I seriously have no idea what to saywrite today. Kepala saya sangat serabut sekarang! Dua hari lepas mama saya bagitau sedara (belah papa saya) dari Kelantan nak datang KL. Makna kata datang rumah sayakami. OK, itu dah dalam 7 8 orang termasuk kanak-kanak hyperaktif. Dan bila mana sedara dari Kelantan datang, akan datang juga sedara yang duduk di KL untuk beramas mesra. Makanya, hidangan makan malam akan berganda dan suasana kanak-kanak berlari keliling rumah juga berganda. Adussss!!! Pening...pening....
Oh oh...dan baru saja pagi tadi, mama saya dapat panggilan dari sedara juga (belah mama saya pula) mengatakan mereka sudah sampai KL. Ehh??? Takde khabar berita tau-tau dah sampai KL. Dan nak datang rumah petang ini. Aiyoyo!!! Rumah macam kapal pecah, bila masa nak kemas?? Err, pinggan semalam dah basuh ke? Toys Dania sepah-sepah. Kain baju atas katil bilik tamu sapa nak lipat?? GRRRRR!!!
Stress mak!! Nampak gaya tak dapat nak menjamu nafsu soping di tengah hari Jumaat ini. Kaedahnya balik rumah mengemas la apa yang patut... sob sob sob
Eh...jangan salah sangka yang saya tak suka sedara datang. Tak baik tau! Tapi sebab rumah yang tak ready, maka nak mengemas tu amatlah malas. Diorang datang nanti syok jugak, kejanya bergosip saja la. Sedara-mara saya ni semua jenis banyak bercakap, mmg riuh la jawabnya....hehehehehe
1 comment:
selamat mengemas.....
kalau aku pun memang gabra kalau sedara mara nak datang umah...
takut tak dapat fulfilled their needs...
sebenarnya diaorang tak kisah pun!!
masak sedap2 ekkkk.....
Post a Comment