expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

June 23, 2009

Checking In


Fuhhhh! Selepas 4 jam memandu sambil berhenti di setiap R&R (ni kes mengantuk dan penat), akhirnya saya sampai di Grand Continental Hotel. Sampai tadi dalam pukul 530pm, tengah-tengah check-in, boleh awek counter cakap bilik saya belum ready. Diorang tengah repair pintu. Kena tunggu lagi 30minit. WTH???

Dah la penat, barang pun banyak, tak boleh masuk bilik. Sabar....sabar.....

Lepas 20minit menunggu di lobi dengan sorang pakcik duk cakap telefon macam cakap dengan semua orang kat lobi tu, akhirnya saya dapat room card. Ok...this is not the end of the story yet!
Naik ke bilik, sambil jalan saya dah runsing sebab banyak apek kontraktor kat lorong ke bilik. Ok, relax...jalan jek. Finally saya sampai ke bilik saya................................................ Yang keadaannya macam lepas renovation!!! Urghhhh

Saya masuk jugak, cari telefon and call receptionist. Lepas dung dang dung dang, dia cakap dia tersalah bagi room card. Saya yang dah hangin ni suruh dia hantar room card bilik yang sebenar. Tak kosa mak nak turun lobi balik. Jenuh awek tu duk apologize. Ok laa...saya pregnant tak boleh marah-marah sangatkan? Saya cakap takpe, its ok dengan senyuman. Dalam hati.......

Phewwww...akhirnya saya dapat masuk bilik. Clean and tidy.

Esok start kojenya! KesianSekian.


Saya belum call rumah. Ntah macam mana la si budak comel kat rumah tu...

5 comments:

Zuhaini said...

mak ai.. grand con mana ni..?

l i e y n said...

le....aku ingat ko naik flight sbb ko kata 'touch down'

mama hannah said...

a'ah la..ko out station mana ni

MommyDania said...

zuhaini: tmpt lieyn le..hehehe

lieyn: saje kasi gempak maaa

tun: kuantan aje

mama hannah said...

owh..wokehz..sian ko ek.nama jer Grand,tapi x grand pun ek :)