expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

September 7, 2010

Bling Bling Raya

Saya selaku anak kelahiran Kelantan sememangnyalah penggemar barangan emas. Sapa orang Kelantan mesti taulah nih. Kalau bulan Ramadhan, kedai-kedai emas kat Kota Bharu tu sangatlah penuh. Serupa macam pasar ramadhan dah. Sana sini orang akan membeli emas. Eh, bukan beli emas, beli barangan emas. Baik rantai, gelang, subang dan cincin. Tak kira yang tua yang muda, budak kecik pun mesti ada. Jadi, jangan terkejut kalau tengok wanita Kelantan punya tangan dan leher penuh dengan bling bling.

Saya pun! Eh, tapi tidaklah penuh. Setakat satu dua cukuplah. Nanti macam mami jarum pulakkan? Angkat tangan siap bunyi kaching kaching nanti. Hahahahahaha

Tahun ni takde bling bling baru. Amboi, takkan every year nak beli baru kut --> ni Mr Hubby la cakap. Kalau saya, anytime babeh! hahahaha

Anyway, since takde bling bling baru, tapi tetaplah nak bling bling maka saya beli ini aje.

Charm bracelet from juicy couture jek.

Sudah rasmi pun. Dania kalau nampak ni mesti mintak nak pakai. Hmm, kenalah carikan satu untuk dia ek? Kesian pulak....

2 comments:

Nana said...

OoOooOO cantik!!!! memang cantik! Charms are soo in at the moment.

Anyways, you are the winner for my little contest. Nanti bagi I your address and I will post your gift after raya nanti ;D

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

lawa la..cam berkenan lak ;)