expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

September 2, 2009

Saya pun nak jadi chef handal juga - part 2

Saya beli Mr Chefel ni hari Jumaat lepas selepas mendapat khabar bahawa makcik saya dari Kelantan akan berbuka puasa di rumah. Dan papa saya telah request supaya saya buat kebab. So menu pertama saya bersama Mr Chefel adalah beef wrap atau kebab daging. Daging seketul saya grill dalam Chefel, then susun² dalam tortilla dan wrap. Sebelum waktu berbuka, saya hangatkan beef wrap saya dalam Chefel dan rasanya amatlah dilices (delicious) bak kata anak dara saya.

Menu kedua ialah ayam kuzi. Kali ni mama saya yang masak dan dia juga guna khidmat Chefel ni. Sangatlah mudah dan cepat. Dalam 20min ayam dah masak dan segala rempah ratus masuk ke dalam ayam itu. Mama saya juga berpuas hati.

Menu ketiga. Waktu sahur. Biasanya sahur adalah waktu kelam kabutkan? Tapi dengan Chefel, tidak lagi. Fuhh...dah macam ayat iklan. Saya sempat bakar ikan terubuk dalam Chefel dan hanya 10 minit, flip² dah siap. Enak sekali!

Dan, menu terkini saya ialah beef steak. Hidangan berbuka semalam. Ohh...senangnya dengan Chefel ni. Letak, tutup dan tinggal. Abih segala potato, carot, couliflower dan brocolli saya letak skali dengan daging. Dah siap untuk hidang dan ngap!


Maaflah ye. Gambar adalah tidak justify sebab cuma guna camera handphone cabuk,


Saya beli Chefel ni di Cosway. Kalau bukan ahli harganya ialah rm195. Kalau ahli dengan 1kupon dapat beli harga rm159. Saya mula² tahu wujudnya Chefel melalui LadyVerde then melalui ML yang juga pada hemat saya amat puas hati dengan Chefel ni, kan ML? Kalau tengok hidangan beliau lagilah terembes air liur segala. So...kalau you all nak, sila ke kedai Cosway terdekat atau boleh juga bertanya pada LadyVerde kalau² dia masih amek order.

Sekarang nak fikir apa lagi menu nak dibuat dalam Chefel tu untuk berbuka hari ini.

5 comments:

saudah said...

alamak, jelesnya...ni yg teruja nak membeli neh..

kirana said...

wahhh bagusnyaaaa
leh la aku sambar satu..sib baik ko dah bgtau rege tak yah aku tnya2 lagik ehhehe

aku tak penah masak menu yg ko tulis tu sbb tak reti hihiih

senang sgt dari segi gaya review ko ni

kaezrin said...

saya pun dah orderrr :P

MommyDania said...

Saudah: hye! tak yah jeles2..rembat aje!

Kirana: mmg senang weh. campak2 ajo

Kaezrin: ahha..happy chefeling!!

l i e y n said...

dasyat gak mr chefel ni....
kalau nak grill apa2 senang kan?
sila tempek lebih byk gambar mknn hasil mr chefel...baru teruja aku nak beli gak....
hehehehehehe