expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

July 27, 2010

Hari Gumbira

Ohh...banyak nak diceritakan tapi nanti, satu-satu dlu kan. Yeayy!! Hari ni hari gumbira saya sebab anak dara no 2 saya sudah genap enam bulan usia dia. *clap clap* Dan enam bulan juga saya breastfeed dia walaupun tidaklah dengan jayanya sob sob tetaplah mak sukak!

She's one contented happy little baby girl. Ohh, ini adalah claim berani mati dari mommy dia. Eh, betullah dia contented and happy kalau sepanjang masa menyengih aje kan, pot pet pot pet dalam bahasa german dia sambil sembur-sembur air liur sampai rambut mommy tak sudah² gugur nasib tak botak jek. Takde nangis² kecuali bila dah nampak orang tapi orang itu akan buat tak tahu, dia punya nangis macam kena cubit kaw kaw punya sedu sedan. Kata drama queen kan, kena live up to the title la. haahahahahaha

Bab menjulur sudah pantas. Sekejap je saya letak di kiri, dia sudah ke hujung kanan. Sudah mula angkat² bam bam dia, praktis nak merangkak la kut kan. Cepat betul membesar....Sangat suka di cium dan dipeluk. Buatlah apa saja, anak dara no 2 ni akan relakan. Cute je tadah muka untuk digomol.

Makan pun suka. Ohh, saya dah mula beri solid food (tak la solid sgt sebab dh blend kan) masa 5months plus. So far ok, kalau makan pear tu bagi sebijik kt dia suka sangat dia. Apa lagi yek? Tu je kut so far. Nanti kita sambung lagi di lain hari di rancangan yang sama.

Gambar bonus...adaaaaa




Mata adalah amat bulat serupa dengan kakak dia. Hasil mata bundar mommy dan abah. Ngeeee

Saya dah jarang amek gambar, saya serah tugas pada anak dara no 1. Ini hasil tangkapan anak dara no 1. Not bad eh? Komunikasi antara jurufoto dan model amat penting, kalau tak, tak dapatlah eye contact besar punyaaaaaa!

One proud happy mommy,

2 comments:

KV said...

besar nya mata!!!!!

ArELeEz said...

kalah mata heliza af woo.. cute2..! ;)