expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

July 19, 2011

Drama Baby


Aku rasa banyak kali aku cakap anak no 2 aku si Nisha ni drama queen. Serba serbi drama. Hahaha. Paling recent semalamlah. Baby drama queen buat drama malam tadi. Merajuk tak sudah-sudah.

Al-kisahnya dia balik lambat than usual. Biasanya tugas pick up dia adalah papatuk dan nenda. Tapi semalam dek kerana ada hal, patutnya aku yang pick up. Dah sikit lagi nak sampai rumah baru aku ingat aku kena pick up dia. Yang Dania pulak dah terlelap dalam kereta. Biasalah dia, dah penat sangat main kat school, asal balik petang kepenatan.

So aku call Mr Hubby and kebetulan dia pun nak balik dah aku suruh dia je pick up Nisha. Tapi kompom la lambat sikit. Takpe, aku bley uruskan Dania dulu.

Sampai je rumah terus mintak nenen. Dah nenen tertido pulak. Maghrib2 tu ko tido anak. Bangun tido terus cranky. Pantang salah sikit merajuk. Nangis sampai berjurai air mata. Tak boleh orang lain pegang sure nangis lagi. Kitorang speku dia merajuk sebab balik lambat. Mr Hubby sahkan jugak sbb dalam kereta pun muka kering je. Ajak sembang pun dia buat dek. Hahaha...

Alahai anak mommy, baru 1 tahun setengah ko dah hebat nak merajuk bagaikan. Cakap pun belum pandai, aksi je lebih. hahahahahaha.....




2 comments:

mama uzma said...

hahahaha.........mampu gelak je sbb benar2 blaka...

Siti Fatimah said...

drama queen is ok coz tetap comels hahahaha...btw mata dia mcm u lah ;p