expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

April 6, 2009

Bertudung Kerana Apa?

Selepas membaca post m-i-o perihal sejarah pemakaian tudung beliau, saya teringat akan insiden beberapa minggu sudah lepas. Bukan berniat nak jatuhkan sesiapa, lagipun saya memang berniat untuk tidak meletak nama atau gambar seseorang (ada yang terasa ke?) cuma nak ambil iktibar dan pengajaran daripada cerita ini.


Ok, beberapa minggu lepas, saya ada bertemu client saya, Akak A (bukan nama sebenar) di Putrajaya. Umur; dalam lingkungan 40an. Dia bahasakan dirinya akak je dengan saya (kira mesra la gitu). Orangnya, biasa-biasa aje, standard la..pakai baju kurung, tudung bawal (macam saya juga). So pendekkan cerita, lepas saya close deal, saya jumpa pula dia di Port Dickson atas urusan pejabat. Ada program kursus.


Sampai di hotel, ada seorang akak ni datang tegur saya. Ramah sangat orangnya. Siap sebut nama saya. Terkebil-kebil saya tengok dia. Dalam hati dan kepala jenuh memikir sapa la akak nih (nak mengaku tak kenal kut client, nanti tak dapat bisnes. Cakap kenal tapi serius memang tak cam). Lama-lama berbual, rupanya-rupanya akak ni Akak A tu. Kenapa saya tak cam? Sebab dia hanya memakai t-shirt lengan pendek, pants ala-ala melekap dikaki dan TANPA tudung. Yang ada hanya sunglasses hitam atas kepala.


Dalam hati saya, free hair akak ni rupanya. Orangnya masih sama, ramah cuma sayang, tudungnya hanya di pejabat. Saya tak la cakap saya ni alim baik sangat, dulu-dulu saya teringin juga nak free hair skali skala (konon-konon rasa cantik la especially kalau kt tepi pantai ke kan) dan tiap kali saya teringin tu, saya ingat pesan papa saya;


"Kalau keluar rumah, tak tutup aurat, rambut, lengan, kaki semua, tiba-tiba mati macam mana? Sempat ke nak taubat semua?"


Pedaskan pesan papa saya?


Di sekolah pun, saya the only one yang bertudung dalam gang saya. Kadang-kadang tu terdetik nak buat jahat nakal, keluar pakai tudung, sampai tempat kejadian nak bukak, tapi tiap kali itulah suara papa terngiang-ngiang kat telinga duk memesan jaga aurat. Kawan-kawan pun takde suruh saya buka tudung ke apa, Alhamdulillah, dah ramai kawan-kawan saya sudah bertudung sekarang.


Bila saya ingat Akak A, saya rasa kasihan. Moga dibukakan pintu hati Akak A untuk terus bertudung kerana agama. Dan betul kata m-i-o, pakai tudung bukan sebab terpaksa, tapi bila terdetik dari hati, itu lebih ikhlas.



7 comments:

Cutestamoi said...

Yeah, teringat zaman2 aku free hair dulu.. huuu

FAM said...

erma: xpe..ko dh insap! ;)

Queenin Murni said...

hmm..kes akak ni mmg normal.. ramai kengkawan saya begitu.. especially bila dah rebonding.. :P

ada lagi one type..pegi memana mmg bertudung.. tp bila post dekat facebook ke..friendster ke.. gambo nauzubillah seksinyer.. yang tu saya lagi tak paham!

ada lagi type..tudung2 jugak..tapi pakai skirt.. kepala tutup,bawah terselak.. heheh! :P

FAM said...

queenin: lorr..cmtu pun ada. bangga sgt la kut kt FB blh tayang rambut bagai. yg type kepala tutup, bwh terselak tu biasa la. dlu aku pun cmtu. kebaya stok terbelah punya. skrg dh insap! ;P

mamaDhea said...

rasanya ramai kot yg mcm akak A tu kan.. hmm.. takpe laa semoga mereka diberikan hidayah.. er, semoga saya juga akan mendapat hidayah itu yer..

FAM said...

mama dhea: Insya Allah! ;)

l i e y n said...

jadikan sebagai iktibar!!!
semoga kita dapat menjaga aurat kita...
aku pun rebonding gak, tapi tu untuk hubby je...
pernah buat sekali masa pegi paris dan aku memang menyesal gile2...
terasa sangat bodoh diri ini....
semoga Allah terima taubat ku, amin...