expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

August 12, 2009

Ramadhan untuk makan?


Ramadhan hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Dan saya masih ada satu hari berbaki yang belum berganti. Aduhhh!!! Lemau betul nak ganti nih. Insya Allah, hari ini dan esok dan lepas tu lega la hati ini dah abis ganti. Kalau tidak, kena bayar denda pulak ye dok?

Minggu lepas sempat tengok Al-Kuliyyah di tv3. Salah seorang ustaz itu menceritakan senario umat Muslim ni menjelang dan ketika Ramadhan. Katanya, orang kita ni berebut nak makan bila bulan puasa, bukan berebut menunggu Ramadhan. Dia perjelaskan lagi, sana sini sudah sibuk merangka aktiviti berbuka puasa di sana sini. Hotel mahupun restoran seakan berlumba-lumba mempromosikan pakej berbuka puasa. Tapi nikmat Ramadhan itu dilupakan. Tidak pula berebut nak sembahyang terawih di masjid² berlainan atau membuat sedekah.

Terkedu sekejap saya mendengar. Sambung ustaz itu lagi, itu kisah Ramadhan. Masuk Syawal, berebut-rebut pulak orang nak beraya sebulan. Open house sana sini, masih berkisar dengan makan. Ibaratnya Ramadhan dan Syawal adalah bulan nikmat makan. Ohhhh!! Macam terkena batang hidung sendiri.

Hmmm...bila dipikir semula, memang betul. Seminggu lepas saya sudah dapat iklan² pakej berbuka puasa sana sini. In fact, sudah ada jemputan berbuka puasa. Orang dah jemput tak elok pulak tak pergi kan? Saya berpendapat, tidak salah menyambut Ramadhan dengan berbuka secara makan besar tapi biarlah berpada. Janganlah pulak hari² nak buffet hotel kut! Mau rabak poket, badan naik berkilo-kilo. Betul tak?

Betul betul betul! Yang pasti lebih manis kalau selepas berbuka puasa beramai-ramai disusuli dengan solat sunat terawih. Dania dear, kena tido awal yek...or you can just watch Dibo while mommy and abah solat.

2 comments:

** Perfect Love ** said...

cepat ganti weiiii
Ramdhan sedang mengejar kita.. heheh
;-p

Anonymous said...

kami weekend aja biasa g buffet kt mn2... biasa res. nelayan @ felda aja.. hehhe..weekdays lak.. tapau lauk dr PARAM gitu..