expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

November 21, 2010

Separuh Akhir Juara Lagu 2010 Part II

Walaupun part I tidak meriah, tetaplah tengok part II. Dasar manusia, yang tak nak itulah yang hendak. Mujur juga tengok, sebab walaupun masih tidak terasa meriah dan masih terasa seperti tengok gig, saya seperti boleh terima hakikat bahawa AJL tahun ini bakal berubah wajah.

Tidak akan ada lagi artis dengan gaun-gaun cantik mempertaruhkan lagu mereka. Musim ini dah berlalu gamaknya. Tahun ni, yang bakal berentap, rata-ratanya orang muda yang akan mungkin tidak akan berbelanja besar untuk pakaian mereka ke pentas. Cukup sekadar jeans dan jaket. Ibarat kata mama saya, 'I just woke up and have to sing so I sing la'.

Mungkin tema AJL tahun ni, You Rock Der! Hahahahahaha

Anyway, saya baru tahu bahawasanya lagu-lagu yang terpilih masa separuh akhir ni bukanlah lagu yang akan bertanding di AJL. Akan ada yang masuk dan ada juga yang terkeluar. Lagu-lagu terpilih itu hanyalah top 6. Tapi si FT tidak tersenarai pulak dalam top 6 baru-baru ni. Adakah dia tidak masuk AJL nanti? Ohhhh....kesian. He did sing very well kan?

Kita tunggulah separuh akhir part III (last) untuk tahu senarai penuh lagu untuk AJL 2010. Wahhh, dah macam post review hiburan pulok dowhhh....

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.