expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

June 11, 2009

Resepi Kebab

Nampaknya macam ramai (ramai ke? ahaks) yang nak mencuba buat kebab saya tu. Memang senang jek puan-puan, pendek kata kalau malam-malam takde idea nak masak apa, boleh la cuba. Kalau saya pulak puan-puan, time wat party pun suka jugak buat kebab nih, sebab senang! Fuhh....ala2 pengacara memasak tak? kah kah kah...

Ok, bahan-bahan dan cara membuat.

A
Daging (kalau dapat part batang pinang lagi sedap sbb lembut)
Biji ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Black pepper
Garam

Ok, segala rempah ratus tu perlu di grind kan dan sapu kt daging untuk peram. Yang sedap dapat peram lama, tapi kalau balik rumah dah 630pm, sapu-sapu jek la kan? Lepas peram, tuang sedikit minyak atas fyring pan, grill kan daging sampai masak. Ingat ya, api kena kecik all the time. Then lepas agak-agak dah masak, angkat dan hiris sekeping-sekeping.

B
Tomato (potong dadu)
Bawang besar (potong dadu)
Bawang putih (ketuk untuk tumis)
Mixed veggie (optional - kalau nak sayur dalam kebab)

Panaskan balik frying pan tadi, tumis bawang putih, masukkan hirisan daging, tomato, bawang putih dan mixed veggie. Kacau pada kadar api kecik sampai dalam 3 4 minit. Sampai nampak daging tadi dah betul-betul masak. Angkat.

C
Roti pita (belah 2 atau 4 ikut suka) - Takde roti pita boleh guna roti biasa atau roti hotdog. Saya suka toastkan roti bagi garing sket.
Daun salad
Mayonnaise
Sos cili

Ok...ini ikut citarasa sendiri la ok. Masukkan salad, isi daging tadi, mayonaise, sos cili dan NGAP!!

Selamat Mencuba Kawan-kawan!!

7 comments:

Zuhaini said...

oh tq! sedap nih.. :)

terus teringat kat kebab di pasar malam sungai buloh.. ahh.. sedapnya.. tapi so mahal! seketul RM2.50! :(

l i e y n said...

senang aje...
nak try le..
thanx for sharing...

Umi Nawfal said...

huhuhu.. kebab smlm tu nampak cam sedap jek!!! tq for the recipe.. seb baik pulun daging smlm.. leh cube nih!!!

noniey alias said...

sedapnya.. n senang.. bleh lah cuba...

MommyDania said...

girls, lagi 1 tip, klau makan kfc ke, ayam panggang ke, ada lebih pun blh buat kebab jgk. just siat halus, tumis jek dengan tomato, bwg besar tu. siap!

Fateen said...

tocey2..tak sabar nk mencuba nih..

Ida said...

Cari2 resepi kebab yg menarik, jumpa sini dan sedang cuba buat... Tak sabar nak makan ni... Nyummm...