expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

July 19, 2012

Bila berjauhan rindu-rinduan


Minggu lepas si Dania ikut parents aku outstation ke Penang. Pegi Khamis, balik Sabtu. Sepanjang tempoh 3 hari itu jenuh jugak aku melayan soalan-soalan dari Nisha. 'Kakak mana?' 'Papatuk mana?' 'Nenda mana?' Ko bayangkan selang sejam dia akan tanya. Kalau tengah main dia lupa. Tetiba kang teringat, dia tanya lagi. Aku pun nak menjawab kena berhemah. Kang kalau main jawab kakak ikut nenda pegi jalan, kecik pulak hati si kecik ni. Kang dia ingat nenda tak nak bawak dia. 

Mujurlah Khamis Jumaat hari bekerja. Maka sepanjang hari adalah macam biasa, dia pergi school. Balik petang aku ambik sure dia tanya lagi. Aku distract la bawak pegi Jusco. Jalan-jalan takde arah tujuan last-last masuk supermarket. 

Sabtu amat challenging. Bangun tido dah bertanya lagi. Mr Hubby pulak ada aktiviti gotong royong di surau so pagi-pagi dah keluar. Nisha bangun, si abah dah keluar. Boleh pulak dia buat ayat

"Semua orang tinggal adik" Ko tak sayu dengar statement gitu? Aku pun kesian ok. Dah siap-siap masak, ajak dia main. Layan tengok baby tv. Tengah hari dia tido, Mr Hubby balik. 



Ni muka monyok sebab semua orang tinggal dia. >____< Bawak pegi jalan pun tak happy mana. Susah jugak ye dik bila kakak takde. Time ada, ko gaduh-gaduh ko debik kakak. Dah takde ni, tau pulak rindunya ye. HA HA HA HA




Kakak balik, terus camni. Ke main mesra takde gaduh sepanjang malam. Tengok tv, mandi, gosok gigi, teman minum susu semua nak kakak je. Eloklah gitu. lega mommy boleh sub keje kat kakak Tapi kusangka panas sampai petang rupanya hujan tengah hari. 

Bangun pagi Ahad dah sambung routine bergaduh bergasak semua adik punya kakak tak boleh. GGrrrrrr


Oh well, takde semua tu tak meriah. HA HA HA HA HA


1 comment:

Anonymous said...

awww...so cute! :)


-zaireen