expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

January 12, 2010

Tiga Hari KLCC

Hahaha...tajuk sangat tak boleh blah! Yes indeed, memang saya ke KLCC selama tiga hari berturut-turut. Haishh....dah memang macam second home la. Atau dah macam takde tempat lain nak terjah. Its the most convenient, for all purposes.

Sabtu

Lepas balik dari kerja, saya singgah rumah SIL dan ambil BIL serta anak buah dan bawa pulang ke rumah. Since parents saya ada hal malam tu, kami pakat² ke KLCC aje. Dinner dan menggunakan voucher parkson yang tak seberaparm50 ehsan dari ayahanda yang shopping sakan last week. Voucher tu tamat Sunday so harus digunakan. So dapatlah beli barang sikit untuk baby adik dan Dania (mesti ada budak sorang nih!). Jumlah terhangus adalah lebih dari jumlah voucher dan Mr Hubby sudah bising²!

Ahad

Teman bonda saya untuk sekali lagi mencari luggage bag. Susah benor rupanya mencari luggage bag ni, dah berapa kali terjah pun ada je set backnya. Ohh...jangan sangka terjahan kali ni berhasil, masih tidak membuahkan apa². Balik dengan tangan penuh plastik supermarket Isetan dan Roti Boy saje.

Isnin

Iye, semalam jam 815pm kami dah sampai ke KLCC sekali lagi. Kali ni misi ayahanda untuk mencari bahan bacaan dan rujukan di Kinoks (Kinokuniya) untuk kerjanya. Misi saya pula membawa syiling segenggam dan layan Dania naik rides pusing KLCC. Ohh...penat ok! Port terakhir adalah kejar mengejar budak sorang ni dalam Kinoks. Boleh dia excited main sorok² kat celah² rak buku Kinoks tu? Suspense all the time sebab saya dah masyuk dengan dunia buku dan anak dara boleh explore sana sini sorang diri. Tapi berjaya juga membawa pulang beberapa buku yang akan dibaca bila confinement bermula. Semangat nih!



Dan...hari ini saya rasa sangat letih!

2 comments:

Anonymous said...

cayala fatin 33weeks pun masih larat jln2 ke klcc..ms berpantang time ery dulu..asyik online ym aja ..hehehehe

noniey said...

isk tak penat ke ko ni asyik berjalan je.. tapi orang kata dah last2 ni memang bagus pun jalan2.. senang nak bersalin nanti..