expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

July 24, 2009

I'm Sorry!!

Saya tak pasti saya dapat ceritakan kejadian tadi sebetul-betulnya. Masa saya hampir sampai ke area ofis ni, biasanya memang ramai pejalan kaki kat tepi² jalan yang kadang² melimpah ke tengah jalan.

Ok, sebagai menghormati pejalan kaki, saya memandu dengan perlahan di belakang minah² yang sedang berjalan dengan perlahannya. Maklumlah, hari ini kan Jumaat, haruslah kebaya sendat, stilettos segala, maka jalan pun lenggang kangkong gitu.

Tapi bila dah slow yang amat pulak, dan sampai ke tengah jalan, dah dikira menghalang kereta nak lalu la pulak kan? Saya tengok belakang pun dah banyak kereta. So saya decide nak horn sket bagi diorang ni ke tepi.

Ok, saya horn, sket je. Tau apa jadi? Dua orang minah vogue tu siap melompat terkejut. Yes, melompat betul²! Saya yang dalam kereta ni dah tergelak tapi sebab tengok muka minah tu macam nak marah, saya angkat tangan tanda sorry dan berlalu pergi. Tapi tetap gelak besar dalam kereta. Hahahahahahah!!!

Kepada minah vogue dua orang tu, saya minta maaf la yek! Mak tau enjin keta comel mak ni senyap sunyi, ala keta mahal gitu. Tu yang korang tak perasan kut. Skali kena horn pulak. I'm sorry!! *peace*

Kepada pejalan kaki, sila berjalan di sisi jalan, bukan tengah jalan. Dapat driver cam saya, ok lah. Horn pun slow je. Dapat drebar lori, lu pikirlah sendiri!

9 comments:

i.heart.health.beauty.happiness said...

nakal!

Anonymous said...

hahaha.. cian kt 2 minah vogue tu.. tp sape suruh melenggang atas jln raya dok gitu? ;)

mama uzma said...

hahaaha...
leh bayangkan mcm mana...
hilang vogue trus...

RiEda96 said...

hahahaha.. lawak.. takpe tak sengajer.. salam kenal...

MN said...

oh, ni dah macam kes verde hari tu...

:)

FAM said...

MHafiy: skali skala ;)

Has: hilang vogue sekejap kan

Iena: bayangkan ye

Rieda96: hye!

MN: hahaha...verde lg sadis. pegi splash air kt org.

l i e y n said...

mmg patut kena horn pun...tak kuasa nak drive slow2 ikut montot diaorang....
x sensitif langsung! mesti asyik dok control ayu tu!!!

Diver Mom said...

ahahah.. sian minah tu, penat control cun! depa melatah tak.? ahahah :)

By Ticer Liza Yacob said...

he he heh....akak tak berapa suker mengehon orang pasal tak biasa tekan hon..takut tertekan kuatt..tapi mulut ala2 bunyi hon jugak la tapi orang dalam kete je la leh dengar.. he he