expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

November 10, 2010

Tailor Dikehendaki

Saya nak tanya uols la. Biasanya berapa lama tempoh tempahan untuk sepasang baju kurung biasa siap? Dan berapa RM? Saya ada tailor saya sendiri. Memang sejak dari zaman Uni sampai dah beranak dua memang dialah yang menjahit baju saya. Selesa dengan potongan, jahitan and of course upah yang sangatlah reasonable. Cuma, mesti ada cuma kalau tidak tak timbul isu ni pulak ye dok? Cuma, untuk sepasang baju kurung biasa siap adalah berbulan. Tidak kurang dari sebulan, tidaklah lebih dari empat bulan.

Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamaaaaa tak?


So, kalau ada tailor uols yang best, harga pun cantikkkk dan dalam area KL, Melawati, Wangsa Maju atau Gombak. Tolonggggggggggggggg recommend pada saya. I totally need new tailor.

9 comments:

Cutestamoi said...

hahaha.. aku kenal siape tailor yang ko maksudkan itu! :p

FAM said...

Erma: Hanginnnn tau dok!!!

Queen said...

berbulan..kita pun belum tentu saiz yang sama macam masa pi ukur tu

Joy said...

mysis, tailor..tp kt seremban. dia ckp sehari dia boleh jahit min 3 psg bj kurung...if ambik ms berbulan tu..sama ada dah terhilang ukuran or worst terhilang kain...huhuhu

FAM said...

Queen: hehe..nasib maintain lg

Joy: bkn hilang ukuran ke apa tp sbb bykkkkkkk sgt org tempah. ada tu, skali hantar kt dia 15psg. cmno tuuu

ArELeEz said...

xdapek nak nolong sbb tailor leez adalah mak. +, mak dok t intan.

Anonymous said...

babe..aku selalu hantar kat tailor aku kat Gombak...(sebelah sek tek gombak)..means masuk ikut UIA...so far oklah..cuma kena test manalah tahu dengan aku serasi dengan kau tak serasi...

banyak juga mak datins yg anta, sekali anta baju bawa beg balik kg bagai....(aku je yang paling low..hantar 1-2-3 pasang aje...)

upah dalam RM45 - RM50. Tapi kalo ko nak vogue dan tak kira upah..ko suruh jelah kakak ni renovate baju kau..sediakan duit jelah...

so far takdelah lama sgt...

hae

Anonymous said...

mek..mu nak anta dania school kat mana?

hae

saudah said...

my tailor kat sg penchala. 2 weeks dah siap dengan syarat kena bagitau dia nak cepat. if not, dalam sebulan. peak time, 2-3 months sebelum dah kena hantar. kalau nak, bagitau yek.