expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

February 26, 2013

Family Time at No Cost


Aku ni jenis tak boleh duduk rumah sepanjang hari. Kalau Sabtu dah keluar jalan-jalan, Ahad pun tetaplah nak keluar jugak. Paling tidak pegi ukur mall sambil lunch atau tea. Point nya, tetap kena keluar! Hahahaha So kalau dah keluar ukur mall, mesti tak banyak, sikit tu ada membeli. Sebelum pulang ke pangkal jalan, tangan tu mesti nak jinjit paperbag. Paling koman plastic bag Jusco/Tesco/Watson etc. Kalau tiap-tiap minggu berlaku begini, tak bankrup? >__<

Maka, mari kita cari alternatif. Parks!! Yes, pegi taman selain dapat beriadah, ewahh dapat jugak menjimatkan poket. Dan semestinya mengabiskan masa dan tenaga anak-anak supaya mereka penat dan tido awal.

Selalunya either pegi Taman Dato Keramat atau Taman KLCC. Tapi pegi taman klcc ni pun bahaya. Tamannya 10minit je, KLCC tu berjam-jam. Ohh kenot kenottttt




Kita cuba Lake Garden pulak! Nama je duduk KL, tak pernah jejak Lake Garden ni. Huhu





Playground yang sangat besar. Ada 2 actually, 1 playground biasa, 1 lagi dinasour park, besar! Ada macam2 bentuk tempat nak main. Puas hatilah anak-anak aku main sampai berpeluh satu badan. Masa diorang main, Mr Hubby jaga. Aku pegi brisk walk sekitar park. Nak jogging apatah running macam tak mampu je. Hahahaha so aku walk. Makin lama makin laju. Fuhh peluh-peluh dengan harapan beratus kalori aku burn pagi tu :P


Selain anak-anak main, kita sambung jalan-jalan seisi keluarga. Banyak mini gardens yang kami discover. Antaranya yang ini. Subhanallah! Cantikkan? Memang tersorok garden kecil ni. Lama juga kami rehat-rehat sini. Nyamannnn sgt!


Ini last week. Pegi pulak Taman Rusa dan Kancil. Kebetulan masa sampai pekerja sedang beri makan. Diorang bagi sebuku roti kat kitorang untuk diberi kepada rusa dan kancil. Wahh seronok habis budak-budak nih.

 Ini polis DBKL buat rounds sambil bawak kuda exercise. Cantik gila kuda ni, very well taken care of la. Namanya Pulai, betina. LOL! Selain jalan-jalan dalam park, boleh jugak naik tram keliling Lake Garden dan sekitarnya. Siap pusing kat Masjid Negara, National Art Museum dan KL Birds Park. Murah je, 50 sen sorang. Tapi, nasib kurang baik bila tram dibelakang bas persiaran. Merasa la hirup asap ekzos bas -____-



Selepas penat beriadah dari pagi ke tengah hari, these are the highlight of the day!!!











HAHAHAHA! Sia-sia je pembakaran kalori yang beratus-ratus tadi kalau dah makan ni yang beribu ribu kalori jugak. Oh well, one must eat to keep alive kan? ;)


I do hope this will be our weekly routine. We'll see how hehe

2 comments:

Puteri said...

good idea!

tmn rusa kancil kat mana exactly?

FAM said...

Puteri: dalam lake garden itself. klau dari dinasour park tu, jalan sikit dh smpi taman rusa. ada signage everywhere, senang cari nt.