expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

August 17, 2010

Buffet Ramadhan Di Hotel Dorsett

Hari Kejadian: Jumaat
Waktu Kejadian: Berbuka posa onwards
Lokasi: Sudah dinyatakan pada titile. Sila Rujuk.

Pembuka selera. Wajib ambik kalau ada.

Sekor kambing berjaya ditumbangkan. Sangat excited bila nampak tapi sayang, liat. Tak dipanggang cukup lama kut.

Dessert wajib amek jugak kalau ada. Biasanya bread butter pudding, tapi kali ni choc cake pulak. Siramkan dengan vanilla sauce dan choc sauce. Fuhhh! Merembes ayaq liuq.

Ohh...menu lain yang saya ingat ada nasi beriyani dengan macam² lauk pauk, ada jugak nasi putih dengan lauk asam pedas, ketam goreng sambal etc. Ada pula gerai laksa, mee sup. Dan ada juga section bakar² seafood, otak², rojak. Banyaklah jugak.

Gambar selingan. Kakak dan adik yang comel. Seorang ibu harus puji anak sendiri dengan harapan sebagai doa semoga kekallah comel sampai bila-bila. *wink*










Susunan gambar diakhiri dengan gambar menggambarkan suasana ketika makan.

Hujan renyai-renyai dengan dendangan lagu-lagu melayu, hindustan pun ada oleh Jaafar Onn. Saya terkilan pulak tak amek gambar dia. Apakah? Sengalkah saya?




Sekian dari saya yang melaporkan dari bilik berita,

4 comments:

Ealyie said...

uiks.. da rasmi kah?? ;)

Dorsett mana ni beb?

FAM said...

Ely: sekejap je lps tu masuk box blk. hahaha. dorsett jln imbi

MommyCT said...

Gambar pembuka selera tu dah buat air liur ku merembesssss!

FAM said...

MommyCT: awk pun peminat oyster ye? kita geng!