expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

October 30, 2009

Makan hati seorang

Hari ini saya ke KLCC. 1245pm dah bertepek kat depan Habib. Oh oh...jangan teruja yang bukan² ya, saya tak beli apa² pun sekadar tengok² apa yang best. Hmm..ternyata Habib di KLCC tidak mengancam jiwa sangat berbanding Habib Ampang Point, ke sebab takde fulus so jiwa pun kacau takde perasaan yang banyak design menggugat jiwa.

Ok, cukup 15min berlegar² dalam Habib, saya teruskan perjalanan ke Vincci setelah sekian lama tidak singgah. Wow! Banyak ok design baru yang cantik². Malangnya semuanya tinggi² belaka dan tidak sesuai untuk dipakai oleh saya sekarang nih! Kecewa!! Ohh...tapi saya perasan Vincci sekarang sudah seakan² C&K pulak design²nya. Dah terikut² pulak. Ntah laaaa...

Ohh...kalau nak cerita pasal semua kedai yang saya masuk, alamatnya panjang berjela la pulakkan? Tapi boleh kata semua kedai la saya masuk dan belek dan dengan senang hati keluar tanpa jinjit satu beg pun. Hehehe....Saya nekad hari ini nak jalan² saja tanpa beli apa².

Ohhh....sebenarnya saya tidaklah makan seorang seperti tajuk diatas. Memang mula² makan seorang tapi kebetulan client saya nampak saya duk menyumbat ayam ke dalam mulut dengan lahapnya makan seorang so dia pun join skali. So instead of eating alone, at least I have company. And to make it worst, she paid! Hahahahah!!! She said "takpelah....ni bukan kira client base, kira kawan²" Thank you so much kawan!

Dalam 315pm saya beredar keluar dari KLCC dengan membayar parking rm8.50. Fuhhh!! Bayar parking je mahal. Dan itulah belanja saya di KLCC hari ini. Berhemat tak? ngeeeeee

3 comments:

Anonymous said...

cayala fatin berjaya berbelanja dgn berhemah. tp mmg parking situ mahal! wiken sanggup parking kt taman tu..jln jauh skit ;)

FAM said...

Has: mahal pun berbaloi la jgk sbb dpt dkt pintu. huhuhu

l i e y n said...

berbaloi gak bayar parking banyak tu sebab tak kuar duit untuk mende lain...makan pun free!