expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

August 1, 2012

Resepi Buttered Prawn


Resepi asal adalah dari myresepi. Wah bulan-bulan posa ni, myresepi tu semedang jam. Nak load page kemain selowwww sangat. Al-maklum, time-time posa ni la semua tetiba rajin ke dapur kan. Tunggu masuk puasa ke 17 19 20.....rajin lagi keww? :P 

Eh eh dah merepek ke lain. HA HA HA. Oklah, ni resepi Buttered Prawn versi senang. Tapi hasilnya tidaklah seindah Buttered Prawn di kedai-kedai Chinese Muslims tu. Aku pun tak pasti kenapa telur aku tu tak bersarang macam kedai. Teori aku: dapur kedai besar maka menghasilkan api yang besar jugak. Oh well

Bahan-bahan
Udang besar2 dlm 700g - tak perlu buang kulit tapi potong bahagian atas untuk buang tahik dia. 
Butter dalam sesenduk nasi tu
Telur kuning shj 4 biji
Minyak dalam 2 sudu besar
Daun kari
Bawang putih ketuk
Cili Padi potong kecik
Garam
Gula 

Gaya eh Cara
Pukul telur kuning sampai sedikit fluffy. Panaskan butter dalam kuali. Bila butter dah cair dan panas, tangan kanan pegang senduk bulat (yg utk berkuah tu) dan tangan kiri curahkan telur tadi gaya teh tarik. Tinggi, perlahan-lahan. At the same time, tangan kanan buat circle dalam kuali tu kacau telur sampailah telur hancur dan kekungingan. Angkat dan toskan.

Panaskan pulak minyak. Tumiskan bawang putih sampai naik bau. Masukkan cili padi, daun kari sampai sikit garing. Masukkan udang. Agak-agak dan nak masak, masuk garam gula ikut instinct sendiri. Dan siap semua, masukkan balik telur tadi. 30 saat cukup, hidang.




Makan :)


Cuba-cubalah ye :D



1 comment:

Mama Adam said...

Lom berani cuba. Hihihi...
Tapi, kena cuba juga. Xlarat asyik nk beli aje . Hihihi