expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

May 2, 2013

Marilah Mari...Pergi Mengundi


Tunaikan kewajipan pada negara...

Haihh dah berpuluh tahun pun, itu je la lagu mengundi yang aku rasa paling relevan. Yang artis-artis baru duk nyanyi ramai-ramai tu dengan macam-macam versi tu, tak lekat kat hati lah.

Anyway, marilah kita semua pergi mengundi. Those yang akan balik ke kawasan masing-masing nak mengundi tu, termasuklah Mr Hubby, safe journey. Semoga selamat pergi dan balik. Its sure to be a massive jam macam raya, ke worst? Tapi it sure be a memorable one.

Ohh, sebelum pegi mengundi tu, make sure dah tetap hati nak undi sapa ye ;p



Aku? Dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh tentulahhhhhhhhh...............................................

























Selamat Membuang Undi! Jangan lupa kemho ;p




February 15, 2013

Usia 7 - Tahun Genting


taken from FB



Assalamu`alaikum wr wbk
Hadis R. Muslim mengingatkan kita pesanan Rasulullah SAW: “Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat bila mereka telah berusia 7 tahun, dan pukullah jika meninggalkannya bila mereka telah berumur 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur.”
  • Mengapa 7 tahun?
  • Mengapa tidak 5, 12, 15 atau 21 tahun?
  • Mengapa tentang “solat”? Mengapa tidak lain yang lebih “ringan”?

Pasti ada sebab-sebab yang afdhal sebagai dalil mutlak yang memerlukan kita memulakan anak-anak solat dari usia 7 tahun. Pasti ada sebab-sebab agung bahawa, bila berusia 7 tahun, anak sudah mampu melakukan solat sebagai penghayatan hariannya. Pasti sebab-sebab itu telah didasarkan kepada sifat-sifat semula-jadi bagi manusia yang mampu diperolehi pada usia 7 tahun. Jika tidak, anjuran Hadis ini boleh membuat ramai ibubapa merasa gelisah dengan kerungsingan: “Macam mana ni, nak bagi anak solat pada usia 7 tahun! Ia masih budak-budak lagi … apa!

Insya-Allah, melalui artikel ini saya akan menerangkan dalil-dalilnya supaya kita yakin dan bersyukur bahawa anak-anak yang telah mula melakukan solat harian dari usia 7 tahun akan mudah dibesarkan dengan penuh barakah dari segi ilmu, akhlak, ibadah dan kebajikannya.

MENGAPA “SOLAT”?:
Solat adalah tiang agama. Solat perisai hidup. Solat mengajar anak menjaga masa (waktu-waktu solat). Solat memberi peluang untuk sujud dan berdoa. Solat mengindahkan kehidupan kerana wajah indah adalah “taqwa”.

Solat juga memerlukan kita mempunyai beberapa hakikat dan sifat tertentu, khususnya:
  • KITA FAHAM: Faham bahawa kita beragama Islam, dan sebab kita dijadikan adalah untuk sujud ke hadrat Ilahi. [Surah Adz-Zaariyat 51 Ayat 56: “Ku ciptakan jin dan manusia itu hanyalah supaya mereka sujud (memuja) kepada-Ku”]
  • KITA YAKIN: Yakin kerana kita telah “faham”, dan “keyakinan” adalah asas keimanan.
  • KITA RELA: Bila sudah faham dan yakin,  kita sedar “merelakan diri”, sedia dan terima.
  • KITA AZAM: Dengan rela, faham dan yakin, kita mudah ceria, berminat dan “berazam”.
  • KITA SYUKUR & JAGA: Kerana begitu azam kita pasti dapat mengecap keindahan solat sehingga kita rasa amat syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan kita dengan membanyakkan yang “maaruf” dan menghindarkan diri kita dari yang “mungkar”.

Sekiranya sifat-sifat ini diperlukan agar anak faham dan senang dimulakan bersolat dari usia 7 tahun, mampukah ia membina sifat-sifat serta hakikat-hakikat itu pada usia 7 tahun?

Ya, boleh kerana dari ilmu kajian sains, tahap pembinaan jentera asas akal (otak-saraf manusia) telah matang mencapai lebih dari 95% pada usia 7 tahun. Pencapaian tahap pembentukan inilah yang memberi anak kita landasan untuk mampu berfikir, memilih, merasa yakin, berazam, dan mudah mirip untuk merasa syukur serta menjaga kebaikan dirinya, insya-Allah.

Pakar-pakar Sains Neurologi (ilmu tentang otak-saraf) telah lama menemui tahap-tahap pembangunan dari detik hamil hingga usia 6 tahun:

PROSES DALAM RAHIM
  • Hari ke-16 otak saraf mula dibina
  • Hari ke-120 sel2 otak lengkap (100 billion sel)
[Hari ke-120 Tiupan Roh & Kurniaan Empat kalimat]
 
WAKTU LAHIR:
Otak-Saraf terbina
pada tahap 25%

USIA 6 BULAN:
Otak-Saraf terbina
pada tahap 50%

USIA 3 TAHUN:
Otak-Saraf terbina
pada tahap 85%

USIA 6 TAHUN:
Otak-Saraf terbina
pada tahap 95%

Alhamdulillah, melalui proses-proses ini, manusia, secara fitrah, telah diberikan jentera otak-saraf yang merupakan landasan untuk anak-anak kita membina ilmu, amalan dan kebajikan pada paras tinggi, dan landasan itu amat besar. Sila lihat perbandingan di antara sistem-sistem simpanan.

Sebagai sistem simpanan maklumat, otak-saraf manusia mempunyai kemampuan yang amat besar jika dibanding dengan sistem-sistem lain yang direka oleh manusia:

Otak Manusia                                -   125,500,000,000,000
Arkib Negara Amerika                   -   12,500,000,000,000
IBM 3850 MTC                             -   250,000,000,000
Encyclopaedia Britannica (19 vol) -   12,500.000.000
Disk Magnetik                                    -      313,000,000
Disket Lentur (Floppy Disk)          -   2,500,000
Buku                                              -   1,300,000
Dari rajah-rajah ini kita dapat sama-sama melihat bahawa otak-saraf merupakan “kemudahan” (anugerah Tuhan) yang terlibat dalam proses pembangunan “Anak Cemerlang, Anak Mulia”, dan potensinya amat besar. Inilah sifat mutlak yang memudahkan pendidikan anak pada tahap yang tinggi sehingga pada usia 7 tahun, anak-anak mampu mencapai pembangunan pada tahap lebih dari 95%. Hal ini amat selaras dengan panduan Al-Quran tentang sempurnanya bentuk manusia yang telah dijadikan Tuhan:

Dalil2 Al-Quran
      Dan segala yang diciptakanNya dibuatNya dengan sebaik-baiknya, dan dimula menciptakan manusia dari tanah. (As-Sajadah 32:7)
      Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam rupa yang amat baik. (S At-Tiin 95:4)
      Sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki yang baik-baik, dan Kami lebihkan mereka dari kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan, dengan kelebihan yang sempurna. (Surah Al-Israa’ 17:70)
      Hai manusia! Apakah yang memperdayakan engkau terhadap Tuhan engkau Yang Pemurah? … Yang menciptakan engkau, menyempurnakan kejadiaan engkau dan membuat engkau dengan ukuran yang seimbang. .. Menurut bentuk yang dikehendakiNya, engkau disusunNya (Al-Infithar 82:6-8)

MANUSIA TELAH DIBERI ILMU & PETUNJUK
Saya juga yakin anak “harus mampu sempurna” kerana manusia (Nabi Adam a.s.) telah diajar ilmu dan disediakan petunjuk (agama dan akal):

Dalil2 Al-Quran
      Dan Tuhan mengajarkan kepada Adam nama-nama benda segalanya (S. Al-Baqarah 2:31)
      Maha suci Engkau. Kami tidak mengetahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Tahu dan Maha Bijaksana (S. Al-Baqarah 2:32)
      Hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ciptaan Allah, yang dijadikanNya manusia sesuai dengan agama itu (S. Ar-Rum 30:30)
      Sesungguhnya agama (yang diridhai) di sisi Allah hanyalah Islam (S. Ali Imran S. 3:19)
      Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya (S. Ar-Rum 30:24)
      Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus (S. Al-Isra 17:9)

MAMPU SEMPURNA PADA USIA 7 TAHUN
Oleh itu, saya begitu yakin bahawa anak-anak kita, pada usia 7 tahun, seharusnya sudah mampu memperolehi sifat-sifat tingga (secara mutlak) sehingga mereka mudah:
  • FAHAM: Bahawa kita beragama Islam, dan faham perlunya “sujud” [S.Adz-Zaariyat 51:56]
  • YAKIN: Kerana kita telah “faham”, keyakinan menjadi asas keimanan.
  • RELA: Kerana faham dan yakin, kita “rela” serta betul-betul sedia dan terima.
  • AZAM: Kerana faham, yakin dan rela, kita lebih mudah ceria, berminat dan “berazam”.
  • SYUKUR & JAGA: Kerana azam kita mudah mengecap keindahan solat sehingga kita rasa syukur dan berusaha menjaga ibadah dan kehidupan berasaskan “maaruf nahi anil mungkar”.

SEDIKIT2 & BERTAHAP2
Tahap pencapaian pada usia 7 tahun sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika kita mulakan pendidikan anak dari tahap-tahap seawal mungkin. Inilah sebabnya kita perlu adakan usaha pendidikan awal bagi kaum Muslimin dengan memanfaatkan peluang membina asas-asas pendidikan yang kukuh dari masa anak berada di dalam rahim ibunya, dan, selepas anak itu dilahirkan, mendidiknya secara sedikit-dikit, bertahap-tahap, dan secara berkesinambungan.

Sekiranya anak-anak kita dapat dididik dengan baik secara bertahap-tahap, dari awal, mereka akan mudah disempurnakan ilmu, akhlak, amalan, ibadah dan kebajikan selepas usia 7 tahun. Turutan berikut menunjukkan tahap-tahap utama proses pendidikan hinggalah usia “Akil Baligh”.

i) Masa di dalam rahim ibu dimanfaatkan agar struktur tubuh & otak-saraf sempurna; Roh dan Empat Kalimat dikurniakan dengan penuh Rahmat. Anak dilahirkan selamat.

ii) Masa dari lahir hingga 3 tahun dimanfaatkan kerana apa yang anak belajar atau alami akan menjadi kekal. Jika ini terhasil, anak akan bina asas yang kukuh untuk terus dibangunkan hingga 7-10 tahun.

iii) Bermula 6-7 tahun ilmu diperluaskan & amal harian dihalusi dengan adab & fikiran berdalil. Ia sudah biasa solat. Sudah bina asas ilmu luas & akhlak kukuh sehingga mudah  faham adab, mengapa perlu solat, & hidup atas dasar maarof. Alhamdulillah.
 
iv) Moga2 bila usia 10 tahun anak mudah hidup dengan asas ilmu-akhlak sempurna, melakukan solat tanpa didenda, serta menunaikan Fardhu `Ain bila baligh. Jika ini terhasil, anak akan mampu memakmurkan usia belianya dengan penuh barakah & kebajikan,
Insya-Allah.

Dalam rangka proses pendidikan ini, “Akil Baligh” amat utama. Anak yang sempurna penyediaannya untuk akil baligh akan lebih selamat bila ia menjejak usia remaja. Bagi semua ini, SOLAT merupakan faktor utama, dan faktor ini perlu dihasilkan pada usia 7 tahun. Insya-Allah, bila anak sudah biasa dengan solat pada usia 7 tahun, ia akan mudah melazimkan dirinya dengan solat pada usia 10 tahun (tanpa didenda), dan, jika ini terpacak sebagai amalan hariannya, insya-Allah, Fardhu ‘Ain anak akan sempurna, dan usia remajanya penuh dengan barakah, insya-Allah.

TUJUH TAHUN & DUNIA SEKOLAH
Usia 7 tahun juga merupakan detik penting dari sudut kemasyarakatan kerana pada usia itu, anak kita sudah mula menjejak dunia persekolahan. Dalam suasana sekolah, ia seharusnya sudah mampu berturtur dengan baik, membaca, sudah hafal berbagai surah-zikir-doa, menulis, melukis, pandai menjaga diri, mempunyai berbagai ilmu berguna yang luas, bersifat baik,  senang menjayakan dirinya dalam persekolahan, serta menyenangkan kehidupan ibubapanya.

Alhamdulillah, saya telah berpeluang menemui ramai ibubapa yang telah mendidik anak-anak dari kecil, dan anak-anak itu telah memperolehi kecerdikan, ilmu dan akhlak yang amat tinggi:
      Pada usia 3-4 tahun mereka telah faham banyak fakta-fakta sains, bahasa, Matematik, kesihatan, protin, karbohidrat, ilmu alam, lebih dari apa yang biasa difahami oleh anak-anak yang tidak dididik dari awal.
      Mereka bertutur dalam dua bahasa dengan fasih dan penuh adab serta makna. Tulisan dan lukisan mereka amat baik. Mereka mampu membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan mampu membaca Iqra’ (III-VI) pada usia 5-6 tahun.
      Perbendaharaan ilmu mereka amat luas. Mereka tahu amphibia, mamalia, nama-nama pokok, mengapa daun berwarna hijau, apa erti photosynthesis, chlorophyll, nama-nama awan, mengapa awan penting, jenis-jenis kereta, negeri, ibukota, bendera, dan banyak lagi. Hal ini tidak menjadi masalah kerana mereka berminat mempelajari berbagai bahan-bahan ilmu.
      Membuat kerja-kerja rumah, termasuk membantu bibi memasak, mengemas rumah, menolong ibubapa, membasuh kereta, menyusun buku-buku di rumah, menjahit, pergi pasar, dan menolong menjaga adik-adik ~ semua ini sudah mula menjadi amalan harian.
      Mereka kenal masuknya waktu solat, apa itu azan, melakukan solat,  berwudhu, tahu sejadah, arah kiblat, erti saf, solat berjemaah, menghafal doa Iftitah, zikir-zikir solat, surah-surah lazim, doa-doa harian dan salawat sudah juga menjadi kegemaran mereka.
      Kerana mereka berminat dan berkemampuan tinggi, mereka mampu didedahkan kepada berbagai ilmu lanjutan. Lebih banyak, lebih tinggi kemampuan mereka memahami lebih banyak ilmu-ilmu baru pada tahap yang lebih tinggi serta bidang yang amat luas dan berbagai. Proses ini dilakukan tanpa disekat oleh usia mereka. Yang penting mereka ceria, faham dan minat belajar.

Dengan pencapaian yang begitu tinggi dan luas (pada usia 5, 6 atau 7 tahun) anak-anak ini pasti akan mudah memahami apa sahaja yang bakal diajar di sekolah. Insya-Allah, mereka akan pasti mampu menjayakan diri mereka pada tahap-tahap sekolah bermula usia 7 tahun. Semua ini pula dilandaskan dengan akhlak, iman dan budi-pekerti yang baik semata-mata kerana telah dibiasakan melakukan solatnya dari usia 7 tahun. Wallahu`alam bissawab.

Moga-moga usaha kita mendidik anak-anak kita akan sentiasa diredhai dan dipermudahkan Allah SWT. Amiin.

Wassalam

Mansor Hj Sukaimi
Neptune Court
24 April 2003
nurysingapore@pacific.net.sg




July 13, 2012

Bangga Moment




OK, bangga kejap Jovian Mandagie mention blog aku dalam fanpage dia. Ok la..bukan Jovian himself. Must have been assistants dia yang ramai tu. Ok, mesti assistant dia google je nama Jovian tu, ter-landing kat blog aku.


Fedulik! Haku vangga sekejap. semoga rating naik HA HA HA HA


December 19, 2011

Kedai Ikan Rakyat 1 Malaysia (KIR1M)

Aku pegi ni dua minggu lepas kut. Kebetulan lalu situ terus singgah nak tengok. Nilah dia kedainya. Betul-betul belakang Sekincan ikan bakar tak sedap tapi mahal tu. Ni outlet kt Setiawangsa ye. Outlet lain aku taktau mcm mana, so komen aku based on outlet yang 1 ni je la. Komen pertama ;p

1. Banner lebih besar dari kedai. Ko tengok banner ko bayang kedai mesti besarkan? Skali masuk, lerr...cam kedai runcit biasa. Takde air-con cuma kipas. Hygiene wise, kotoq. Nak-nak kat area barang basah, berair je lantai. Anak aku sampai xnak jalan. Klau Nisha bolehlah dukung, Dania kalu?? -_____-



2. Cer korang tengok dua gambar barang basah tu? Apa komen korang?? Tak lalu ok nak membeli kalau dah ikan sotong duk berendam dalam air gitu. Kut air bersih aku bley terima. Ni klau kat giant ke carrefour dah berkali-kali tukar ais. Ok, aku paham mungkin sebab takde air-con maka ais cepat cair. Tapiiiiiiiiiii.....

3. Seafood pun, ada yang fresh ada yang tidak. Harga pun bercampur. Ada yang murah, ada yang lebih mahal dari giant & carrefour. Ada makcik sorang ni komen, 'kata murah untuk rakyat?' Ai no komen makcik ;p


4. OK, ni aku terkejut gila!! Slalu aku beli kat giant rm2.99 (kut) aku jarang cek harga. Tu tugas Mr Hubby. Al-maklum, dia orang finance. Pantang tengok nombor mesti nak buat comparison. Kau kata ni kedai untuk rakyat. Apa ke hal harga ko lebih mahal dari hypermarket woii?? Haihhhh


Verdict aku: Tak beli apa-apa. Terus ke Giant dan mungkin akan terus-terusan ke Giant dan Carrefour aje.


OkThnxBye



August 8, 2011

Fuchsiaholic


Aku memang suka gila warna fuchsia nih. Asal nampak je berkenan. Tak kiralah untuk apa skalipun. Memang favorite color. Dedulu suka purple. Tapi payahnya cari baju purple yang cantik. Kadang tu ada purple and fuchsia, mesti yang fuchsia pulak yang nampak lawa. Tu sebahagian koleksi baju fuchsia yang aku ada. Ada lagi, ntah kt mana sebab almari ada 4.


Top and shoes


Wristlet yang mana sudah menjadi rebutan Dania and Nisha. Grrrr


Banyaklah lagi kalau nak kumpul tepek kat sini. Handbag pun ado. Cuma aku belum verani nak pakai seluar warna fuchsia nih. Macam nih...


Aww....hawt!! Kalau body hawt boley le. Tu pun dah pakai kang, tak sempat kuar bilik. Opps...



Sempena bulan mulia ni, macam gini sudehh...
















Manes kan? ;p


So, what's your colorholic?



July 28, 2011

Harimau Malaya dan Astro Beyond


Sementelah ada promo sekarang, kita bertukarlah ke Astro Beyond. Kena tambah sikit dari bil sekarang. Pandai ko ye Astro. Orang astro datang pasang decoder baru. Bila tanya kenapa kena ambil balik decoder lama, dia cakap decoder lama nak servis then hantar Vietnam untuk pasaran sana. Wahhh, kencang bisnes ko ye.

Mujur memang puas hati dengan gambar. Cantik, clear dan precise. Kalau tv HD memang kompom lagi puas hati. Eh, tv rumah aku tak HD pun. Tetap bersyukur.

Malam ni nak tengok Harimau Malaya vs Singa via Beyond. Harus berkobar nih. Semoga tak sia-sia ko dapat Dato' Raja weh. Owh, beger pasaran gelap pun dah dapat semalam. Kira cantiklah, layan bola sambil makan beger. Cite beger cite kendian. Belum tau hasil tak bley cite. :p


Semangat sungguh! Shirt on, fear off gitu. Ye, takde fear ok. Eh, tapi kalau harimau malaya jumpa yang satu ni, ko agak depa takut tak?









:p


July 4, 2011

Candy Buffet



Just helping to promote my cousin's new business. Candy Buffet. Sesuailah kalau nak letak masa kenduri kawen, engagement, aqiqah, birthday party, farewell party. Pendek kata sesuai untuk apa saja event.

Haa...sebut candy buffet, mesti pikir untuk budak-budak je kan? Fret not, sebab, orang-orang dewasa lagi excited dari budak-budak tau. Imagine marshmallow dip in chocolate fountain. Ahhhhh! Sedapkan?? Ada banyak lagi uols, marshmallow, jellybean, biscuits, apam polkadot etc.

Korang nak ikut theme, diorang boleh cater to it. No problem at all. Sekarang tengah ada promosi. Nak tahu lebih lanjut bley terjah facebook diorang sekarang. www.facebook.com/SomethingSweetBymimi



July 1, 2011

Surat Terbuka untuk Pos Laju


Pihak Pengurusan,

Aku terima 'notis pemberitahuan' yang orang kau datang hantar parcel aku pagi tadi. Kebetulan kat depan opis aku ni takde orang sebab ramai outstation dan duk kat belakang. Tak tahulah orang kau tu tak reti ding dong ke sebab memang takde dengar door bell langsung. Tau-tau ada kad notis.

Hello!!! Kau tau tak we live in year 2011? Where telecommunication is vital. Dah ko ketuk-ketuk pintu kaca tu takde orang notis, tak bley call?? Apa gunanya aku bagi no telepon?

Ok, aku call customer service. Dan aku tanya is it possible kalau kau boleh contact runner tu untuk hantar semula parcel aku. "Oh, kami takde nombor telefon runner" WTH??? Korang ni hidup dalam gua ke? Operator minta aku collect sendiri monday or runner akan hantar on monday. Sebab dah hangin, pree pree je aku sekolahkan operator tadi.

Wei, aku dah deal dengan banyak courier service la. Semua reti guna handphone. Dah takde orang, try la call dulu. Kalo ko call, duit yang keluar baru berapa sen. Dah runner ko kena patah balik ofis, monday bawak balik barang hantar kat aku. Kan lebih kos tu. Akai ada??

Sekian, luahan perasaan orang tensen tak dapat melaram baju baru esok. Pfftt

June 14, 2011

Baik Jadi Ibu Hayam






Nauzubillah. What is happening to our world now?


January 21, 2011

WAGs Malaysia? Ohh Pleaseeee


From Berita Harian. Berita ni dah lama tapi saje nak komen jugak!

quote from Mr Hubby "please laa....baru menang 1 Piala Suzuki je pun. Famesnye macam dah biasa memang. Tolong menang banyak-banyak piala baru boleh nak gelar diri WAGs Malaysia"

I agree.


September 24, 2010

Isn't It So Obvious?

Saya pelik dengan pemerhatian sesetengah orang. Tak tahulah mata diorang spedo ke, IQ diorang tidak mencapai tahap minimum atau saya yang salah susun atur anak-anak saya. Saya selalu dihambur soalan-soalan ini;
  • Ni no. 2 ye? Dah besar...girl ye?
  • Dari bersalin tak sempat tengok, dah besar. Perempuan ke lelaki?
  • Dua-dua girl ke?
Lebih kurang begitulah soalan yang ditanya. Banyak lagi versinye tapi cukuplah sebagai contoh. Ke uols pun tak paham? Hep!! Ok, sekarang cuba uols tengok. Tengok tanpa perlu teliti, rasanya sekali tengok dah tahu kan?

Dania in a dress. Oh btw, credit to my mama yang jahit the dress. She has the gift that not passed down to me. Bahahahahaha. I'm terrible with needles and sewing machines.


Nisha, also in a dress. Beli punya. Tak pe dik, nanti nenda jahitlah untuk adik.


Nisha in a baju kurung di pagi raya.

Ok, from all these photos, tak payah teka pun memang dah obvious anak-anak saya adalah perempuankan? Unless, ada ke mommy yang pakaikan dress pada anak lelaki? SekianKesian...


August 13, 2010

Khas untuk Fomfuan Je

Jom tengok handbags. I know! I know. Uols memang suka kalau entry² citer bags ni kan? Ngeeeeeee. Saje-saje layan cuci mata. Bagi segar-bugar mata uols semua. Kalau ada hak berkenan, bolehlah uols cari sales blog mana-mana boleh order. Beg raya ke kan? hehehehe. Petang² nanti kita story menu pulak ye dok? heheheheh


Dari keluarga Coach. Nama diberi New Hampton Leather XL Hobo. Cantikkan? Boleh handcarry, shoulder carry juga boleh sling dengan extra detachable strap tu. Ada beberapa warna selain brown ni. Ada juga hijau lumut gitu. Cantik! Yang menambah kecantikkan beg ini (pada saya) adalah gabungan leather dan gold hardware dia. Mactching uuu. Pulak tu ada turnlock kt depan tu. Gojesss laa. Tapi mengingatkan saya kepada keluarga lain la. Sape tau angkat keyboard!


Ye, keluarga yang ini! Namanya Dr Q Hillier Hobo dari keluarga Marc by Marc Jacobs. Ada persamaankan? Kan? Sama jugak kekdahnya boleh hand & shoulder carry dan juga sling. Dua-dua cantik, dua-dua menawan! Oh...tapi ari tu saya dah cuba try test beg ini di isetan gardens. Mr Hubby cakap tak cantik. Selepas peraga depan cermin, yes, I agree with him. Tak kena dengan I. Nasib tak beli. Masa tu 40%. Adakah itu cubaan beliau untuk tidak bagi saya beli? Bahahahahahaha. Ok, lets move on.


Juga dari keluarga Coach. Ate, dah tengok website dia kan? Ni pun ahh cunnnnya! Nama? New Hamptons Leather Carryall. Classy gitu design dia. Kalau buat jumpa client, mesti client tak tengok kita, duk jeling beg jek. Hahahahaha. Hat ni sesuai handcarry la kan. Kalau shoulder tak kena kut. Hilang cantik beg tu. Structured yet a bit slouchy..I like! Nak tengok kembar tak seiras dia?


Haaaa....Amacam? Ada sama ka? Macam la kan? Tapi ni mahal lagi (kut). Mulberry keluarganya, nama dia (tak salah sayalah) Bayswater. Seakan sama dengan carryall Coach tu kan? Tapi saya pernah nampak beg ni, besau la. Bolehlah sumbat segala tok nenek harta uols. Some say the bag is heavy. Saya tak tahu.

Ok lah....cukuplah tu kan. Banyak² nanti berpinar pulak mata. Mana nak pilih la, bajet la. Dalam banyak² (empat je pun) saya paling suka Coach XL Hobo tu tetaplah nak yang ala mbmj kan? Orait uols....what's your liking pulak? Eh, tak semestinya antara empat ni je. Boleh je bagitau yang lain². Boleh saya cuci mata pulak. Ngeeeeeeeeeeeeeeeee

August 11, 2010

From A Woman To A Man


Got it from email yesterday. Sebagai hiburan di petang hari sementara tunggu waktu berbuka. Enjoy.

What women really want...



A plain looking husband


A simple ring

A small house for the kids to run around


A husband who is a family man...


...but work hard

A small car for groceries shopping...



...and family car



Some collections...



...and shoes for all occasions



normal skincare routine...

A bit of make-ups


Overseas trip once a year...


...more often on domestic trips


A romantic dinner...

...plus occasional presents

Finally, some securities.


That's it! Women are not demanding at all!!!


Guess who emailed me?
















Mr Hubby. *wink*