expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

June 15, 2010

Tentang Nisha

Alhamdulillah, she's so gonna be 5months soon. Sekejap je rasa. Tak lama lagi dah boleh mula solid food. So far she's progressing well. Ala...progress biasa² standard budak 5 bulan la kan. Dah boleh pusing bila dia nak pusing, if not, dia ngiring senget je. Badan tak bulat mana tapi malas nak pusing. Lebih suka pose senget. Bukan beg senget Cik Fid Sangat suka main saliva. Menjejes la muka dan baju dia. Bila dah syok sangat bvrooh bvrooh buat bubble, mula la bau maceemm. Hehehe.

Ohh, dia juga sangat suka hisap jari. Pantang leka, chot chot chot bunyi dia hisap jari. Kalau dapat jari orang pun dia tarik masuk mulut dia dan hisap. Ish...ish...Eh, mana elok, hisap jari ke hisap puting?

Budak cute ni dah kenal sangat muka dan suara mommy. Kalau takde, ok je dia. Relax je duduklah dengan sapa-sapa pun. Tapi kalau tetiba dengar suara, or nampak muka, terus berubah air muka jadi sedih pilu yang amat. Kalau saya buat² tak tahu, haaaa. Terus nangis sedih cebik-cebik muka. Hover drama queen nih tau!

Nisha juga dah pandai komunikasi. Datang mood baik punya, panjanglah sembang dia. Uhhhh Ahhhhhhhh sekuat hati. Tak kiralah kat mana janji dia mood baik, dia cakaplah banyak². Mommy tak kesah dik, janji happy!




3 comments:

Mama Adib said...

alahai comelnya

JaNnAh said...

comel.. kejap jek dah besar yek..

The Red Lover said...

bile la leh dapat dokong nisha lagi nih