expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

August 24, 2009

When it is my turn to prepare berbuka

Wah wah....semua pakat duk story menu berbuka yek! Maklumlah....baru 2 3 hari puasa nih, semangat mesti berkobar², tak gitu? Saya pun nak kongsi jugaklah menu berbuka saya sekeluarga. Memandangkan puasa pertama hari sabtu, mama saya in charge. Dia masak semua. Saya cuma tolong² apa yang di suruh. Menunya?

1. Bubur keledek
2. Kari kepala ikan
3. Sambal udang
4. Bayam goreng
5. Ikan masin
6. Ulam² (kacang botol, salad, timun jepun)

Hari ahad pula, saya punya turn. Haaa...bila saya punya turn, pandailah Mr Hubby request itu ini. Katanya tak nak nasi. Nak fish and chips. Lagi senang keja saya. Tapi saya tambah menu, takut tak kenyang pulak kalau makan fish and chips semata. Maka, menu hari ahad;

1. Bubur biji nangka / badak berendam
2. Fish and chips
3. Mushroom soup
4. Salad ala Verde (memang sedap & senang!!)
5. Fajita ala Chili's.


Ohhh....saya cuma sempat snap beberapa gambar saja. Lepas tu dah azan....paham² sendiri la yek!


Fajita yang ala Chili's. Memang tak setanding Chili's tu tapi bolehlah untuk makan sendiri. Ngeeee

Bubur biji nangka / badak berendam. Dah lama teringin nak makan ni. Ohh...ini mama saya ajar, senang rupanya nak buat.

Ahha....nak tahu hasil ledakan di dapur sepanjang petang itu? Inilah hasilnya. Amat memuaskan hati mak!








Hingga menjilat jari mangkuk. Buruk perilaku, sila jangan amalkan di khalayak ye!




Janganlah ada yang menyampah dengan entry ni. Huhuhuhu... Menu hari ini kalau cuaca mengizinkan, menu bazar ramdhan la kaedahnya. Ntah apalah yang bakal menambat jiwa nafsu tekak nih...

5 comments:

JaNnAh said...

wallaaa.. dania! sah mmg sedap tu mummy masak!! hihihi..

Diver Mom said...

tu dia! dania sampai menjilat mangkuk! ;) sama mcm alia.. hihi...

Anonymous said...

semua terasa sedappp!!! ampun br kol 4 pm!!

jua said...

i pun buat fajita ala chillis tu smlm. eh,bg resepi bubur biji nangka tu. i suka betul bubur tu.

Yummy Yum said...

dah alang2 letak gambo makanan tu...letak le resepinya sekali..nampak sedap je anak dara tu makan..hehehehe