expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

June 19, 2012

Hong Kong Day 3


Haaaa kau! Takde day 1 day 2 tahu tahu dah day 3? KAH KAH KAH KAH

Day 1 hal perjalanan dan review hotel which is aku dah pun buat.

Day 2 adalah Disneyland semata-mata.

Maka mari kita sambung dengan day 3.

Plan Day 3 ni ntah berapa kali berubah aku pun tak tahu. Dari malam bawak ke pagi berbincang tak sudah-sudah. Sebabnya ada 3 tempat berbeza yang nak pegi tapi semuanya lain-lain arah. So kena decide betul-betul mana nak pegi.

Kita mulakan Day 3 sedikit lambat sebab semua dah capek semalam di Disneyland. Kami ke Hum Hong Train Station untuk beli train ticket ke Guangzhou. Dari sini menuju pula ke Wan Chai dek kerana nak jugak makan dim sum dan chinese food. Ini semua gara-gara si Ladyverde letewww. Thanks beb ::D


Setelah naik turun train, naik pulak Ding Ding Tram akhirnya kami sampai di Masjid Ammar & Osman Ramju Sadick Islamic Centre. Besar bangunannya. Ada masjid, ada dewan, ada office dan canteen. Sampai dalam keadaan sedikit basah dek kerana hujan renyai-renyai memang cantik sangatlah. Perut dah berdongdang sayang nampak pulak dim sum bersusun kat tepi kaunter tu. Letak je beg terus pilih dim sum. Inilah Islamic Centre Canteen itu yang terletak di tingkat 5 Masjid. 


Sebahagian dim sum yang diambil. Lepas tu dah tak koser nak snap gamba sebab semua kebuluran. Aku dengan nak handle dua orang budak tu lagi. Memang tak daya nak kemho kemho makanan dah. Janji ada sikit buat syarat je. HA HA HA HA


Owhh...kami tak la makan dim sum semata. Order jugak lauk-lauk lain dengan nasi putih. Ohhh heaven sekali dapat makan nasi putih dengan lauk panas-panas tu. Macamkan dah seminggu tak jumpa nasi. KAH KAH KAH KAH! Kami order soy steam fish (ikan siakap), kari kamben, udang goreng tepung dan sawi kicap. Semua sedap!!! 

Kekok sebenarnya makan kat sini sebab semuanya rata-rata Chinese. Tak biasa makan dikelilingi Chinese benornya. Slalu kan berbilang bangsa 1 Malaysia kekdahnya. Ada jugak pak arab & melayu Singapore tengah makan. So kuranglah sikit rasa kekok tu. 


Haaaa!! Si Farah brit brit pun penah sampai sini. Puas hati dapat makan sedap. Lepas tu terus solat di masjid sini jugak. Owhh...lagi satu, heavennye dapat membuang di toilet yang ada paip! KAH KAH KAH KAH!!! 

Oklah....HK Day 3 bakal bersambung (tak tahu bila)..............


No comments: