expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

September 16, 2009

Beza: Buka di Shangri La vs Nandos

Semalam saya dan Mr Hubby berbuka sendiri². Mr Hubby terpaksa berbuka dengan rakan ofis, stakeholders, clients etc di Shangri La Hotel KL. Jadi saya pun dengan izin beliau mengatur agenda berbuka sendiri. Malas pulak nak berbuka kat rumah. Cari² geng yang ada, dapatlah berbuka di Nando's Alpha Angle.

Balik around 10pm, ohh...masa saya balik 930pm tu, masih berduyun² orang baru sampai ke Alpha Angle tu. Betul² last minute shopping la kaedahnya. Sampai di rumah, saya tanyalah Mr Hubby camne berbuka di Shang. Katanya,

"Hmm..food biasa² je. Semua melayu, sama macam gi param. Pastu kena duk entertain orang je, sudahnya tak makan banyak pun. Macam rugi je bayar mahal²"


Hahahaha....itu sudah saya jangka. Mr Hubby ni jenis tak suka berbuka di hotel sangat. Tambah² kalau skali dengan hal kerja. Lagilah tak enjoy katanya. Kalau dengan family or kawan² sempoi sket. Then dia tanya saya, how's my berbuka.


"Hmm...biasalah makan kat Nandos. But the small crowd tu yang best. Had fun catching up with friends. Dania pun enjoy jumpa aunty² kesayangan dia."



Mr Hubby's reply........."Alaa...rugi tak dapat join."


Hahahahahah!!!
Kesian abang....


2 comments:

l i e y n said...

apa2 pun, dimana sekali pun, berbuka ngan family gak yang best..kan2?

MommyDania said...

Lieyn: betul sangatlah!