expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

November 30, 2009

Komen: Nur Kasih Finale

Walaupun saya bukan pengikut tegar Nur Kasih, tetaplah nak tengok last episode. Dan walaupun dah tahu endingnya tetaplah juga nak tengok last episode. Well, saya bukan nak komen jalan ceritanya sangat, nanti peminat tegar kata saya bias. Huhuhuhuhuhu

Cuma, si pengarah dan pelakon² itu sendiri rasanya kenalah sedar, perjalanan cerita itukan bertahun² lamanya, dari anak dara sampai dah bertahun kahwin, uols perasan tak, sorang pun takde perubahan. Baik dari segi usia, perwatakan, dressing and every thing. Mestilah kena ada sedikit perbezaan kan?

Oh...dan saya juga sependapat dengan komen kawan saya. Kami berdua terganggu dengan konsep pemakaian tudung si Sarah tu! Rimas ok. Sama ada tudungnya besar sangat atau kepala dia kecik sangat.

Dan saya tetap mengatakan si Nur tu tidaklah ada aura yang maha hebat sampaikan dua beradik tu duk angau dan si kakak ipar pun cemburu. Pada saya, she's plain and boring. Ngeeeeee

Lepas ni boleh tengok cerita baru pulak. Kalau best mungkin akan follow. Kalau tak best, tengok last episode ajelah.


10 comments:

honeylanz said...

has follow tp x fan sgt. tp setuju bab tudung sarah tu.

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!

Fid said...

wahahahahaa
saya tak tgk
saya pun rasa Nur tidak ada aura sgt tapi tak apa la
sarah dan tudungnya..maybe sengaja nak bg nampak gitu..org jahat la kata kan..huhuhuhuhu

Diarihatiku1976 said...

ee saya follow gak citer ni... tapi oklah puas hati endingnya adam ngan nur bersatu.. ahahkssk..

MommyDania said...

Has: kan kan? mcm off sangat!

Fid: ye la kut..bg menunjukkan itu psl nur yg jd pujaan, bkn sarah

diarihati: hmm..yeahh..cliche

mommylyssa said...

oooo... i pun setuju dgn bab tudung sarah!! rimas nengok...

linahilmin said...

kita serupaaaaaa......!

i pun rasa citer ni overrated jek! maybe kalau best pun pasal si remy ishak yg taf tu! hekkkk!

kesimpulannya, i pun tak tengok sgt, ending pun tak amek kisah.. dah abis eh! :p

linahilmin said...
This comment has been removed by the author.
noniey said...

aku sokong ko 100%.. hehehehe

Queenin Murni said...

hmm.. part perubahan tu memang yer la kan.. tp pasal aura tu tak setuju..
sebab, mebe nur tu lah yg paling cantik and ayu kat kg tu.
tu yg angau sgt tu.. hehehehhe!