expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

October 8, 2009

Anak saya punya piawaian tersendiri

Saya pun tak tahu dari mana dia inherit perangai ini. Kemungkinan besar dari papa saya iaitu papatuknya. Banyak benda atau resam dalam keluarga dan rumah sudah bertukar gara² anak dara saya ini.
  • Waktu dinner, janganlah pakai baju kerja. Harus kena soal jawab dengan dia. Mr Hubby selalulah kena soal sebab dia yang selalu balik lambat. Dah sampai tu waktu dinner, teruslah makankan? Tak boleh ok. Kena pakai baju biasa² atau baju basahan shj.
  • Hari Khamis, sometimes papa saya akan pakai batik especially kalau ada meeting dengan orang gomen. Saje nak blend in dengan orang gomen katanya. Ha...pagi² budak kecik tu akan soal. "Papatuk nak pegi kenduri ke?" Papatuk...sila jawab!
  • Kalau pasang radio dalam kereta, ada standard bunyi yang kena ikut halwa telinga dia. Kuat atau slow mengikut mood budak itu pada waktu naik kereta. Biasanya kena perlahan, tapi kalau keluar lagu 'I like to move move it', standby ajelah volume radio & volume suara dia sama kuat.
  • Kalau solat, sejadah perlukah terbentang cantik. Jangan dibiar terlipat hatta tang rambu ramba skali. Kalau dia nampak, mulalah membebel. Sama juga time tido, jangan tertinggal bantal peluk, 2 bear ziraffe & tiger dia. Nanti dia pok pek pok pek!
  • Ohh...waktu makan di rumah, gelas haruslah mengikut warna yang ditetapkan oleh dia ya. Tahu tak plastic cup IKEA yang multi color tu? Haa...semua kena guna ikut warna masing² ok. Tak boleh salah. Yang herannya, dia boleh ingat pulak tu. Hers is green and mine is pink. Mr Hubby, mama & papa saya tak ingat apa dah.

Haaa....ini ajelah dulu. Ada lagi kita sambung episod lain ok! Ngeeeeeee

4 comments:

Ealyie said...

hmm.. complicated jugak anak dara hang beb.. hahaha..
Iris pun cenggitu jugak, masak le sape jadik bini dia nanti.. huhuhuh..

MommyDania said...

Ely: haa...dh sebulu dania & iris. jeng jeng jeng...ahahahahaha

mama uzma said...

hahahaa...
budak bijak mmg gitu kak..


mcm ptg semlm..
nia tegur..

"nape kasut uzma hijau..baju ngan seluar biru..??"
hahh..panass gak soalan..hihi...

"ok apa..dari jauh org dah nampak.."

"nampak apa...??"

"laa...nampak kasut uzma la.."

"ohh..."

hihi..x tau la nia paham maksud iena atau dia konfius ngan jawapan iena..tapi mmg klakar..bila dia tanya ngan memek2 muka skali...

honeylanz said...

leh keje SIRIM besar nnt.. piawai QAQC pass..