expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

April 2, 2010

Kesian

Betul dah takde idea ni, duk la citer pasal anak je kan. Macamlah saya sorang je ada anak. Eh eh.. Bukan. Macamlah saya sorang je ada anak baru. Takpe, nak citer jugak. Ngeeeee

Semalam hari pertama saya kerja, hari pertama juga Nisha ke nursery. Ahh, hari april's fool. Sepanjang hari semalam, adalah 3 4 kali kut saya sms cikgu dia bertanya khabar. And guess what, Nisha tak berapa nak minum. Mungkin kejutan budaya gitu. Yelaa, since birth sampai dua bulan duk nenen je, suddenly kena minum guna botolkan. Mungkin dia terkejut. Alala....sian anak mommy nih.

Then petang masa ambil dia, sampai je rumah terus menangis sekuat hati. Cebik-cebik muka dia, siap keluar air mata. Cepat-cepat saya hulur nenen, tak jugak hisap. Duk nangis-nangis lagi. Mama saya cakap dia luah perasaan la tu kena tinggal. Makanya kena peluk dakap dulu, pujuk-pujuk sampai dia bukak mata dan berhenti nangis baru saya hulur nenen.

Dan berterusanlah saya nenen dia sampai ke tengah malam baru tido. Mandi pun cincai je sebab si kecik manis tu dah meraung lagi mintak nenen. Kesian sangat saya tengok tapi apakan daya. Tengok pulaklah petang ni macam mana.....

Sekian...

3 comments:

Queen said...

addduuuuuussss,..

sampai tang tu lah saya rasa macam nak berenti keje bila ada anak nanti... kalau keje pun, anak nak letak dekat2..senang nak bf....sedih kan kak...tapi ape boleh buat..kadang2 kita tak ada pilihan..



p/s : cakap je lebih..anaknya belum ada...ahahahahhaa..berangan jerla dulu

kirana said...

hehe tu aku segan nk tulis lebih2 pasal anak ..laki..nnt org kata mcm ko kata la..macam la aku srg ada anak laki :P

MommyDania said...

Queen: xpe..be prepared untuk future.

Kirana: hehehe...fedulikkan je..