expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

August 28, 2010

Dah Lama Tak Tepek Gambar Diri Sendiri Diblog Sendiri

Hamik ko, tajuk sangat tak boleh blah. Macam divalah sangat semua orang sibuk sangat nak tengok gambar tuan blog kan? Ada ke? Hahahahahaha!!

Eh eh, dah tak lama je nak raya kan? Macam mana persiapan uols semua? Baju raya? Kasut raya? Handbag raya? --> wajib nih! hehehehe. Banyak lagi checklist nih...kueh raya, menu raya, duit raya?? oh oh....macam terlepas pandang pulak yang nih! Huhuhuhuhu.

Persiapan FAM? Mestilah vadevassss! Mak celebrate birthday masa raya noks. Haruslah meriah gitu kan? Second day raya ye uols, jangan lupa drop by blog mak nih datang wish raya dan wish happy birthday. hahahahahhaha. Matilah kena kutuk jek lepas nih. Errr.... Ntah² semua duk sibuk raya, sapa nak ingat birthday ko FAM wehhh! *sob sob lap air mata*

Takde laa....syok jugak dapat birthday time raya. Tak pernah uols. Dua tahun berturut celebrate time posa. Syiok jugak la dapatlah Mr Hubby belanja buka puasa treat. Time raya nih? Nak celebrate apanye kan? Makan je la ketupat rendang segala yang ada tu. Hahahahahaha.

Seperti di war² kan, raya theme tahun ini adalah green. Go green gitu! Errr, tapi so far yang green cuma saya dengan Mr Hubby. Anak dara dua orang tu saya tak pasti pulak warna apa yang ada. Kejam betul, baju anak sendiri pun tak tahu ke mana hala. Baru anak dua. Huhuhuhu. Bukan apa, banyak sangat baju diorang nih. Sana sini sponsor *syukur*. Ikut je la si kakak nak pakai apa, adik follow jek. Dengan kakak ni susah sket, kena ikut apa dia nak pakai. Si adik pasrah je la kan apa mommy dia pakaikan. Belum tahu.

Eh eh....story dah lari dari tajuk. Kalau dalam kelas bahasa ni dah lama cikgu bagi D, ke fail terus? Ok...ok, kembali ke pangkal jalan isu asal. Isu la sangat. Baiklah, mari kita tempek gambar tuan blog. Jangan hina jangan kutuk, pujian dialukan. Bahahahahahaha...





























Dowhhh! Salah gambar. Ini gambar saya time remaja. Ok, tipu. Bulan puasa tak boleh tipu. Eh, bulan lain pun tak boleh tipu kan. OMG, cantik dia ni kan? Miss Universe 2010 Miss Mexico. Betapa cantiknya ciptaan Allah.


















Nah...inilah gambar tuan blog bersama anak dara no 1. Anak dara no 2 tiada sebab didukung oleh abahnya la kut. Sila abaikan muka oily tanda remaja tu. Ok la...dah la...saya akhiri dengan serangkap pantun.

Ketam segar masak pedas
Lawan dengan sayur lemak labu
Tiada tugas tapi tidak bebas
Maka FAM merapu di hari Sabtu


1 comment:

m-i-o said...

nyah! jangan lupa besday mak jugak! hahahahaha.

tetiba telah dapat menghidu betapa akan tidak dihiraukan sewaktu besday tahun ini - adakah sesapa ingin membelikan mak kek SR??? <---- jawapannya - makan je la kek lapis sarawak tu! ahhhhh sadis.

apapun, selamat pra hari lahir kepada kita berdua (dah sah2 time raya sok tak kuasa nak online) :P