anything yang boleh ditarik. Buku kalau dah banyak kan berat. Confirm tak mampu nak pikul dengan tangan. So letak buku-buku dalam troli dan tarik sambil browsing other books. Senang! 
  • Kalau bawak kids, please please please make sure diorang sentiasa bersama kita. Sepanjang masa aku dalam hall tu, banyakkkkk sgt annoucement anak hilang emak/ayah. Ye la, kita tengah syok kelebet buku, anak-anak pun duk browse sana sini tau-tau terpisah. Nauzubillah. Kalau tak kedekut, BBW ada sediakan play area kat tingkat atas. RM10 per hour. Bolehlah kasi anak main dalam tu while you shop. 
  • Que untuk bayar biasanya memanggggg panjanggggg. Tapi rasanya taklah lama sangat sebab cashier banyak dan laju. diorang takde scan price ke apa, just masukkan harga buku je. My advice, sort your books according to price. Kalau ada 10 buku rm5, kumpulkan. 6 buku rm10, kumpulkan. So lebih memudahkan cashier dan mencepatkan caunter flow. 

I think setakat ni je la tips aku. Eceh, pegi baru sekali dah keluarkan tips bagai ;P

Oh well, sharing is caring kan? BBW sale is still on until 23 Dec. JOM JOM JOM!!!


September 28, 2012

H&M Malaysia


Managed to sneak in the other working day. Oppsss

Aku memang expect ramai orang, tapi tak expect ramaiiiiiiiiiiiiiiii sangat orang! Penuh ok. Nak jalan pun berlaga vontot berlaga bahu bagai. Tapi ok, still manage to telek belek kelebet mana-mana yang nak. Spacious place maka takde scene berlanggar sangat. And maybe sebab takde kids. Mostly working people yang curi tulang and orang yang memang aim to shop without kids.

Aku sekejap je kat ladies sebab nak kejar masa. Lagi pun few tops yang aku aim dah licinssss. Yang tinggal banyak yang tak shariah compliant gitu. So straight naik atas to kids floor. Ya Rabbiiii!!!

Aku macam hilang akal kejap. Sampai je atas, kejap nak ke kiri sebab nampak dress cantik, lepas tu nak ke kanan nampak kasut pulak. Sebelum pusing nampak kat depan ada jeans. Gitulahh. Rasa nak belah badan pegi sana sini. HA HA HA HA HA




Cantik?? Cantik sangat ok! Pakkal la kasut anak-anak aku dah berderet ngalahkan kasut mak pak dia. Kalau tidak memang aku beli. RM39.90 JEE!



Coloured soft corduroy skinny jeans for kids! Ada banyak colors rambang mata aku dibuatnya. RM39.90 JEE!



Average, semua price reasonable. Ada jugak yang mahal macam PJs kekanak RM59.90. Itu mahallah pada aku. Yang lain-lain, quite reasonable and even some, are cheap. Some shirts can go as low as RM19. Jeans RM39. Ohhh I am in love with H&M kids.


  • I superlove the '30 day exchange policy'. Very convenient. 
  • I think maximum of 7 pcs per fitting is too much, especially for ladies. Ko taulah pompuan ni camne kan? Try 1 baju/skirt/seluar etc mesti snap2 dulu. Bukan 1 shot, kurang2 5 shot nak dapat shot paling cun, selim, cantik. Ko bayang 7 helai x 5 shots. Berapa minit for 1 person to finish fitting? Itu belum ambik kira dia twit/wasap/bbm suami/bf/kawan2 mintak pendapat kan? Laaaaaaaaama sangat Q just to get into the fitting room. 
  • H&M ada sediakan shopping bag yang BESAR! Best dan bahaya sebab ianya TERLALU memudahkan aktiviti memilih dan merembat barang. HAHAHAHA
  • Dan best sebab boleh bayar kat mana-mana kaunter regardless you're buying ladies item je ke kids stuff ke. As long as BAYAR! 



Ini gaya-gaya belum gaji ye. Sekian.

Laporan tidak berbayar dari penshopper puas hati dibawakan khas untuk anda :)


July 11, 2012

Wearing Jovian Mandagie


Wah wah wahhhh! Main petik nama designers tersohor aje sekarang ye. Ingat retis je boleh? Kita pun boleh derrrrr....... :D

Haaa....2012 ni kira ramailah boleh beraya dengan baju raya designers. Baru Rizalman launch baju raya 20 by Rizalman kat Tesco. Dengar khabar Tesco area KL dah sold out. Berebut orang membeli. Al maklum, limited edition kan. 

But don't worry. Tak dapat beli 20 by Rizalman, boleh beli Aviraya by Jovian Mandagie pula. Kali ni boleh beli pula dari butik First lady. Tak kurang jugak hebatnya. Design semua meletops! Aku lupa ada berapa banyak design tapi yang aku list ni yang berkenan kat mata aku. Yang aku pikir sesuai dengan aku. Eh! 







Cantikkan? Ye la...pakai dek model body hourglass memang le lawa nak mamps. Tapi takpe, pakai mesti kondipen, lawa laa jugak jadinya. Price range agak mahal sikit, RM250 - RM400 gitu kut. Tapi looking at the material and designs, rasanya sesuailah.

Nak beli ke tak? Beli? Tak? Beli? Tak?




Yang pasti nak pegi cuba try test kemho dalam fitting room ;p


Beli ke tak pikir kemudian. HA HA HA HA



July 9, 2012

Wearing Rizalman

Sapa tak kenal designer tersohor si Rizalman kan? Aku minat designs dia. Takde over the top tapi sesuatu la. Lepas tu dia berkecimpung (wah ayat) pulak dalam interior deco. Sumpah cantik NM! Memang orang ado-ado saje la yang mampu nak hire beliau as designer atau ID. 

Tapi.....tapi..........





AKU MAMPU! Oh masyaAllah...alhamdulillah. Dapatlah merasa memakai Rizalman di hari raya nanti. Hehehehe. Thanks to the collaboration antara Rizalman dengan Tesco. Wah Malaysia pun dah macam kat US nun. Ingat dulu Mulberry collaborate dgn Target? Mulberry for Target? Gitulah kekdahnya kat sini pun. 






Ini adalah sempena 20 tahun Rizalman dalam fashion industry. Ada 12 designs semuanya dengan 5500 pasang sahaja di seluruh Malaysia. Aku beli dua maka 2:5500. Hmmmmmm




Yang mana baju raya aku? Ada 12 pesen disitu, korang tekalah sampai raya nanti yang mana design aku pilih. Hihihihi

July 15, 2011

Best Sangat Ke Shopping kat Bandung?


My answer...


YES! hahahahahaha.

As a matter of fact, kalau dah nama pergi holiday, benda paling best buat adalah makan dan shopping. Pegilah ceruk mana skali pun, you will find something you can bring back home. Even one tiny useless thing. Betul?

Bandung pada aku best sebab kat sini boley feeling ong kaya. hahahahahahahatuii. Ye la..ikut currency pun duit kita lebih tinggi dari sana, so bila tengok harga barang and convert, alahai, baru bape ringgit. Gitulah feeling dia.

Paling best shopping baju budak-budak je. Pegi kali ni pun memang niat nak cari baju raya anak-anak. Kelasss kan, shopping baju raya anak-anak overseas. Ko ado? ;p

Kalau macam aku ni, both anak adalah perempuan. Memang naik hantu tengok baju macam-mcam pesen ada. Ko nak brand apa semua ado. Gap, Guess, Zara, Osh Kosh, Gymboree, H&M etc. Jenuh haku nak listkan semua. Yang brand tak penah dengar pun ado. Kat sana aku tak tengok brand sangat. Cantik dimata, sedap dipegang, baik diwallet aku rembat je. Rata-rata semua reasonable priced. Sukalah!!! Tu baru half of baju Dania & Nisha. Gila tak haku? Hahaha

Dah shopping baju anak-anak, takkan mak pak takde kan. Haaa...tak banyak mesti ada jugak. Seronoklah aku borong tops Esprit, Zara, Gap & MNG. Prices are too kind to the wallet. Syiok!! Owh, Levis jeans pun haven. Jangan terkejut, aku beli selai jeans less than rm200. KL ado?? KL ni semua overprice. Nyampessss.


Pembelian yang paling aku dan suami suka. Korang tau Geox kat KL punya price? Kalau for kids tak kurang dari rm170. Kalau cantik mesti rm200 ke atas. Dan diorang jarangggggggggg ada sale kan? Yang ni untuk Nisha. Price? Cer teka? :p




July 4, 2011

Candy Buffet



Just helping to promote my cousin's new business. Candy Buffet. Sesuailah kalau nak letak masa kenduri kawen, engagement, aqiqah, birthday party, farewell party. Pendek kata sesuai untuk apa saja event.

Haa...sebut candy buffet, mesti pikir untuk budak-budak je kan? Fret not, sebab, orang-orang dewasa lagi excited dari budak-budak tau. Imagine marshmallow dip in chocolate fountain. Ahhhhh! Sedapkan?? Ada banyak lagi uols, marshmallow, jellybean, biscuits, apam polkadot etc.

Korang nak ikut theme, diorang boleh cater to it. No problem at all. Sekarang tengah ada promosi. Nak tahu lebih lanjut bley terjah facebook diorang sekarang. www.facebook.com/SomethingSweetBymimi



March 28, 2011

Boleh Jadi Pembeli Bijak Tak?


Pahamkan tajuk dan pahamkan cerita. Bijak disini bukan bermaksud 'saya pembeli bijak sebab dapat beli dengan harga murah'. Itu nasib baik namanya.

Baik, mari mula cerita. Saya mahu jual Kate Spade Blackberry pouch. Imej disertakan.


Harus diingat, barang ini dibeli secara online dan didatangkan dari nunnnnnnnnnn Amerika. Jauhkan? Baik, mari buat calculation secara simple.

Harga pouch ini adalah USD25. Dan harus diingat, semua barangan yang dibeli di US nunnn ada sales tax. Mari buat anggaran tax adalah USD5 (plus minus la). Maka USD25 + USD5 = USD30.

Ok, mari convert pula. USD30 convert duit kita (amek rate 3.091 = 3.1) jadilah RM93.

Baik, sebagai penjual bijak, logik ke kalau saya jual dengan harga RM100??? Mungkin uols akan kata logik.

Ijinkan saya mengingatkan uols bahawa RM93 itu adalah harga barang semata. Dan sukacita saya ingatkan lagi, barang didatangkan dari nunnnnnnnnnnnnnnnnnn Amerika. Maksudnya ada shipping cost. Betul? Ko ingat ni ko kirim dengan sepupu sepapat makcik pakcik nak waive shipping cost? TIDAK. Ini urusan jual beli. Gedebak gedebuk, kos yang saya tanggung adalah RM125.

Sukacita juga saya letakkan harga Kate Spade Blackberry pouch ini dengan harga RM150 saje. Murah bukan? Saya cuma amek upah RM25 saje. Cer pegi tengok kat butik Kate Spade di Pavillion (ada kan?). Tak mungkin akan dapat dengan harga RM150!!! Mungkin RM200 ke atas. Itu pun kalau ada dijual.

Jadi pembeli, jangan ko bajet nak bayar RM100 dengan menyatakan 'ohh...saya tengok kat website KS cuma USD25. Kalau times 3 pun baru RM75. Ok pe I offer nak beli RM100.'


Wak Luuuuuuuuuuuuuu




p/s: Kate Spade Blackberry Pouch ini masih dijual dengan harga RM150. Berminat boleh tinggalkan komen *peace no war* ;)

March 24, 2011

Tak Puas Hati La


Susah dah jadi mak ni. Kepala otak pikir anak-anak je la. Oh, suami pikir juga tapi sekarang isunya jadi mak maka subjek mesti anak-anak. Kalau jadi isteri baru subjek adalah suami. Geddit?

Bangun pagi takde pikir apa, pikir anak nak makan apa. Betul? Nasib baik hari bekerja sorang pegi school sorang pegi nursery maka makan semua ditanggung beres. Cuma kadang-kadang sebagai mak penyayang mithali...pffttt, saya sediakan jugaklah bekal untuk Dania. Sandwich ke, karipap (beli sendiri) atau paling koman nugget. Untuk Nisha tak payah cuma kadang hulur nenen je pepagi hari tu.

Kalau keluar berjalan, dah tentu pikir anak jugak. Masuk kedai tak lain mothercare, ponye, lepas tu gap kids. Masuk la Isetan ke parkson ke, terjah kids floor jugak. Betul tak?? Habis masa 2 jam duk sini je. Lepas tu lapar, cari makan. Dah makan, penat balik.

Bila nak membeli untuk diri sendiri camni?

Combo of parkson, isetan, mothercare

Itu baru jadi mak. Kut jadi nenek? Pegi jauh-jauh pun ingat cucu jek. Gigih cari merata laut cina selatan untuk belikan pada cucu tersayang. Dah beli kena pulak bawak merata lagi. Kut kecik tak pe, ni besar jugak. Dua pulak tu. Ingat ye, cucu diva ada dua. Apa saja untukmu cucu...


Di import khas dari Shenzen, China.






Nasib ada online shopping avenue. Dapat jugaklah mommy shopping barang sendiri ;)

August 16, 2010

Okinokiyo Sunhat


Saya beli sunhat from Okinokiyo ni dah lama. Tapi tak pernah pulak ada can nak snap gambar. Weekend lepas saya balik Muar singgah di pasar nak beli bahan untuk masak. Saya kasi dua beradik ni pakai sunhat ni. Nasib baik ada sunhat, panas sangat cuaca masa tu. Maklum le, pukul 130pm. Memang tengah teriklah. Untung wooo beli sunhat ni, you get two sunhats in one piece. Mai (the owner) buat reversible sunhat so boleh terbalikkan saje.

Baru-baru ni Mai ada tunjuk new fabrics. Geram saya macam nak order lagi. Hahaahahah. Takpe, kasi can uols pulak buat sunhat untuk anak-anak uols. Eh, bukan untuk girls je tau, boys pun boleh maaaaaaa. Sila ke Okinokiyo untuk dapatkan sunhat uols!


Ohhh....I heart online shopping, kan nyah?


August 14, 2010

Luar Lama, Dalam Je Baru


Hasil tangkapan masa isetan member's sale. 30%. Berbaloi-baloi. Bolehlah buat ganti wallet yang dah macemmmkusam tu.

July 20, 2009

Dior Addict

Oh, I have turn my mama into a Dior addict. Hahahahahaha. And who gets the side benefits? ME!!

Ok..ok..Saya kan perlu teman mama saya mencari listip dan kasut kan? Ok, kasut tu weekend lain pulak sebab separuh hari kami terhabis di kaunter Dior Isetan saje. Kesian Mr Hubby kena layan Dania main lego for two hours straight.

Semalam pagi-pagi kami dah sampai KLCC. Terus saya bawak mama ke Dior. Plan asal just to get a listip..or maybe two. Ended up, she bought two listips, make-up base and foundation. Pandai SA tu tau!


the freebies, pouch and the purchases


Sebab dah beli banyak, tak banyak mana tapi amount dia banyak jugak, dapat la freebies macam-macam. Make-up pouch dia amatlah cute, boleh berebut saya dengan Dania. Takpe, mommy bagi Nia main perasan-perasan sekejap tapi pouch tu mommy punya ok. Dalam banyak-banyak freebies tu, ada mini Dior rouge listip. Sangat comel! Saya amek jugak! *Wink*


Haa...cute kan the mini listip nih!

Dan, disebabkan dah beli macam-macam, dapatlah jadi Dior member, or they call it, Very Dior! Ahha...on birthday month they give free make-ups. Haruslah mak vogue-vogue September nanti!

the membership card



Lepas dah shopping, make up segala (they do us free make-ups), haruslah isi perutkan. Lunch at nando's, siap tapau Roti Boy untuk tea break nanti. Tak sia-siakan teman mama shopping. Haa.. Selalu-selalulah teman parents anda shopping! *smile*

June 15, 2009

First Try at Ariani

Weekend lepas saya balik Muar. Fuhh, macam-macam aktiviti - makan, makan, makan! Hahahahaha...Apa lagi nak buat kalau dah berkumpul ramai-ramai. Selera pun banyak. Eh, saya bukan nak cerita pasal makan.

Sebelum balik ke KL semalam saya hantar adik ipar saya ke rumah mak mertua dia di Melaka. Sangat dekat dengan Astana Moda & Ariani tu. Oleh itu, haruslah singgah kan. Lagipun Mr Hubby sudah offer mahu belanja tudung baru. Hai senangnya dalam hati...

Kami pun terjah Ariani beramai-ramai. Memang syok masuk kedai ni. Punyalah banyak tudung; macam-macam jenis. Memang rambang mata. Hehehe... Tengok punya tengok, saya rembat dua. Ni first time saya try Ariani. Macam-macam komen juga saya dapat. Plus minus, ada kata ok...ada kata tak ok.

You all tengok camne?





















Muka harus di blur kan sebabnya muka hari ni adalah sememeh. Hahahahahaha!!!




Ni komen-komen dari orang sekeliling saya;

Mr Hubby: No comment tapi dia cakap ok jek. Tak nampak pelik. (Nanti komen cantik lelebih takut saya rembat lagi banyak la tu... :p)

SA: Ok kak, cantik. Kena dengan muka akak. (Ok, saya tak ambil kira komen dia sbb dia SA-haruslah komen cantik jek kan?)

SIL: Cantik kak. Kena dengan muka akak. Lg elok dari Hajaba tu.

Mama: Haa...yang ni elok. Hajaba tu kureng.

Opis Mate 1: Macam lain la nampak.

Opis Mate 2: Eh..ok. Kena.

Opis Mate 3: Tak berapa kena. Tak pasti sebab awning ke sebab warna. (camne tu??)

You all tengok pulak camne? Saya memanglah sangat teringin nak terjah Munawarrah pulak tapi ntah bila...Apsal depa tak bukak kedai area Ampang ke, KL ke kan?

June 12, 2009

Ambil Kain, Hantar Kain

Dua bulan lepas dah hantar satu batch kain ke tailor untuk di buat baju raya. Semangat betul nak raya (ganti belum!). Apa nak buat, tailor dah bagi deadline awal kan.



Tup tup...saya dapat tau saya pregnant pulak. Terus call tailor, mintak hold semua kain jangan dibuat apa-apa. Nasib baik kain-kain itu masih di rak, belum diapa-apakan. Ahhhhhhh.....lega!

So tadi saya dah ke euro moda lagi. Walaupun dulu dah cakap tak nak pegi lagi. Apa nak buat kan, change of plan. Hahahahahahaha..... Alasan! Makanya...


These batch are out. Bakal disimpan baik-baik dalam almari saya tunggu dikerjakan tahun depan pulak. Janganlah saya tengok dengan perasaan menyampah pulak nanti. Ye la...beli taste tahun ni....tahun depan ntah macam mana pulak. Ada yang nak beli?




And these batch are in. Dah selamat masuk rak tailor untuk dibuat maternity dress untuk dipakai di hari raya ;)


p/s: Di euro moda tadi saya adalah dengan sangat tak malunya dan selamba pegi sound tauke singh kat kaunter tu suruh slow kan volume radio lagu hindustan. Kuat sangat okeh, nak pikir pilih kain pun susah! Dia bukan saja slow kan, siap tukar lagu melayu, dato siti lagi u....

May 22, 2009

I'm Happy...I'm Happy... 60's TV


Ok...salah lirik!

Tapi saya happy. Happy sebab semalam selepas dah lama tak dapat lunch bersama Mr Hubby, saya paksa dia lunch bersama saya di KLCC, where else?? Susah tau nak ajak Mr Hubby ni lunch sama. Pastu kalau nak ajak lunch harus KLCC saje sebab dekat dengan ofis. Siap berambik berhantar tau! Ok,di KLCC we all makan di Burger King saje. Lepas makan, haruslah jalan-jalan cari pasal bakar lemakkan? Saya ajak Mr Hubby meronda sekitar Isetan. Tengah jalan-jalan, Mr Hubby bersuara,

"Yang, tengok kasut" sambil tunduk ke bawah dan menyelak sedikit kain saya. Dalam hati saya apasal nak tengok kasut.

"Semalam abang lunch dengan Ani, Sal, Fazli (semua bukan nama sebenar) lepas tu datang sini. Ada kasut keje cantik. Nak tengok?"

Dengan hati berbunga gembira saya terus tarik tangan dia, "Jom. Mana?"

Dan akhirnya, dia milikku. Cewaaaahhh. Ohh, saya sempat jeling ke sandal Enzo idaman kalbu ada sale, 10% jek!!...dia memang bukan belum milikku......

Inilah dia kasutnya. Ada 50% sale. Pandai jugak dia pilih ek...

Ahha....tak payah tunggu lama-lama, hari ini jugak saya pakai. Yahhooooo!!!




May 18, 2009

Melaka Spree


Selain kerja dan menjaga anak dara, ada juga aktiviti lain saya. Sempat jugalah walaupun dalam keadaan si kecik tu merengek. Tapi bila tang jalan, hilang sakit segala. Mr Hubby cakap dah sama perangai dengan mommy dia. Ngeh ngeh ngeh...

Di Melaka pada sabtu lepas adalah perasmian Taming Sari, alaa...benda yang berputar-putar tinggi nun, bolehlah tengok bandaraya Melaka. Mahal ok benda nih...patut laa saya tengok tak penuh.

Anyway, aktiviti saya bukan melawat perasmian, kejadahnya la kan? Dan bukan juga naik Taming Sari tu, tak kosa mak! Aktiviti we all dalam persekitaran hawa dingin, selesa lagi luas untuk anak daraku yang sakit berlari-lari dan melompat girang. Inilah aktiviti TERJEBAK saya!
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

Ada sale daaaaaa!!!