expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

May 31, 2009

Dulu vs Sekarang Part 2 - Cetusan dari Mrs Noba

Terpanggil nak tambah versi sendiri lepas baca dari Mrs Noba entry Dulu vs Sekarang.



Dulu - Nak ke mana-mana, saya hanya menggunakan pengangkutan awam. Baik bas intrakota (sebelum ada air-con sampai ke ada air-con) atau bas mini, pastu up-grade ke LRT. Ni dah kira best sangatlah!


Sekarang - Saya bawak kereta comel saya. Ohh, dah lama sangat saya tak naik bas. Kadang-kadang time jam ada bas di sebelah, saya rasa bersyukur sangat saya tak perlu lagi bersesak-sesak dalam bas itu macam dulu. Tapi saya masih naik lrt bila perlu.


Dulu - Masa muda remaja saya cukup malas ke dapur. Kalau kena masak walau telur dadar sekali pun saya akan muncung-muncung mulut membebel sendiri.


Sekarang - Saya suka masak, yang simple ke yang kompleks ke. Puas hati bila tengok Mr Hubby, Dania dan parents saya makan dengan penuh berselera. Betul sedap or sekadar sejukkan hati saya? Hmmmmm...pedulik!


Dulu - Fashion statement saya hanyalah jeans, t-shirt dan tudung bawal simpang kiri kanan (maksudnya takde pin-pin..boleh bayang ke?). Wallet pun takde, IC tumpang letak dalam handbag mak saya jek.


Sekarang - Dari atas ke bawah semua kena matching-matching. Untuk keluar ke mana-mana, saya amek masa 15 ke 30min untuk pikir baju nak match dengan seluar, then tudung. Pastu nak bawak beg mana pulak...kasut apa lg. Haaa...tu belum accessories, make-up.


Dulu - I'm not brand conscious. The only brand I knew was Vincci and Padini. So apa-apa mesti pi cari kt dua kedai ni la. Then kawan-kawan ajar, baru kenal Guess, Dr Marten (Ingat mary jane boot?), Billabong etc.


Sekarang - Hmm...Ikutkan hati semua nak yang hebat-hebat. Tapi sedar diri (nasib baik sedar), mana-mana yang mampu laa. LV Gucci tu tau, memang dalam hot list, insya Allah kalau ada rezeki dapat laaaa....


Ok laa. Ada sapa-sapa nak sambung? Macam chain tagged pulak. Sapa-sapa rasa nak share idea boleh sambung di entry memasing. Credits to Mrs. Noba. TQ

3 comments:

AiNeRzA said...

Saya dulu pakai tudung bawal...skang ariani dan balqis...ariani dah tinggal...nak langgan balqis pulak...nak try??? Hihihiii

Zuhaini said...

haha.. wah.. menariknya.. :)
oh.. sekarang dah ada kereta, senang, kan..? :)
hihi.. 30 minit untuk matching2kan..? wah.. lama tu.. :)

honeylanz said...

exactly we're same.. nak-nak part ni "Kadang-kadang time jam ada bas di sebelah, saya rasa bersyukur sangat saya tak perlu lagi bersesak-sesak dalam bas itu macam dulu" lega kan hv own car !!Bersyukur sgt