expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label fashion. Show all posts
Showing posts with label fashion. Show all posts

September 28, 2012

H&M Malaysia


Managed to sneak in the other working day. Oppsss

Aku memang expect ramai orang, tapi tak expect ramaiiiiiiiiiiiiiiii sangat orang! Penuh ok. Nak jalan pun berlaga vontot berlaga bahu bagai. Tapi ok, still manage to telek belek kelebet mana-mana yang nak. Spacious place maka takde scene berlanggar sangat. And maybe sebab takde kids. Mostly working people yang curi tulang and orang yang memang aim to shop without kids.

Aku sekejap je kat ladies sebab nak kejar masa. Lagi pun few tops yang aku aim dah licinssss. Yang tinggal banyak yang tak shariah compliant gitu. So straight naik atas to kids floor. Ya Rabbiiii!!!

Aku macam hilang akal kejap. Sampai je atas, kejap nak ke kiri sebab nampak dress cantik, lepas tu nak ke kanan nampak kasut pulak. Sebelum pusing nampak kat depan ada jeans. Gitulahh. Rasa nak belah badan pegi sana sini. HA HA HA HA HA




Cantik?? Cantik sangat ok! Pakkal la kasut anak-anak aku dah berderet ngalahkan kasut mak pak dia. Kalau tidak memang aku beli. RM39.90 JEE!



Coloured soft corduroy skinny jeans for kids! Ada banyak colors rambang mata aku dibuatnya. RM39.90 JEE!



Average, semua price reasonable. Ada jugak yang mahal macam PJs kekanak RM59.90. Itu mahallah pada aku. Yang lain-lain, quite reasonable and even some, are cheap. Some shirts can go as low as RM19. Jeans RM39. Ohhh I am in love with H&M kids.


  • I superlove the '30 day exchange policy'. Very convenient. 
  • I think maximum of 7 pcs per fitting is too much, especially for ladies. Ko taulah pompuan ni camne kan? Try 1 baju/skirt/seluar etc mesti snap2 dulu. Bukan 1 shot, kurang2 5 shot nak dapat shot paling cun, selim, cantik. Ko bayang 7 helai x 5 shots. Berapa minit for 1 person to finish fitting? Itu belum ambik kira dia twit/wasap/bbm suami/bf/kawan2 mintak pendapat kan? Laaaaaaaaama sangat Q just to get into the fitting room. 
  • H&M ada sediakan shopping bag yang BESAR! Best dan bahaya sebab ianya TERLALU memudahkan aktiviti memilih dan merembat barang. HAHAHAHA
  • Dan best sebab boleh bayar kat mana-mana kaunter regardless you're buying ladies item je ke kids stuff ke. As long as BAYAR! 



Ini gaya-gaya belum gaji ye. Sekian.

Laporan tidak berbayar dari penshopper puas hati dibawakan khas untuk anda :)


July 24, 2012

Radzuan Radziwill Pulakkkkkk

20 by Rizalman

Aviraya by Jovian Mandagie

And now, Radzuan Radziwill pulekkkkk

Photo: All designs will be available in many colours. Launching tomorrow at 11am!

Prices range from RM119 - RM179.


Bolehlah korang jengah ThePoplook kalau berminat.



p/s: thanks cikchelsea ;p






Pic from ThePoplook FB.

July 20, 2012

Aviraya by Jovian Mandagie - Beli ke Tak?


Setelah mendapat komen dari Jovian Mandagie sendiri, maka berkobar-kobarlah aku nak pegi First Lady Jalan TAR tu. Ahad pagi tu bangun terus bersiap. Tak pernah-pernahlah kan hari Ahad kul 8.30 pagi aku dah siap cantik ni kan. Slalu mesti bergolek-golek dengan dua diva tu.

Dah babai-babai Mr Hubby dengan pesanan 'I tak sempat buat breakfast, uols pegilah makan kat Kayu Nasi Kandar ye' aku pun blah. 9.00 pagi dah terpacak depan First Lady. Rupanya raaaamaiiiiii yang lebih awal dari aku. Siap tunggu betul-betul depan pintu. Pintu pun belum bukak. Dahsyat ok! 


Tengok! Depan tu adalah dalam 30-40 orang duk gigih berdiri depan pintu. Siap terjengah-jengah dalam butik. Bajet Jovian ada kut. Kuikuikuikui. Aku? Aku duduk relax dulu kat bench depan kedai. Koserrr ah nak berdiri kan bajet cool

Pintu bukak! Diorang punya serbu masuk macam takde esok. Agaknya macam nilah waktu 20 by Rizalman kat Tesco baru ni ye. Al-maklumlah, mana nak dapat pakai baju designers nih kan. Nak beli kat butik, takde 3 4 ribu ko takyah cite. 



Suasana dalam kedai sangat sesak, panas macam sauna ok! Kedai dah le kecik je, air-con pun macam ada takde je. Berpeluh keti duduk dalam tu. Mujur jumpa Ladyverde. Ada la jugak gang nak bergossip kan. HA HA HA HA

Baju atas tu je aku sempat snap. Yang lain-lain tak sempat dan malas sebab tak selesa. Honestly, aku quite dissapointed dengan collection yang ada. Ada yang aku aim, takde kat butik. Diorang tak keluarkan semua design mungkin tak sempat siap opps. Kononnya kuarkan batch by batch. Ok fine! 

Lagi satu kes aku kuciwa adalah sebab material baju. Dalam album nampak lain, bila tengok live, errr errrr... kenapa gini? Ntahlah, susah aku nak bagi tafsiran (wahhh) tapi kuciwalah! 

I know la itu adalah koleksi designer tersohor. Tapi kalau aku nak bayar 300-400 ringgit mesia aku nak total kualiti la. Be it design, material, workmanship. Setakat yang aku tengok kat butik last time, cuma menang pada design aje la. Material dan workmanship agak fail.  



Super love the beadings! Very unique and classy. Tapi...tapi kenapakah kain itu? HuarghhhhH!!!!!!




So YES, aku TIDAK membeli walau sepasang............YET. Kesian, sekian.



July 13, 2012

Bangga Moment




OK, bangga kejap Jovian Mandagie mention blog aku dalam fanpage dia. Ok la..bukan Jovian himself. Must have been assistants dia yang ramai tu. Ok, mesti assistant dia google je nama Jovian tu, ter-landing kat blog aku.


Fedulik! Haku vangga sekejap. semoga rating naik HA HA HA HA


July 11, 2012

Wearing Jovian Mandagie


Wah wah wahhhh! Main petik nama designers tersohor aje sekarang ye. Ingat retis je boleh? Kita pun boleh derrrrr....... :D

Haaa....2012 ni kira ramailah boleh beraya dengan baju raya designers. Baru Rizalman launch baju raya 20 by Rizalman kat Tesco. Dengar khabar Tesco area KL dah sold out. Berebut orang membeli. Al maklum, limited edition kan. 

But don't worry. Tak dapat beli 20 by Rizalman, boleh beli Aviraya by Jovian Mandagie pula. Kali ni boleh beli pula dari butik First lady. Tak kurang jugak hebatnya. Design semua meletops! Aku lupa ada berapa banyak design tapi yang aku list ni yang berkenan kat mata aku. Yang aku pikir sesuai dengan aku. Eh! 







Cantikkan? Ye la...pakai dek model body hourglass memang le lawa nak mamps. Tapi takpe, pakai mesti kondipen, lawa laa jugak jadinya. Price range agak mahal sikit, RM250 - RM400 gitu kut. Tapi looking at the material and designs, rasanya sesuailah.

Nak beli ke tak? Beli? Tak? Beli? Tak?




Yang pasti nak pegi cuba try test kemho dalam fitting room ;p


Beli ke tak pikir kemudian. HA HA HA HA



July 9, 2012

Wearing Rizalman

Sapa tak kenal designer tersohor si Rizalman kan? Aku minat designs dia. Takde over the top tapi sesuatu la. Lepas tu dia berkecimpung (wah ayat) pulak dalam interior deco. Sumpah cantik NM! Memang orang ado-ado saje la yang mampu nak hire beliau as designer atau ID. 

Tapi.....tapi..........





AKU MAMPU! Oh masyaAllah...alhamdulillah. Dapatlah merasa memakai Rizalman di hari raya nanti. Hehehehe. Thanks to the collaboration antara Rizalman dengan Tesco. Wah Malaysia pun dah macam kat US nun. Ingat dulu Mulberry collaborate dgn Target? Mulberry for Target? Gitulah kekdahnya kat sini pun. 






Ini adalah sempena 20 tahun Rizalman dalam fashion industry. Ada 12 designs semuanya dengan 5500 pasang sahaja di seluruh Malaysia. Aku beli dua maka 2:5500. Hmmmmmm




Yang mana baju raya aku? Ada 12 pesen disitu, korang tekalah sampai raya nanti yang mana design aku pilih. Hihihihi

December 27, 2010

Fashion Police: Anugerah Skrin 2010 part 1


Tak sempat tengok pun Anugerah Skrin 2010. Tengok cuma beberapa minit terakhir. On je tv, terus abang Nuar tengah nyanyi. Ohh Nuar Jeng. Eh, tapi kenapa tak hensem ye? Sesuatu tidak kena dengan muka dia. Rambut? Misai? Goat tee? Tapi nyanyi tetap best!

Bila tak tengok secara live, haruslah terjah blog artis yang best, sapa lagi kalau bukan beautifulnara tu. Hamek ko, semua baju artis ada. Suka tengok acara2 awards ni bukan nak tau sangat sapa menang sapa tak menang. Gua tak heran beb. Tapi gua nak tengok baju-baju artis yang ribu riban tu jek. Eh, tukar balik.

Seronok tengok baju-baju artis ni. Apa yang seronok? Seronok komen. Hahahahaha!!!! Barulah boleh perasan jadi Joan Rivers dan Giulliana Rancic. Orait, jom kita cari worst dress dulu nak?

FP 1: Artis nama apa saya tak tahu. Kalau tang lengannye tu takde drapes yang bukan-bukan, I think the dress is ok. Kan?

FP 2: Ok, mula-mula tengok ni saya ingat lelaki. Lepas tu tengok kasut, pompuan. Tapi sapa dia ni? Artis kah? Baju adoii..., pening!


FP 3: Untuk nilai baju ni sebagai cantik haruslah tengok dari bawah ke paras pinggang sahaja. Sebab upperpart amat hodoh sekali. Kesian si pemakai ni, macam tengah shower dengan sabun buih-buih terus datang red carpet.


FP 4: I rest my case for the horrific baju. Skill menjahit tidak perlu sebab cuma perlu kain sari dan lilit kat body. Pfftttt


FP 5: Pengsan! Bolehlah berjalan seiring dan sejalan dengan angkasawan. Sukar nak imagine dia duduk dalam dewan macam mana. Sure tak nampak depan kan?

So, uols pilih mana as Fashion Police Worst Dress Award? ngeeeeeeeeeeee


June 15, 2009

First Try at Ariani

Weekend lepas saya balik Muar. Fuhh, macam-macam aktiviti - makan, makan, makan! Hahahahaha...Apa lagi nak buat kalau dah berkumpul ramai-ramai. Selera pun banyak. Eh, saya bukan nak cerita pasal makan.

Sebelum balik ke KL semalam saya hantar adik ipar saya ke rumah mak mertua dia di Melaka. Sangat dekat dengan Astana Moda & Ariani tu. Oleh itu, haruslah singgah kan. Lagipun Mr Hubby sudah offer mahu belanja tudung baru. Hai senangnya dalam hati...

Kami pun terjah Ariani beramai-ramai. Memang syok masuk kedai ni. Punyalah banyak tudung; macam-macam jenis. Memang rambang mata. Hehehe... Tengok punya tengok, saya rembat dua. Ni first time saya try Ariani. Macam-macam komen juga saya dapat. Plus minus, ada kata ok...ada kata tak ok.

You all tengok camne?





















Muka harus di blur kan sebabnya muka hari ni adalah sememeh. Hahahahahaha!!!




Ni komen-komen dari orang sekeliling saya;

Mr Hubby: No comment tapi dia cakap ok jek. Tak nampak pelik. (Nanti komen cantik lelebih takut saya rembat lagi banyak la tu... :p)

SA: Ok kak, cantik. Kena dengan muka akak. (Ok, saya tak ambil kira komen dia sbb dia SA-haruslah komen cantik jek kan?)

SIL: Cantik kak. Kena dengan muka akak. Lg elok dari Hajaba tu.

Mama: Haa...yang ni elok. Hajaba tu kureng.

Opis Mate 1: Macam lain la nampak.

Opis Mate 2: Eh..ok. Kena.

Opis Mate 3: Tak berapa kena. Tak pasti sebab awning ke sebab warna. (camne tu??)

You all tengok pulak camne? Saya memanglah sangat teringin nak terjah Munawarrah pulak tapi ntah bila...Apsal depa tak bukak kedai area Ampang ke, KL ke kan?

June 3, 2009

Lagi Kisah PigSkin Lining

Tak sudah-sudah duk mengata binatang sekor nih. Tapinya, kena beritahu juga supaya tidak terkena dikemudian hari. Terutama kepada ladies yang suka shopping moping nih kan, like me! *wink*

Ok, you all pernah tak shopping kat Ni.chi Fashion House? Yang saya tau ada di Maju Junction, Alamanda, Dataran Pahlawan, Pavilion and Mid Valley. Saya suka jugak ke kedai ni, baju-baju dia banyakkkkkkk sangat, price pun ok.

Ohh... terpesong sudah. Baru-baru ni kawan saya ke kedai ini, dan membelek segala baju-baju dan accessories, termasuklah belt. Dia memang dah lama aim nak rembat belt yang besar-besar tu. Hehehe...

Sedang duk membelek tu, ada amoi datang memberitahu yang belt-belt di situ semuanya ada pigskin lining. Jadi kawan saya pun belek la semula. Memang sah ada 3 dot-trademark pigskin tu. Dan sememangnya takde signage mengatakan ianya adalah pigskin lining. Hmm...oleh itu bak kata Mrs Noba, sebelum membeli kasut harus lah membelek dahulu, sekarang ni bukan saja kasut, segala barang yang buatannya ada ala-ala leather haruslah dibelek terlebih dahulu.

So, sebagai peringatan kepada saya dan you all semua, berhati-hati bila membeli!

Some say if the product is made of pigskin or has pigskin as lining, the product is usually cheap. I have no idea.

Duk dalam negara Islam, tapi kadang rasa macam berada dalam negara bukan Islam. *sighhh*

May 22, 2009

Tudung MHI

Pagi-pagi sambil bersiap ke opis saya selalu tengok MHI kt TV3. Macam wajib jek. Celik mata, solat Subuh, terus on TV. Slalunya motivasi pagi dulu, then berita. Lepas tu baru MHI. Selain dari topik-topik penting ke tak berapa penting saya tengok. Selalunya takat sampai pukul 815am paling lambat la tu. Lepas tu kena ke opis dah.

Anyway, sejak dua menjak ni, saya perasan tudung-tudung penyampai MHI @ Wardina dan Fenda lain sket. Ala-ala munawarah / hajaba / ariani etc. Lawa-lawa sangat tudung diorang pakai. Tapi oleh kerana saya tak tengok sampai habis, so tak dapat nak tau sapa sponsor tudung diorang tu.


Sapa yang tau? Boleh tolong jawab...diorang tu pakai tudung apa ek?



p/s: saya cuba cari gambar, tapi fail. Saya memang fail bab googling nih...

May 4, 2009

Baju Raya???

Dalam minggu lepas saya ada terima sms dari tukang jahit baju saya. Oh..dia bukanlah designer glamer-glamer, biasa-biasa aje. Sorry kak kita cakap cmni. Huhuhuhu..

Ok, sms beliau menyatakan tempahan baju raya telah dibuka sehingga Julai. Dan sebarang kain berlining tidak akan dilayan. Adoiiii!!! Baru bulan May dah mintak tempahan raya? Hebat betul kan??

Dari sms tu saya dh ada masalah. Semua kain yang saya ada perlu dilining. Masalah pulak nak cari tukang jahit yang boleh ambil tempahan berlining. Kat mana ye?

Ohh...tahun ni apa fashion yang IN? Saya ni selalunya buat baju kurung/kebaya/kurung moden. Itu je la tiap-tiap tahun. Tak penah ada berambu ramba ke apa-apa. Boring betul ke saya nih?

You all camne? Dah hantar untuk baju raya? ke posa pun belum abih ganti? Apa fashion you all ek?



p/s: teringin nak ada puff ala CT tapi sesuai ke? hmmmmm.........

April 15, 2009

Bling-bling..Wud You Dare To?

Pagi tadi sementelah melawati blog kawan-kawan, saya pun klik pada url yang diberi oleh MimieLola entry cantik beliau. Wow! Memang cantik-cantik dresses itu. Dan terpandang ini...





















Hmm...would you daring dare enough to wear it?



April 14, 2009

Cuci Mata Jom!

Hmm, tak sudah-sudah lagi cerita ABPBH09 nih. Seronok Nabil, rezeki dia betul. Tapi saya nak cerita baju-baju glamer artis. Sayakan suka tengok! hehehehe


Nampaknya Zizie dinobatkan baju tercantik pada malam ABPBH09 tu. Pada saya, tak la grand sangat baju dia. Tapi maybe kena dengan konsep songket kut. The color is nice tapi design pada saya nampak serabut. And this cute mommy Nora Danish ni pun, hmm..I just hate the dress. Langsung tak lawa. Nasib le dia comey.

Zizie and Nora Danish (look at her dress, awatla belah ala 70an tu??)

Ok, ni antara outfit yang cantik pada pandangan mata saya. Pada pandangan mata you all, saya tak tau la kan... heheheehe. Mak rasa macam fashion agents dalam StarWeekend tu pulak.

Linda On - nice color and sopan. Gabungan songket dia tu tak nampak macam songket sangat. Is it purple or fushia but I like it very much!

Hmm, I'm not really a fan of her nor her dresses. Kadang baju dah cantik, kainnya ntah apa-apa. Just like this one. Upper part dah cantik, kain dia, macam curtain pun ada. Huhuhuhuu. Just let go of your 'tudung' la..macam tak kena je. You cover or you don't, that's it!

This one is nice. Cantik! Though tang dada tu cam tak kena tapi overall nampak lawa. Camne ek dia pakai kain atas kepala dia tapi tak jatuh. Kagum mak! Oh ya, make up dia malam tu pun cantik..sweet jek.








Last but not least, the horribles and the beasts. Oppsss.....

Apa ke fashion ni???
















Tapi dalam ramai-ramai yang sakan bergaya or tak bergaya, dia ni tetap ganteng walau dah tua!















M. Nasir.....owhhh!

pictures courtesy of minaq jinggo


April 10, 2009

Red Carpet

Ya..saya memang tak sabar nak tengok ABPBH ahad ini. Bukanlah suka sangat tengok artis ni, tapi saya suka perhatikan pakaian-pakaian artis, make-up mereka, beg & kasut. Saya tak dapat pakai dapat tumpang tengok....jadilah dek non!
So far saya suka tengok Erra Fazira, Ning Baizura, Fazura, Sazzy Falak and Ziana Zain. These gorgeous women really know how to dress. Tapi this time sure Erra tak de sebab dalam pantang.

Apa-apa pun, kita tengok la beramai-ramai yek!



p/s: apa kudapan best sambil tengok tv ek? hmmmm.....


April 6, 2009

Bertudung Kerana Apa?

Selepas membaca post m-i-o perihal sejarah pemakaian tudung beliau, saya teringat akan insiden beberapa minggu sudah lepas. Bukan berniat nak jatuhkan sesiapa, lagipun saya memang berniat untuk tidak meletak nama atau gambar seseorang (ada yang terasa ke?) cuma nak ambil iktibar dan pengajaran daripada cerita ini.


Ok, beberapa minggu lepas, saya ada bertemu client saya, Akak A (bukan nama sebenar) di Putrajaya. Umur; dalam lingkungan 40an. Dia bahasakan dirinya akak je dengan saya (kira mesra la gitu). Orangnya, biasa-biasa aje, standard la..pakai baju kurung, tudung bawal (macam saya juga). So pendekkan cerita, lepas saya close deal, saya jumpa pula dia di Port Dickson atas urusan pejabat. Ada program kursus.


Sampai di hotel, ada seorang akak ni datang tegur saya. Ramah sangat orangnya. Siap sebut nama saya. Terkebil-kebil saya tengok dia. Dalam hati dan kepala jenuh memikir sapa la akak nih (nak mengaku tak kenal kut client, nanti tak dapat bisnes. Cakap kenal tapi serius memang tak cam). Lama-lama berbual, rupanya-rupanya akak ni Akak A tu. Kenapa saya tak cam? Sebab dia hanya memakai t-shirt lengan pendek, pants ala-ala melekap dikaki dan TANPA tudung. Yang ada hanya sunglasses hitam atas kepala.


Dalam hati saya, free hair akak ni rupanya. Orangnya masih sama, ramah cuma sayang, tudungnya hanya di pejabat. Saya tak la cakap saya ni alim baik sangat, dulu-dulu saya teringin juga nak free hair skali skala (konon-konon rasa cantik la especially kalau kt tepi pantai ke kan) dan tiap kali saya teringin tu, saya ingat pesan papa saya;


"Kalau keluar rumah, tak tutup aurat, rambut, lengan, kaki semua, tiba-tiba mati macam mana? Sempat ke nak taubat semua?"


Pedaskan pesan papa saya?


Di sekolah pun, saya the only one yang bertudung dalam gang saya. Kadang-kadang tu terdetik nak buat jahat nakal, keluar pakai tudung, sampai tempat kejadian nak bukak, tapi tiap kali itulah suara papa terngiang-ngiang kat telinga duk memesan jaga aurat. Kawan-kawan pun takde suruh saya buka tudung ke apa, Alhamdulillah, dah ramai kawan-kawan saya sudah bertudung sekarang.


Bila saya ingat Akak A, saya rasa kasihan. Moga dibukakan pintu hati Akak A untuk terus bertudung kerana agama. Dan betul kata m-i-o, pakai tudung bukan sebab terpaksa, tapi bila terdetik dari hati, itu lebih ikhlas.



March 31, 2009

Do You Know How to Swim?


I used to be very good at swimming. Just mention what kind, kuak lentang, kupu-kupu, free style. I even attended a swimming class when I was in primary school. Graduated 2nd place, I lost to a Chinese boy because he can menyelam (tetiba tak ingat lak) longer time than me. Those were the times.


And ever since I reached puberty (dah period la), I don't swim anymore. Because back then takde swim wear yang menutup aurat. And we are not allowed into the pool with t-shirts and track suits etc. So, I stop swimming and as time goes by, I lost the skill.


Then, when Dania is about four months, I started to get into the pool again (secara senyap-senyap sebab again, saya cuma pakai t-shirt and track suit) to familiarise Dania and pool. Then, my husband arahkan saya to get a proper swim wear so we all can swim in the pool. Yeayy!!! I finally found a nice, vibrant (kasi semua orang nampak..hahahahah) and most important of all, it covers pefectly!


err...ni bukan I ye..ni model sedang menggayakan swimwear I tu. ;)


Yes, now whenever we go anywhere, we all can swim together. But I can only swim free style, segala kuak apa dah tak reti. Dang betul!!!


So, again, my question. Do you know how to swim?

March 27, 2009

In Search of...

a Weekend Shoes untuk menggedik dengan hubby sambil jalan-jalan berpegang tangan.


I am not a shoe person though I have like more than enough shoes at home (according to hubby la kan...) but I am more a handbag person. I love handbags more than shoes. But apparently, I think I have a lot of workie shoes than weekend shoes (sandal flats tak kira ya). And since my Hush Puppies wedges kinda worn out (mau tak, dah 2 tahun mak belasah wedges kayu tu), I am thinking of getting a new weekend shoes (wedges, pump, sandals, platforms tak kisah lee). So tadi online browse and I found these two choices (tengok aje le..nak beli macam tak de je kt KL ni)







I especially like these two types. Tadi dah tengok kt Vincci tapi takde design ala macam ni. Mana nak cari ya? Ada brand apa-apa yang best and affordable yang tak bisa membuat suami saya terkejut beruk tak? Help!!



sources from here.



October 23, 2008

dissapointed!


Have you ever watched Kasih Iftitah at tv.3?


Please say yes!! Because I am so frustrated with the story. Btw, I've just watched a few episodes (itu pun while ironing baju in my room because tv in my room takde as.tro..sighhhh)


Anyway, like I mention, I am so frustrated with the drama. Not the storyline, tho. The storyline memang typical la. A loves B, C loves B. B got confused. D is the evil guy trying to get A or C..yada..yada..yada..yada!


I just get so angry with the costume, especially Sharifah Hasleenda's attire. She's potraying a Muslimah corporate figure. Ok fine, but what's up with the kung fu jubah (jubah yg ada belah kiri kanan, in fact depan), multi layer tudung AND a big budak2 necklace (you know yg jual kt sinma yg ada macam2 kaler, bulat2 besar tu?). Is that really A corporate outfit?
Gosh!! I have never encountered such Muslimah corporate lady wearing that..ok..ada laa a few but that is considered not corporate at all!
So do you think this outfit pass as a Muslimah corporate look? I say yes! Btw, I like the jacket so much. Cantik!!