expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

October 4, 2010

Raya Gathering Bersama Besties & Inlaws

Menu:

Kebab ayam daging. Limited edition. Sapa datang awal adooolahh. Hehehe. Buat demi bapa mertuaku. Ohh, dia suka sangat kebab yang saya buat. Maka sebagai hantu menantu kesayangan mestilah buat untuk bapa mertua kan? A way to a man's heart is through his stomach kan? Heheheheh


Mee bandung. Gambar adalah recycle tapi menunya inilah! Puas hati sebab semua tetamu (bunyi je ramai tapi sikit je) puas hati. Thank you darling sebab tolong masak. Mee bandung asalnya BandungMuar (orang katalah kan?) maka orang Muar ajelah yang buat. Kahkahkahkah!

Menu lain adalah nasi lemak dengan sambal udang, roasted chicken yang bolehlah dimakan begitu saja atau sebagai lauk tambahan nasi lemak. Ketupat, rendang, lodeh sik ada ya! Hatta kueh raya pun ngak ada. huhuhuhuhuhu. Menu simple dimple aje.




Tetamu:

Ini aje yang ada gambarnya. Tetamu lain tak dan nak bergambar dah. My BFFs. Love you guys to the max ;)

September 22, 2010

Blogger Meets Bloggers


Beberapa hari sebelum raya (hari saya balik Muar to be exact) saya sempat jumpa a few bloggers. Tujuan perjumpaan adalah untuk swap barang baeekkk punya. Selain itu juga adalah untuk sesi manicure dan padicure sempena raya. Ohh, malang bagi saya tak sempat nak join sesi manjakan tangan dan kaki sebab Mr Hubby dah sound mau balik kampung.

Saya agak malu-malu gitu sebab diorang sudah kenal lama tapi saya baru nak jumpa. Tapi, ohhh. They are all happening and friendly yang amat. Too bad tak dapat stay lama, idak kalu saya rasa saya dah boleh beramas mesra dengan lebih mesra gitu!

LadyVerde, I hope you have tried the sambal and love it. If you like it, blog it. If you don't, diam-diam sudahhh. hahahahahah. This girl eh, ohhh..sangatlah best. Dia punya gelak memang her own. And dia tinggi juga membuatkan saya rasa saya pendek. Nasib sempat jugak dengar cerita best tu. hehehehhe

Ladyofleisure, thank you for the dress. Cantik! And I found a nice cardigan to pair it of with the dress. Bolehlah pakai bertandang open house nanti. Hehehehe. Eh, you look so young la. How old are you actually?

Fiza and Suraya, nice meeting you lovelies. Tak sempat nak kenal-kenal sangat but I rember Suraya, you orang Muar kan? I pun. hohohohohoo tiba-tiba mengaku orang Muar. Ok, I'm married to one la. Yeay, sekampung kita! hehehehe. Bebila balik Muar, roger2 la. Mana tau I pun balik, boleh kita breakfast date together makan satay and mee rebus.

And nice meeting all of you lovelies ;)

Huhuhuhuhu....takde gambar kenangan. Sedih....

July 4, 2009

Sepetang Bersama Lieyn & Noniey

Cubaan schedule entry. GAGAL. Apa kes blogger nih tak boleh nak schedule entry??


Sejak saya berkecimpung dalam blogsphere ni, fuhhh...macam dah lama sangat jek, saya belum pernah berjumpa mana-mana blogger secara live, face-to-face gitu. Melalui gambar tu adalah kan, kalau anon tu, lagi la idaknya.

Anyway, kunjungan saya ke Kuantan minggu lepas adalah pertemuan pertama saya dengan bloggers. Berdebar-debar rasa hati ini. Cewahhh... Janjinya 530pm bloggers dua orang ni akan jemput saya di hotel hampeh. So pukul 5pm saya dah siap, sambil layan My Sister's Keeper, saya menunggu penuh sabar dan debar. Tengok jam dah 535pm, aik, depa ni main-mainkan aku ke? Saya angkat telefon, mula-mula nak call tapi tak jadi. Takpe, jalan jam kut., kata saya nak sedapkan hati.

Dalam 545pm, dapatlah panggilan dari blogger yang namanya Lieyn. Yeayyy!! Haishh, macam cuak je nak turun lift jumpa diorang nih. Ahhhh.... redah aje...

Saya naik keta, terus tau yang bawak kereta tu Noniey dan yang sebelah dengan anak lelaki tu adalah Lieyn. Dah salam-salam segala, singgah tepi Megamall pick-up Kak Yam, opismate korang ek?

Kami pi satu gerai (ohh....mak lupa la nama tempat tu nyah!), makan sata goreng, udang goreng, sotong goreng, keropok lekor goreng dan semua goreng-goreng lah! Fuhh, memang sedap. Kami makan bersungguh-sungguh. Maklum le....sedap!

Makan, berborak, makan, berborak. Dah kenyang, time to go back. Ye la...depa semua ni ada family nak dijaga dibelai pulak kan. Tak kan nak layan saya sorang jek ye dok!

To Noniey, tima kasih le nok belanja makan petang tu walaupun aku agak konpius betul ke minah ni nak bayar sebab terkial-kial cari duitnya. Hahahahahahaha!!! Oh, btw, aku sedikit takut masa hang bawak keta masa cari parking tu, macam sipi-sipi hang nak langgar keta kat tepi tu...apa-apa pun, kita selamat dan kenyang!!

To Lieyn, hang memang selamba rock! Nasib si Aiman tu dh meragam kebosanan tengok mama & friends makan, kalau idak rasanya mau ko order makanan lagi kan? Oh, dan hang memang penghidup suasana!

To Kak Yam, kalau baca, maap le malam tu tak calling-calling ajak teh tarik. Mak teh tarik kat bilik jek layan StarMovies.

Seronok la jumpa. Korang datang KL call mak yek. I bawak you all jalan-jalan. ;) Hmmm, bila lagi boleh jumpa kawan-kawan blogger lain ek? Insya Allah....




Maap le...takde gambar. Saya malu duduk terus makan jek.

May 6, 2009

I have touched someone's life. No?

Baru pagi tadi membaca entry CY tentang touching someone's life. Terkedu jugak dibuatnya. Dan buat seketika saya berteleku, pernahkah aku membuat sesuatu dalam sedar atau tidak yang mana perbuatan aku itu menyentuh hidup seseorang, apatah lagi mengubah hidupnya?


Ntah lah...harap-harapnya ada, and in a good way. Be it consciously or subconscously.


Dan baru tadi saya dapat tengok ada entry khas buat saya. WOW!!! Terima kasih mama uzma, tapi akak pun still in learning process, akak pun rabun IT dek non. Dan akak tak rasa blog akak ni banyak memberi maklumat kepada iena or sesiapa pun, lebih kepada coretan mengarut diri sendiri saja. But if they do, syukur. I take it as compliments.







p/s: Dania ok ke? Dia demam sket tu...tengok2 kan ek...

April 21, 2009

Habis Round

Semalam saya takde di ofis, maknanya saya diluar mengular berjumpa clients di Seri Kembangan dan Putrajaya.

So ini baru habis round blog kawan-kawan. Sorry ye, teman tak tinggal jejak sebab terkejar-kejar le..Ini hari pun mungkin keluar lagi...alahai...akan terlepas lagikah berita cerita sensasi you all?!!
Apa-apa pun....HAPPY TUESDAY YA'LL!!!



p/s: saya ada beberapa telekung dari Bandung untuk di let go. Nanti saya post entry ya. Bolehlah nak beli untuk diri sendiri ke, untuk mak & mak mertua (bulan MEI kan mother's day) ke, hadiah untuk sesapa ke..don't worry, harga very good one!
p/ss: ML, cantiknya NF MM tu.....nak letak komen tak berani..kah kah kah

March 26, 2009

Khas untuk Erma

Erma, kalo ko baca ni sure ko perasan...Huhuhu

Situasi pagi td, jam 8.15am. Tengah dalam usaha memakaikan dyper dan baju Dania untuk ke nursery (biasanya macam-macam helah dia buat sebelum kena tarik)

"Mommy, Nia g school ke?"

"Ye la...cepat sket. Semua orang dah lambat ni"

"Nia duduk dengan Aunty Ema boleh?"

"Haa? Mana ada Aunty Ema..Aunty Ema work laa"


"Uncle An?"

"Uncle An pun work"

"Aunty Ema, Uncle An work?"

"Haaaa...cepat cepat!"

Aku pun agak pelik macam mana pagi-pagi ni dia boleh ingat kat korang..or anak aku memang pandai cari alasan tak nak ke school? huhuhuhuhu

March 23, 2009

Misi Berani kerana Gedik!

**Update on Mission Gedik Berani**

Yes, we (my friend and I) finally succeeded in venturing into the hot boutiques and scrutinize all of our dream bags, and shoes too! It was indeed a fun short afternoon (ye la, kena balik opis memasing kan). It was, after all, not scary at all!

When we entered Gucci, there were two amoi chinese ladies (dari kaca mata akak sempoi saje!) who were also scrutinizing bags, or more like purchasing the bags. My friend happened to sneak thru the bill and guess what was the amount. Err...teka xde hadiah ya!

It was,



































RM11,000+!!! Oh yes, you read it right! Itu buat downpayment keta pun boleh dek non!







My friend and I went out from the boutique empty handed and gulp in our throats...


March 20, 2009

Berani kerana gedik...

Hari ini saya ada lunch date dengan kawan lama di KLCC. Makanya aktiviti wajib kitorang adalah menerjah kedai-kedai mahal butik-butik yang ada. Ingat entry ini? Ya, kali ini berbekalkan pesanan dan tips korang semua, saya akan memberanikan diri untuk terjah dan amek feel bak kata Mrs.Noba.




Saya aim nak amek feel-feel itu di sini...





















dan


*pictures credits to eluxury.


March 17, 2009

Selamat Sore Jakarta

Kalau nak dibandingkan Bandung dan Jakarta, masing-masing ada keunikan tersendiri. Tapi kami semua tak berkesempatan nak explore Jakarta as a whole sebab kami cuma ada satu hari sahaja. Dan satu hari itu pulak disusuli hujan yang maha lebat waktu petang. Nasib baik juga la kami sempat ke Ancol Park untuk jalan-jalan.

Di Jakarta, kami menginap di Grand Tropik Suites. Ok jugak hotel ni, kemudahan semua standard la, ikut rate hotel 4 star. Saya & co dan kawan saya yang single, Cik Aishah share satu apartment. Agak luas la jugak apartment tu sebab ada dua bilik. Bilik siap dengan pantry, fridge besar, microwave, living area and balcony (untuk yg suka berasap!)

Beg we all. Sampai 2 trolley. Err, abaikan model 2 orang tu ye..

Sampai di Jakarta dh petang dan penat (ye la..shopping marathon la hendaknye), so lepas solat magrib kami ke Ciputra Mall..jalan kaki je sebab sebelah saje. Walaupun dekat, sedang jalan-jalan tu pun takut jugak, sebab Jakarta ni kan terkenal dengan orang jahat gangsters. Alhamdulillah, xde apa-apa. Maybe sebab we are in groups kut. Anyway, had dinner and jalan-jalan dalam mall sekejap sebelum balik, tido!

Next day, after we had big breakfast, we all semua decided to go to Ancol Park. Ancol Park ni ada macam2, Ada Taman Impian Ancol which is similar to Genting Highlands minus the weather, ada Seaworld (Aquaria), ada Waterworld and Gelanggang Samudera which they have sea animals show. Ohh, they also have Pasar Seni di mana arts and crafts meet.

Dania mahu tapi malu takut

Some photos in the Seaworld

Saya & co cuma sempat ke Seaworld saje, itu pun sebab nak bawak Dania jalan-jalan tengok fish. Ye la...Dia dah 3 hari duk layan mommy & abah shopping je kan, kasi can la kt dia pulak. She had fun in the seaworld, although awal-awal dia takut sebab tengok gigantic fish. Dania ingat fish tu nk terkam dia. The rest cuma jalan-jalan sekitar Ancol Park dan we finally settled at Pasar Seni. Pasar Seni ni pun besar, they have like hundreds of small shops selling paintings, crafts, batik etc.



Scary tak? At first glance saya ingat ke rambut, rupanye guna tali.


She loves the bubbles so much, tak nak balik.

Right after lunch, we got a cab to sent us back to the hotel and it was raining like cats and dogs. Memang lebat sangat sampai tak nampak kereta depan. Syukur semua selamat sampai. Semua dah penat, sakit badan sakit kepala, so we all just lepak kat bilik with hot tea and brownies and movies.


Mind you, Jakarta weather amatlaa panas..macam KL. And it was macet* all the time. Ngalahkan KL. Jadinya aktiviti berjalan-jalan amat terbatas. Saya terkilan nak ke Plaza Senayan where all the high end boutiques are there. Ye la...nak masuk butik kt Pavilion mak segan, kut gi Jakarta eksyen la sket kan...hahahahahaha!!
Sebenarnya Jakarta ni ada banyak tourist spot. They have lotsa museums, then ada Taman Mini Indo (taman ni ada rumah mini yang assemble rumah-rumah di Indonesia), ada zoo.

Then it was Tuesday, its time to go home (cam sedih pulak). Satu tip dari saya, kalau anda ke Bandung, cubalah balik dengan MAS melalui Jakarta. You'll save a lot on the excess bagage. We all check-in in group so beg semua combine. Memang excess, more than 200kg for 8 people tapi dengan MAS ni boleh kawtim, so kami tak kena charge for extra. Bayangkan dengan AirAsia, confirm kena!

Last photo of us all!



Selamat tinggal Bandung & Jakarta. We will come again, definitely! Right gals??




p/s: Mungkin ada entry on food and other stuff...cewahhh!

March 16, 2009

Bandung - Episod Mengirai Duit part 2

Day TWO

Pagi hari kedua shopping (atau hari ketiga di Bandung), kami semua datang breakfast dengan muka kusam. Bukan sebab penat, tapi sebab insaf. Insaf sebab hari pertama dah mengirai duit tak ingat dunia. Makanya, hari kedua agak sober gitu.

Namun, shopping tetap shopping...kan? We all start ke Toko Tiga. Kedai ini direkomenkan oleh supir chauffer kami. Toko Tiga ni menjual jeans jenama yang gerenti ORIGINAL. Ada wrangler, lea, levis etc. So kaum-kaum lelaki sekali lagi meroyan dengan jeans pulak! Kenapa kaum lelaki? Sebab kami kaum wanita xde size...huhuhuu! Kalau anda memakai jeans size 29 ke bawah, sila la jengah ke Toko Tiga nih! Mak pakai size 30 nyah...huhuhuhuhu

Inilah kedainye..

erma and hubby, busy belek jeans


hubby gue pun busy membelek jeans



Selepas ke Toko Tiga, kami ke Cibaduyut. Di sini adalah syurga barangan kulit, especially if you are not brand conscious. Tapi take note ya, Cibaduyut ni bukanlah kompleks, tapi nama tempat. So kedai-kedai barangan kulit ni sume kedai-kedai kecil tepi jalan. Bayangkan arked di Jalan TAR! Tapi lebih menyeramkan sikit sbb kedainya betul-betul tepi jalan, dengan peniaga jalanan, homeless people berkeliaran. Pityful but scary. Tapi ada satu bangunan kedai yang agak besar, selesa, ada air-con juga. So kami yang pompuan ni lepak sini je..yang lelaki konon gagah perkasa berani pegi le ke kedai-kedai kecil tu. Di Cibaduyut ni ada jual kasut, beg, belt, baju, jaket, keris, senapang pun ada tau!

Since hari ini hujan, dan Sabtu, jalan pun macet* banget! Tak banyak yang tempat yang dapat cover. So lepas lunch, kami ke Jalan Dago, singgah sekejap di FO berdekatan sebelum kami yang kaum perempuan gedik pegi spa. Hehehe...citer spa lain entry ya!

Day THREE

Ok, ni hari terakhir kami di Bandung sebelum ke Jakarta. So pagi-pagi dah check-out, breakfast. Dan AIM kami hari ini ialah untuk shopping habis-habisan. Hehehe..Memandangkan masa yang suntuk, kami sempat ke area Jalan Dago sahaja. Tapi di sini pun macam tak cukup masa. Di Jalan Dago ni ada banyak factory outlets; Level, Episod, Blossom, Donatello (ni kedai kasut, cantik-cantik kasutnya..price wise, ok lah..between rm40 to rm200), Grande etc. Most of the factory outlets ni jual barang yang lebih kurang sama saje tapi kalau dah nama pulun shopping, asal masuk mesti keluar dengan tangan penuh! Haahahahah!!!

Err, beli brownies pun kira shopping tak? Sedap tau brownies nih..

Haa, kat perkarangan hotel pun boleh shopping.

Kami semua sangat puas hati dengan hasil rembatan, tapi kalau ikutkan saya, banyak lagi nak rembat. Nasib le mr hubby sekat, edit dlu! Huhuhuhuhuh..

Antara hasil dari factory outlets. Ni baju-baju Dania aje, baju saya dan hubby tak yah la kan. Bukan you all nak tengokkan? :P


*macet banget = jam/sesak sangat



March 15, 2009

Bandung - Episod Mengirai DUIT!!! - part 1

**Posting ini agak panjang juga, cerita tentang shopping travelogue keluarga dan teman-teman di Bandung. Its for my keepsake, tapi kalau anda ada plan utk shopping di Bandung, silakan baca**



Day One


Needless to say, Bandung memang tempat meroyan!!! Bukan setakat mak-mak, bapak-bapak pun boleh sama-sama meroyan. Bandung ada semua, untuk ladies, gents and of course kids! Oh, by the way, Dania pronounce Bandung as Bandon. Tak tau la awat dia tak boleh sebut 'g'. Tolong pun jadi 'tolon'.


Pasar Baru Bandung

Ok, kita start dengan Pasar Baru. Pasar Baru ni macam Bazar Buluh Kubu di Kelantan (org kelate boleh la imagine kut ek). Kat sini ada macam-macam kedai. They have 7 floors okeh! Ada kedai telekung, baju, shoes, toys, kain ela, food..of course!
Kan? Kan? Sakan depa nih!

Kedai kain, antara berpuluh yang ada.

SA yang cemerlang. Dari nak rembat 2 je, skali 5 haku hangkut. Ye, Dania sampai tertido kepenatan.


Berjaya tak berjaya laa SA tu. Haa, lihatlah sebahagian dari rembatan saya.


Rumah Mode

Lepas Pasar Baru, we all head to Rumah Mode. Rumah Mode ni antara berpuluh factory outlets yang ada. Dan juga, Rumah Mode ni rasanya FO paling karen banget! You won't feel like you're in an outlet, it's like being in a lavish banglo boutique. Siap ada a few bouquets of harum sundal malam, kedai ni memang wangi sentiasa. Macam-macam brand ada di sini, in fact di seluruh factory outlets. MNG, Zara, Esprit, GAP, Boss, Osh Kosh, Kenneth Cole etc. You name it, they have it.

The girls

Us with the babysitters...hahahahahah!!!

To be continued: Day Two and Three.