expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

January 11, 2010

Pergi lah

Wah...sampai ofis dah ramai bloggers bercerita perihal AJL semalam. Advance betul uols! Ngeeee. Semua dah tahu Aizat & geng Juara AJL. Saya kira Aizat menang besar semalam. Nasib baik bukan lagu Kau dan Aku tu, kalau tidak sure ramai awek² muda mengaku Aizat tu boyfren dia. Maklumlah, OKB! hahahahahahaha

Hmm, what do I have to say about AJL? Saya kagum dengan FT! Walaupun nyanyian dia nampak sakit, tapi dia tetap hebat. Dengan persembahan yang kebabom tu, siap ada magis lagi uols. Tabik spring laaa!

Saya paling enjoy time Yuna nyanyi. Memang selamba sangat. Tapi paling best sebab Dania siap bangun berdiri atas sofa dan sing a long lagu Dan Sebenarnya itu. Wahhh!! Best ok. Tapi masa tu tak terpikir pulak nak record ke hapa, terasa rugi di situ.

Ohh...saya juga kagum dengan Amy Search. Dah tua pun suara tetap seperti dulu. Mantoppp! Agaknya kalau masuk bertanding, boleh menang vocal terbaik kut ek? Otai sungguh.

Err...saya agak kecewa dengan Misya Omar, especially tang bajunya. Dan saya menyalahkan bajunya yang menyebabkan persembahannya kejung. Kaku sangat². Camno nak gerak ek, kalau baju dah kejung lagu tu. Ish....sapalah reka baju dia tu. Sungguh ntah apa².

Lagu Juara pada saya menang sebab banyak pengaruh luar as compared to kekuatan lagu itu sendiri. Cewahhh! Cakap tak boleh blah! Cuba suruh buat lagu sendiri, 3 hari 3 malam belum tentu boleh. Tak kisahlah, that's what I think.

Oklah...sekian ngomelan AJL cacar marbar saya. Ohh....tapi seperti kata CY, gabungan emcees Cheryl Samad, Ally (ali) Iskandar dan Faizal Ismail adalah terbaik! Simple dan tetap menghiburkan. 'Pendek kata', best!




7 comments:

Zuhaini said...

yup. sangat best! menghiburkan.. and semua lagu yg masuk, semua best2.. :)

KV said...

akak tak sempat tgk masa mana bertukar FT tahir tu jadi shila (ke sapa ek?) Mata teralih ke lain. Huhu

ealyie said...

'pendek kata' pun jadik isu beb smlm.. hahaha.. bet FBI ngan Ally..

MommyDania said...

Zuhaini: ok la..best jgk

KV: mmg tak perasan kak. diorg cover cmne ntah. tu yg ala magic tu

Ealyie: haha..tu la. lawak yg sempoi!

ibusinga said...

best kan Yuna!!!!
terpegun I!!!

m-i-o said...

aku lagi gembira klo turutan yg menang tu terbalik - ft first, diikuti yuna dan aizat. kahkahkah! dasarrrr...:P

tp berbeza dgn ko, aku suka baju misha tu. biarkan dia tak bergerak - klo tak kang, dia buat aksi tukar gear la, kaki ala terpeleot la, pegang kain org la - hisy, lebih molekla berbedung gitu :P

MommyDania said...

Zufa: yes..aku agree. i wish FT menang, dgn effort dia yg fuhh tu! eh, aku suka misya tu nyanyi ala angkat kaki tu. hehehehe