expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

December 18, 2009

Bangga Juga

Saya bukan peminat bola sepak yang tegar. Takat tengok gitu-gitu aje. Tapi semalam saya dan Mr Hubby boleh tercongok depan tv layan bola. Ohh...Hebat tak hebat laa, Mr Hubby sampai rumah dulu sebelum saya. Bola punya pasal!
So Malaysia menang. Cayalah! Tahniah la kepada team negara.
Ohh....sangat tak kuasa tengok aksi peminat di tv2 semalam. Siap ada yang nangis-nangis youu! Gedik betul! Papa saya lagi sedih tengok....sedih tengok peminat-peminat ni yang magribnya ntah ke mana, sebok duk lompat-lompat sokong team. Hmm......itupun nak dibangga ke?

2 comments:

mrs noba said...

but gol diorg tu bukan Malaysia score,kan?

MommyDania said...

MN: that's what I tot too. kena lutut mamat vietnam tu kan?