expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

November 16, 2009

Ahad Tanpa Dania

Ya, semalam adalah hari Ahad tanpa Dania. Dania telah dibawa oleh papatuk dan nendanya berjalan² sepanjang hari. Destinasi? Seremban, Bangi dan Putrajaya. Mengikut laporan yang saya terima selepas mereka balik dari day trip itu, Dania sangatlah behave and adorable. Huhh! Over pujian nenda terhadap cucu kesayangan. Baguslah begitu, bolehlah selalu² dibawa Dania berjalan meninggalkan mommy dan abah berdua²an.

Apa saya dan Mr Hubby buat? Hmm...plan untuk bermadu kasih di puncak tinggi..eh eh..melalut! Plan untuk berdating berdua tidak menjadi...sangat. Bangun pagi terus kerjakan rumah. Mr Hubby amek kontrak mencuci dua bidang (betul ke) carpet yang besar di luar rumah. Saya pula amek tugas vacuum dan mop lantai wet dan dry kitchen, family hall dan dining hall. Fuhh...kalau luasnya ciput takpe jgk tp rumah parents saya ni boleh tahanlah keluasannya tu.

By 12pm semua dah flat. Saya dengan cerry berry bertambah flat. Memang macam nak pengsan dh. Sudahnya call Nando's delivery saja utk lunch. Ohh...kenduri kawen terpaksa dilupakan sebab dah tak larat sangat.

Tapi sebab gedik jgk nak merasa keluar berdua, kami keluar pada petang hari. Melepak di kedai mamak pekena roti nan dlm gerimis hujan. Fuhhh...layan betul!

2 comments:

Anonymous said...

wah.. gigihnye wat hse cleaning ;)
iyela..smalam cuaca sejuk..jap² hujan renyai kan...besh layan teh tarik panas :p

Queenin Murni said...

jom email2.. senang sket cerita pasal pakej. :P