expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

May 28, 2009

Working on M

Minggu ini adalah minggu sengal malas saya. Saya berasa amat malas untuk membuat kerja, apatah lagi untuk mencari bisnes demi memperoleh bonus yang berlipat ganda. Ohh, takde lah berlipat ganda tapi bonus mesti kena ada demi memenuhi kehendak-kehendak keji kan?



Saya tengok rakan sekerja bertungkus lumus, ke sana ke sini berusaha keras untuk mengejar bonus itu. Dan saya? Duduk terkelepek di kerusi opis nih. Sekali sekala saya akan cuba memberi extra effort untuk bersemangat bekerja. Arrghhhhhh!!! Tetap malas. Tension ok!



Nak kata penat, macam biasa aje. Takdelah extravaganza workload ke apa ke. Bila ke rumah saya seronok jek. Datang opis jadi malas. Adakah saya kena cari kerja lain? Tidak tidak...saya suka kerja saya cuma agaknya angin malas tu datang pada saya kut. Camne nak bendung perangai M nih?



Ada petua atau idea? Atau jawapan kepada masalah ini? Ohh....jangan cadangkan supaya saya berholiday...sayakan baru jek berholiday bulan tiga lepas....


3 comments:

kirana said...

amik cuti

pi soping

kirana said...

tak da duit nk soping

rajinkan diri bekerja hahahahaha

MommyDania said...

kirana: pandai la jawapan ko nih!!