expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

November 13, 2009

Dasat sungguh!

Sementelah (fuhh..mcm nak karang syair) melepak di ofis sambil tak tahu nak buat apa padahal keje bertimbun saya tengok² blogs photojournalist tersohor, tak berapa sohor, amatur dan profesional. Especially yang fokusnya kepada kanak².

Seronok tengok cara mereka amek gambar. Sangat life gitu! Cantik. Tapi bukan tentang itu yang saya nak share dengan uols. Semakin lama saya tengok blog diorang, semakin terbuka mata saya. Apa yang saya tengok?


Kids birthday parties. Dasat uols! Grand yang amat ngalahkan kenduri kawen. It put me into thinking, what an effort (and of cos the money too!) the parents put in to hold such a grand party. Even for a year old baby yang confirm tak tahu apa² dan confirm juga tak kan ingat apa². No offence to those yang buat those grand parties. Its your right and rejeki to do it.

Sekali saya tengok satu² party itu, terus saya congak² dalam kepala berapa banyak ongkos yang diperlukan untuk buat satu party yang gah begitu. Oh oh...tak perlulah saya listkan, nanti ada yang cakap bukan² pulak kan. Tapi secara gross nya, I came up with this figure...



rm2000 plus plus. Wow!!!


Terfikir pulak saya nak buat aqiqah baby adik ni nanti. Nak juga buat yang meriah tapi sederhana (ala...mcm org tv slalu cakap bila majlis raya, majlis gomen tu). Berapa pulak ongkosnya nanti..hmmmmmmm...



4 comments:

Queenin Murni said...

yess.. mereka mmg hebat..
and yg paling sy kagumi..org yg buat grand2 gitu.. and invite bloggers.. byk btul kenalan mereka. :P

MommyDania said...

QM: ada tu siap buat 2 3 kali for different crowd. wow..mmg grandlah!

Kak Teh said...

org sekarang kan "suke" buat grand-grand... vass gituuu...... a yr old mmg diaorg tak tau ape2, tp parents kan snap gambar cantik2, nanti bila depa besar tgk gambar, sure depa proud dpt mak pak camtu..tak gitu... my pendapat la..... lagi satu, i rasa kan masa kecik2 depa (as well as me lorr) tak dpt rasa party grand gitu, tu yg balas dendam masa party anak... sesiapa tu jgn terasa ye..no heart feeling... no offence

m-i-o said...

masa ai wat aqiqah si budak kecik tu, takde la byk sgt pun. buat kat umah PIL.

kalau nak kira kasar,

kambeng sekor dalam RM600 lebih. average sekarang RM800, depends on size. bahan2 mentah RM200.
goodies RM100.

pastu sebab masak sendiri dengan jiran2, so belanjanya kurang dr 1k.
itupun siap ada kuih-muih, tapai, pulut kuning, rendang, buah-buahan dn entah macam2 lagi la. sebab sedara-mara pun tolong bwk sikit sebanyak. jd macam2 bleh makan.

yg dtg pun cuma jiran2 terdekat je. kumpulan marhaban pun free :P deko2 sume tolak tepi. takdela prepare buaian ke, riben ke. memang very the basic la.