expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

June 14, 2012

Disneyland Hong Kong!!!



Well, what else can I say about DISNEYLAND? It was


FUN FUN FUN!!!! 

Kami pegi hari Jumaat. Agak ramai juga orang walaupun Jumaat. Teori kami, orang-orang Mainland ambik off day Jumaat untuk datang sini. Hence, penuh jgk la. Masa sampai je depan pagar Disneyland ni, tetiba hujan gerimis. Mula-mula gerimis, lepas tu makin lebat. Oh No!! Discuss gitu gini, kami decide to buy the tickets for the next day, Saturday. Walaupun sangat berat hati sebab pikir kalau Saturday sure sesak to the brim. 


Dania dah sedih-sedih. Tapi lepas explain semua, she's ok. So melangkah la semula untuk naik train nak tukar plan. Sekali Eh..hujan stop. Totally stop. So since ticket dah beli, might as well masuk je la. Alhamdulillah, through out the day memang cerah panas memanchor aje la. Syukur Alhamdulillah

Those little rains is just a test from Allah, I think. *wink*

Banyak sangat aktiviti dalam Disneyland ni. Dari Main Street USA, Adventureland, Tomorrowland, Fantasyland, Toy Story Land. Fuhh...Tak tercapai nak cover semua in a day trip. Sebelum pegi lagi aku dah work out plan nak pegi mana dulu, kat mana nak spend more time etc. Tapi ye la, plan lain. Dah sampai jadi lain. Hahahaha. I guess next time plan kena slot in jugak tahap budak2 especially budak bawah 3yrs macam Nisha. 




Disneyland is Disneyland. Even orang tua pun enjoy habis bila masuk Disneyland. Mana taknya, naik Cinderella carousel, Utopia car ride, orbitron flying objects etc. Banyaklah. Lepas tu dapat watch Mickey Philharmagic 3D show. Awesome gila!!




We didn't manage to cover all. And we didn't stay for the fireworks show sebab semua dah kepenatan sangat. Stayed until the parade ended and balik. It was fantastic day for us. Rasanya kalau pegi lagi, dah tahu mana nak tuju, apa nak buat etc so daapt maximize the time even better. Insya Allah...

Disney Tips: always spare an empty mineral bottles in your bag. Lepas minum tu jangan buang sbb empty bottles are essentials for toilet visits. And kami buat muka tak malu masuk toilets OKU. HA HA HA HA!!! Sebab toilet OKU ada sinki senang nk ambik air etc.

Disney Tips: untuk solat, tak susah. Pegi ke Main Street USA kat City Hall. Ask them for a room to pray. Diorang akan bukak satu bilik sebelah kaunter tu which is dekat jugak dengan toilet. Its a VIP room macam waiting room gitu. Bolehlah solat disitu. Telekung sejadah takde so be kreatif la ye. 




Dania had the most fun. Sikit pun tak penat jalan sana jalan sini. Sampai dah by pass waktu lunch pun dia tak kisah lagi. Tau nak main jalan main jalan je. HA HA HA HA. For Nisha, dia tau nak main and jumpa mickey mouse. Lepas tu dah mintak dukung or baring dalam stroller je. My advice to korang, bawaklah anak 3yrs and above aje ke Disneyland. By that time diorang dah paham and boleh appreciate. Below than that, its like a torture to them. Kesian diorg, kesian lagi kita. 

Owhh...uols boleh rent a stroller dalam Disneyland ni. For HKD60 which is dalam RM30 lebih kurang for a day. So very useful especially bila Nisha tido. Kalau dia jalan, kitorang buat stroller tu as tempat letak barang. 

Makan tak susah sangat. We bring our own food. Syukur semuanya lepas, mineral waters, susu kotak, sandwiches and fruits. Semuanya habis licin tak smpai tengah hari. Kah Kah Kah. Ada halal restaurant kat Adventureland, namanya Tahiti Restaurant. Adalah beberapa menu depa yang halal macam beriyani, green curry chicken with rice gitu. But expect to pay extra la as the foods dalam Disneyland memang mahal. Other foods macam waffle, cookies, popcorns etc merata-rata ada jual tapi tak berani aku nak makan. Ye la, tak tau ingredients diorang guna apa kan. Aku cuma beli ice creams je. 



AND this is the highlight for Dania. Walking together and snapping photos with Princess Aurora. Aku pun tak tahu nama princess ni. Dia yang bagitau aku. HA HA HA HA. 

Ada kisahnya dengan princess ni. Sejak awal pagi lagi, aim Dania ke Disneyland adalah bergambar dengan princesses. Kalau boleh nak semua princess yang ada; snow white, cinderella, sleeping beauty etc. Jenuh jugak mencari diorang ni. Masa last round tu, aku bawak dia keliling Fantasyland untuk cari. Siap cakap kalau takde takpe la. Dia pun macam pasrah je. Skali tu, ternampaklah si baju merah jambu ni berjalan laju. Terkocoh-kocoh aku dgn Dania lari mengejar dia. Sempat jugak aku jadi mamarazi ambik gambar ni masa diorang small talk. Dania punya excited lepas tu, God knows!!! Sebak aku rasa. Berulang kali ulang cakap "Nia jumpa Aurora!!" "Thank you mommy" "Nia tak percaya Nia jumpa Aurora!" HA HA HA HA



And, finally :) 

Till we meet again, Disneyland, insya Allah. Surely a family place to have fun :D

4 comments:

ANAKIRANA said...

pinjam itenerary :) hihiih ready bila ada bajet...ko buat skali bajet tau :p ngada tak

FAM said...

Ana: hover kau tauu. bajet2 aku xreti. itu keje suami. keje aku perabis kan bak kata UAI. kahkahkah

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

seronoknye baca! nak2 part "Nia jumpa Aurora!Thank you mommy Nia tak percaya Nia jumpa Aurora"

FAM said...

Has: happy sebak bangga kelakar semua ada masa dia ckp tu. berbaloi la berlari2 kejar princess tu. hahaha