expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

August 11, 2010

Hari Pertama yang Chaos

Ramadhan pertama kali ini agak kelam kabut di rumah. Rumah sekarang sedang dalam situasi chaos. Selerak yang amat sebab sedang menjalankan repairing sana sini. Bukan renovation tetapi repair. So boleh bayanglah betapa berhabuknya lantai rumah dengan barang² sepah sana sini. Eh, bukan tengah repair pun sepah jugak. Dang!

So apek kontraktor habis bertugas semalam jam 8.00pm. So jam 8.00pm tu orang lain duk sibuk² tengok announcement kat tv sambil siap² mahu ke masjid terawih, kitorang anak beranak duk sibuk mop lantai, mandikan budak², klung kleng kat dapur. Jam 10pm baru setel semua dengan kemas sikit², dinner. Dan, jam 10.00pm tu jugaklah anak dara no 2 bangun dari tidonya. Aduhaiiii anak! Kalau dah bangun jam 10.00pm, maknanya jadi cinderella la dia. 12.00am masih celik galak duk cakap bahasa german dia. Hatta dah tutup lampu pun dia masih ba ba ba ba, gelak² siap ajak mak pak dia nyembang jugak.. Bukan dia tahu pun mak pak dia kena bangun awal nak sahur ni. Akhirnya selepas a series of nenen barulah dia tido, jam 1245am.

4.00am, bukan bangun sahur. Budak kecik mintak sahur dulu. Nenen lagi. 5.00am barulah saya bangun sahur. Dalam tengah sahur, dengar budak kecik cute ni nangis lagi. Sekali amek terus segar bugar. Adoiii!

Kalau sepanjang ramadhan macam ni, alamat saya raya dengan mata sembab la jawabnye. Nisha sayang mommy, tolonglah tukar sleeping pattern sekejap. 10.00pm semua masuk tido ye anak-anak!

4 comments:

DrSinga said...

ada laaagi 29 hariiiiiiiii......

MommyCT said...

Semoga kita semua diberkati di bulan Ramadhan yg mulia ini. Selamat berpuasa ye ;).

Queen said...

ye..sian kat mommy....nisha sleep well ye..heeee

FAM said...

Dr: oh nooo! don't remind me!!!

MommyCT: amin. sama2 kita doakan ;)

Queen: ye la nisha. tengok, aunty queen pun dh wish tu