expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

November 15, 2009

Siapa yang tak nak kan?

Siapa yang tak nak cantik kan? Tambah² lepas bersalin. Bagi saya untuk kembali ke berat asal sebelum kahwin, read: bukan sebelum mengandung ya! adalah amat sukar sekali. Sejauh mana kesukarannya? Jawapan saya sukar yang amat sehingga tidak pernah lagi cecah barang sehari berat asal saya itu.

Sedikit fakta berat badan saya. Apalah si mommydania ni kecoh dengan berat badan dia. Hmm... Sukahati mak la dek non!

Berat asal sebelum kahwin: 53kg. Masa ni saya rasa saya slim. Sesuai dengan tinggi saya yang tak berapa tinggi tapi oklah. Ohh...berat badan saya paling ringan adalah 50kg waktu di universiti eons ago. Masa ni memang diet kaw² tapi turunnya sikit aje. Takpe...abaikan kenangan silam.

Berat selepas kahwin: Meningkat sikit ke 55kg. Maklum le...hati senangkan dah kahwin. Tapi inipun tidak lama sebab saya mengandungkan Dania.

Berat terakhir mengandung: 78kg ya'll!!! Berapa beza? Mari kira. 25kg!!! Ding dong ding dong lepas bersalin cuma berkurang dalam 18kg saje. Frust ok. Kononnya nak diet sebelum mengandung lagi. Tapi apakan daya...


Jadi, matlamat saya adalah untuk ke 53kg semula lepas bersalin nanti. Amin!!!





Bagaimana cara saya nak mencapai matlamat itu? Belum tahu lagi. Kalau ada sesiapa yang ada idea, sila war² pada saya.

4 comments:

Anonymous said...

has pun tg usaha. sblm kawin 42kg. lps anak 1, 50 kg. lps anak 2, 60kg! now yg br turun ke 56kg yg kdg2 naik semula ke 60! huwaaaa..

AiNeRzA said...

macam maner nak cakap erk...dulu sblm mengandung 45kg...last sebelum bersalin 65kg...sekarang...43-45kg...asas dia adalah naik bukit turun bukit setiap hari...hihihi...nak pegi ofis kan...terpaksa la...tapi skang dah naik kereta mula la risau...sah2 berat akan naik dan susah untuk turun sekali lagi...jom bersenam~~

Diver Mom said...

amin! erm.. org kata BF boleh turunkan berat badan.. nanti cuba lah ya! :)

FAM said...

Has: susahkan? kalu nak naik tu senang2 jek!!

Ainerza: uish..sudah kembali asal. syoknye. opis u atas bukit ke?

Zuhaini: ohh...BF tidak menguruskan daku. huhuhuhuhu