expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

June 12, 2009

Bila Dania Jadi Cikgu

Few days ago saya dan Mr Hubby sedang melayan Dania main masak-masak. Dia masak, kami makan. Macam-macam yang dimasaknya; mee, nasi goreng dan bubur. Bahan-bahannya hanyalah bedak dalam mangkuk. Kesian...

Lepas dah masak, dia akan suapkan masakan dia pada saya dan Mr Hubby. Kitorang pun kenalah buat-buat makan, siap ada bunyi segala. Ada sekali tu, Dania cedok bubur bedak guna sudu dan menyuapkan pada saya. Saya pun pura-puralah makan, tapi dia tak puas hati sebab saya main-main, dia suakan juga sudu tu ke mulut saya. Saya pun lari-lari la supaya tak tertelan bedak tu. Hishhh anak aku nih!

Bila bedak tu tumpah ke baju, nak tau apa dia cakap?

















"Ishhh mommy ni. Makan sepah-sepah. Ya Allah!!"


Kah kah kah!!! Tergolek-golek saya dan Mr Hubby gelak. Ni mesti kes dengar cikgu-cikgu dia cakap dan dia ikut. Dania....Dania..... *wink*

5 comments:

Zuhaini said...

ahaha.. dania jadi cekgu tu! :)

garang ye..

**dania duduk nursery ke..? mungkin dia tiru pengasuh di situ la kot.. :)

MommyDania said...

zu, memang pun. klau kt rumah, kitorang ni jd anak murid dia. time makan kalu bercakap, siaplah kena tegur "hep..mkn tak blh beckp". amekk!!

mamaDhea said...

ahahahaha.. kiut je sebut ya allah tu..

teringat kat dhea marah adik dia aritu, masyaawwahhh hadif buat ape nih!!! ahahaha

mama uzma said...

kah3.....
nia2..mana blajar nih....??
ishh3.....

p/s: pasni kena ckp lebih sopan
dan lembut ngan anak2..hihi...

MommyDania said...

MDhea: tu la..diorang ni dgr je kita ckp terus ikut kan.

mama uzma: sendiri jawab la. hahahahah