expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

December 27, 2012

Best Western Dua Sentral KL


Stayed here for 3 days 2 nights. Kebetulan dapat harga promo yang sangatlah OK. Tak sempat nak pegi holiday jauh-jauh so kita holiday dalam kawasan je la. Hahahaha

Malas nak cerita banyak kita tengok gamba je la ye.





Aku tak pasti la apa jenis room yang kitorang duduk ni. Tapi spacious la. two queen size bed, ada kitchen and living room. 2 tv memang takde istilah berebut. Hahaha. Room wise aku sangat puas hati. Ohh siap ada CBTL Kaldi ko! Boleh la feeling2 brewing coffee tengah-tengah malam. Hehehe



Ada kisah sebenarnya pasal bilik ni. Cer perhatikan gamba atas ni. Takde apa yang luar biasa la kan. Standard hotel punya bilik air. But guess what, bilik air ni takde pintu. Diulang, TAKDE PINTU! Maknanya kalau ko ada bisnes kecik ke bisnes besar ke, sapa-sapa boleh tengok. Tak gila namanya? Yang ada pintu hanyalah pintu shower. Aku tak tahulah apa tujuan interior design hotel ni buat gini. Memanglah dalam rumahtangga segalanya kita share dengan partner. But toilet business is still private ok! So kami mintak tukar room. Mujur ada room yang lebih munasabah design toiletnya. Ada individual DOOR walaupun takde lock. I am fine with it as long as ADA PINTU! Duhhhhh


Breakfast biasa-biasa. Standard buffet breakfast hotel. Tapi aku suka sebab ada ala big english breakfast macam ni. Memang favorite akulah. So dua hari tu memang repeat makan sampai puas. 







Overall, we enjoyed our two nights stay there. The kids enjoyed the pool and jumping on the bed..oopps. Hahaha memanglah. Kat rumah aku tak bagi melompat. Kat hotel korang lompatlah sampai penat. Mak tak kesahhhhhh ;P


2 comments:

Has said...

best nye pool! tp cam gayat pulak

FAM said...

Has: takdela. lepas dinding infinity tu ada mcm parit bwh dia. so tak nampak bawah terus pun. hehe