expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

October 12, 2009

Suspen tau!

Semalam saya ke klinik sebab mahu check mata saya yang asyiklah pedih aje. Sementara tunggu giliran, ada seorang mamat ni masuk. Dressing dia santai, sunglasses atas kepala, tangan pegang kunci kereta dan handphone (mcm htc) kalut² masuk klinik.

Dia pegi ke kaunter nak minta jumpa doktor. Tapi katanya bukan sebab sakit tapi sebab personal. Lepas habis urusan kaunter, dia sibuk nak berbual kosong dengan Mr Hubby. Saya ada instinc mamat ni semacam. Perbualan lebih kurangnya mcm nih,

Mamat: Saya nak jumpa doktor sekejap. Saya tak sakit, ada hal sikit. Saya duduk sekitar sini juga. Duk mana?

Mr Hubby: ohh...area sini juga. (padahal kt tempat lain...huhuhu)

Mamat: Ahh...err...saya jumpa doktor sekejap boleh? Kejap je 3 5 minit je.

Mr Hubby: Jangan lama la..patutnya saya punya turn.

Then, lepas patient keluar, bergegas dia nak masuk bilik doktor tu. Betullah, dalam 3 minit tu dia keluar. Terus je keluar dari klinik dan saya nampak dia ke klinik berhadapan pulak. Lepas selesai urusan saya jumpa doktor, saya tanyalah doktor tu pasal mamat tadi. Tahu apa urusan dia tu?













Dia nak pinjam duit dalam rm300. Haaaa....tekejut tak? Alasannya minyak hitam kereta dia habis. Doktor tu cakap, "Tu U ada hp, call la sapa². Tak pun belakang ni ada Giant, ada ATM."

Pelik betul mamat tu. Tak tahulah sejauh mana kebenaran cerita mamat tu kan tapi dari gerak gaya dia memang menakutkan. Nasib baik Mr Hubby ada sama. Kalau dibuatkan saya ke klinik cuma dengan Dania, mamat tu datang kat saya, apo den nak buek?

8 comments:

mommylyssa said...

menakutkan ok!! yaa... nasib ur hubby ada sama!

Anonymous said...

takutnye! camne ni has selalu g mn2 dgn kids aja.. huhuhu

KV said...

macam2 hal

MN said...

ler..doktor tu sedara dia ke apa??!! hahaha...

FAM said...

MLyssa: mmg scary!

Has: tawakal laa. baca doa byk2

KV: mcm2 org pun ada

MN: haishh...dok aih

Unknown said...

macam2 kerenah orang sekarang ni ek.

Anonymous said...

hah???!!
nak pinjam duit??!!
ntah apa2 manusia..

Ealyie said...

Beb,
mak ada follow blog sorg Doc ni, mmg dia pun pernah hadapi situasi mcm hang citer nie.. Mak rasa mmg dia aim Doc2 yg bukak klinik kots.. hish.. mcm2 hal dlm donia nie..