expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

December 6, 2012

Random November


Dah masuk Disember la woi. Hahahaha ada aku kesah? ;p

Agak banyak jugak yang berlaku dalam November ni. Meh aku recap in point forms je la. Untuk tatapan diri sendiri di hari tua nanti ;)


  • Minggu terakhir Oktober kami (Mr Hubby & I) decided to register jugak Dania di Setiabudi. Apa benda Setiabudi tu? Google ok! Register with non-refundable deposit just to make sure nama dia ada dalam list. Enroll ke tak, lepas tu pikir. 

  • Seawal cuti sekolah mula, Dania kena attend placement test di Sek Ren. Dia pergi berdua je dengan Mr Hubby sebab aku kena jaga Nisha kt rumah. Boleh je bawak sekali tapi no point la sebab nanti Nisha bosan, aku cranky lagi susah. Baik duduk rumah diam-diam. Mr Hubby cakap dia sebak tengok Dania independent sangat boleh uruskan diri semasa test berlangsung. Dari masuk dewan, tengah ujian, selepas semualah. Ohhh sedih pulak aku tak dapat tengok. Confirm aku jadi mamarazzi emo lagi. Hahahaha

  •  Next day pulak, Graduation Day Dania. Sudah diceritakan pada entry sebelum. 

  • Bermula cuti sekolah, aku buntu dengan Dania. Nak dihantar ke nursery adik dia, dia taknak. Bosan katanya. Memanglah bosan semua yang ada kecik-kecik. Aku pun memang tak prefer dia duk situ sebab macam tak berkembang aktiviti dia. Budak dah suka sekolah, seboleh-boleh nak attend sekolah. 

          Jenuh jugak aku mencari program cuti sekolah yang sesuai dengan dia. Target aku klau ada program
          iqra, belajar solat atau public speaking ke apa yang ada manfaat. Banyak program untuk budak 7-17
          tahun which aku rasa too heavy untuk Dania nak digest.

          Finally, dapat 1 program yang sangatlah sesuai dengan dia. Kelas mengaji, hafazan, solat. 2hrs pegi
          pulak dengan BFF dia. Abis kelas dia lepak study/main/utube (-____-) dengan BFF dia kt rumah.
          Petang aku pikap dia. Ohh syukurrrrr.


Oh well, itu je kut aku rasa yang happening dalam November lepas. Eh sekali tengok tak la banyak mana pun. HAHAHAHA




No comments: