expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

September 3, 2009

Zaman berubah

Memang dah banyak berubah. Zaman sekolah dulu kalau bulan Ramadhan ni, terutama kalau dah menjelang raya, ke main sibuk berbalas² kad raya. Member seat sebelah dalam kelas pun kena bagi kad raya. Kad raya masa sekolah rendah haruslah yang murah & kecik². Biasanya mesti ada caption comical atau kartun. Kan?

Menginjak ke sekolah menengah pun masih berbalas kad raya. Kali ni konon dah mature sket jadi kad raya pun dah ala² serious sket. Ohh...saya ingat lagi, ada dua tahun berturut kami sekeluarga buat family raya card yang di sponsor oleh company. So macam bestlah guna kad itu sebab ada nama sendiri dah siap di print dalam kad. Cuma sign aje.

Masuk universiti, kad semakin dilupakan. Sebab masa ni masing² dah guna handphone. Jadi sms pengganti diri. Ohh...lagi senang. Sms aje. Kad raya cuma guna untuk insan² tertentu. Ahaks!!

Sekarang? Hmm...dah bertahun juga saya tak hantar kad raya pada sesiapa. Tapi masih terima kad raya dari kawan² sekolah lama dlu. Mana yang hantar insya Allah saya balas tapi memang biasanya bukan saya yang hantar dulu. Ish.....teruk betul! Takpe la....sms pun boleh. Its the thought that counts kan?

You all masih hantar kad raya?


7 comments:

honeylanz said...

masih menghantar kad raya setiap tahun. kt semua kwn2 yg masih ada add la. biasa tempah awal². cuma this year budget skit :)

mama hannah said...

Aku pun dah lama tak hantar kad raye.Last anta masa bercinta dulu.Ahaks!

mama hannah said...
This comment has been removed by the author.
CY3.5 said...

teman dah lama tak buat keje tu..

Mama Adib said...

teman ingat nak suruh adib tulis kat raya kat tok ayah n tokmi d kg, tp sik tertangguh jer

KV said...

akak pun dh lama tak berkad bagai ni. Malam raya baru sibuk balas sms raya kenkawan.

noniey said...

aku pun sama.. dah malas nak bagi2 kad raya ni.. kalau bagi pun, just tuk hubby, mak n mak mentua.. kalau kawan2 ni, memang tak.. sms je lah jawabnya..

tapi laki aku terbalik plak.. dia tiap2 tahun anta kad kat kawan2 dia.. pastu banyak lah dia dapat balasan.. memang sangat berbeza dgn aku..