expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

April 21, 2009

I Hate This Part Right Here

M-I-O, bolehlah sekiranya nak tambahkan koleksi soalan yang sepatutnya tidak ditanya.

Apa?

1. Bila nak beranak lagi nih? Kan dah 2tahun lebih...

2. Laaa..hantar nursery ke? Neneknya tak nak jaga ke? Sekian Kesiannnn


Ya, inilah dua soalan yang saya selalu terima bila balik kampung suami. Yang herannya, soalan-soalan ni bukan datang dari ibu mertuaku, tapi lebih dari makcik-makcik yang datang rewang ke rumah apabila menjelang kenduri kecil mahupun besar. Dan, makcik-makcik ini kebanyakkannya bukanlah saudara sepertalian darah, lebih kepada saudara seIslam, seKampung dan seKejiranan.


Untuk soalan 1,


Ya, ibu mertuaku ada juga bertanya khabar. Cuma caranya lebih lembut dan tidak menyakitkan hati. Soalannya? Begini,

"Fatin merancang lagi ke? Dania dah besar kan.."

"Tak dah mak. Tengah usaha la nih.."

"Haa..iya la..belum ada rezeki takpe laa..Jaga Dania dulu yek"

Haa...kan ok tu. Takde la saya seperti nak menjawab dengan lasernya. Lagipun, saya paham kalau mama atau ibu mertuaku yang bertanya. They are the mothers. Mestilah concern semua kan? So, I don't really mind when they ask. Oh, apa jawapan saya pada soalan makcik-makcik tadi?






Selaku menantu dan pendatang, saya senyum saje. Nasib baik adik-adik ipar saya cover line. Tapi saya tau, diorang pun rimas dengan soalan-soalan begitu. Bayangkan adik ipar saya baru bersalin, anaknya baru 4 bulan pun dah ditanya soalan begitu? Apakah?

Kut ikutkan hati, nak je saya jawab, "Kalau ada jual kat Astaka* tu, saya beli 2 dozen terus!"


Soalan 2,

Yang ni memang saya rimas sangat-sangat! Sejak Dania lahir sampai dah umur 2 tahun 4 bulan ni, keputusan kami menghantar Dania ke nursery masih dipertikaikan. Bayangkan selama ini saya kena mendengar, menerima syarahan+soalan+asakan perihal menghantar Dania ke nursery. Apa salah ke tindakan saya? Dan yang paling saya HOT bila mereka membangkitkan isu nenek Dania (mama saya) tak nak menjaga cucunya. Hello!!! Dah mama aku keje, nak jaga camne?

Dan sekali lagi, ibu mertuaku penyelamatnya.

"Eh, baguslah Dania ke sekolah, dah pandai dia. ABC, baca doa makan pun pandai"

Since birth, memang saya takde plan nak amek maid untuk jaga Dania. Sekalipun ada maid, saya akan tetap hantar Dania ke nursery. I don't trust maid. Period. And I can see the difference of my child's upbringing compared to other child who is under the care of maid. No offence but that's just my point. And I also have friends who has a maid and still send their kids to nursery and kindergarten etc. Why? Coz they don't trust their maid 100%. At least hantar nursery ni, diorang ada tauliah. Berlesen. Kalau tidak macam mana diorang nak operate kan?

Anyway, kembali kepada situasi soalan 2 ni, kadang-kadang makcik-makcik ni termakan soalan sendiri. Bila mana mereka menyaksikan kegeniusan kebijaksanaan Dania-menyanyi, bercakap, baca doa etc. Apa jawapan saya pula?

"Haa...tu pasal kena hantar nursery. Diorang ada belajar, bukan duduk rumah tengok tv jek"


Sinis? Aku peduli hapa!.




p/s: Astaka merujuk kepada satu pasaraya di Muar.

13 comments:

mamaDhea said...

utk soalan no.2, saya setuju.. huhu.. bilalah saya dpt hantar dhea ke nursery ek..

l i e y n said...

aku mmg dah ready nak hantar anak ke nursery supaya they mingle with other kids but hubby tak nak sbb trust mak dia lagi...
betul le anak akan lebih selamat tp takut social deprived plak anak aku...
nnt lepas aku dah pindah umah baru, anak2 kena gak dok nursery..
makcik2 tu mmg bz body!
sabar je lah!

m-i-o said...

mmg sabor je la soklan2 tu.

boleh tak kalo nk elakkan soklan2 paling nyampah nak jawab ni kita teriak kuat2 SUKATI AKULAH, korang PEDULIK HAPA?

emo la pulak kan....kahkahkah

FAM said...

MD: bila mama dia ready! nak hantar ke nursery ni kita sendiri kena ready & yakin. kalau tidak nanti,duk opis pun xblh buat keje.

lieyn: betul! tp kan, anak aku ni sampai tak takut orang langsung. asal jumpa bdk sebaya, semua kawan dia. adoiii

m-i-o: hahahaha! tak pe..emo bertempat. kut nak teriak lagu tu, kena penampor pulak nanti!

ANAKIRANA said...

anggap ja la makcik2 tu CARING hahaha
saya yg ada anak 2 ni lak..dikatanya rapat pulak..2 yrs gap..rapat sgt ker...huhu letih la

point pasal maid..sy setuju juga..
salah satu sbb sy tak plan nk amik maid..tak caya nk tinggalkan anak

FAM said...

kirana: kesimpulannya, diorng ni -over-caring(bhs lembut utk bz body) kan..kan?

MN said...

itulah soalan2 paling 'ramah' yg boleh diorg pikirkan.

Rizza said...

salam

[Kut ikutkan hati, nak je saya jawab, "Kalau ada jual kat Astaka* tu, saya beli 2 dozen terus!"]

ayat ni paling best kalau kena jawab kat org2 yg tak faham2 hehhehe

mama HZ said...

aku pung setuju dgn jawapan astaka tuh,alaa beb,orang2 veteren nih mmg x akan habis dengan soalan..nyebok jer..

FAM said...

rizza: hye! sy pikir sy ni menantu kan..kena sopan dan beradab. huhuhu

tun: mmg ler. aku nk tgu menantu makcik tu nt. bln lps kawen. siap la bln dpn aku tanye, 'eh, xde apa lg ke? dh 2 bln kawen. sy dlu lps kawen terus lekat' blh?

astaghfirullah! tak baik..tak baik..

Cutestamoi said...

Wah sungguh emo entry ini. Tak per la. typical orang kampung.. sebbek aku ni jenis teror bab2 ngelak nie.. muehehehe. Anyway, kalo tgh usaha, insya Allah ade hasilnye.. usaha tangga kejayaan!!

mama uzma said...

heheheee....ada gak yg mcm tu ye kak...yg bestnya nenda pun tempias gak...

kira iena bertuah la..x di tanya soalan PANASSSS mcm tuh...

mama HZ said...

beb,tanye jer mcm tuh,tp sambil senyum,ala2 gurau,pastuh ko tgk reaksi makcik tuh mcm ne :D(muahahaha,batu api sungguh!)